perjalanan hidup yang berliku-liku

Hidup ini yang ringkas..

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..

Kehidupan yang kita lalui sehari-hari ini tanpa kita sedari sebenarnya sangatlah singkat..
Imam al-Ghazali pernah memberi soalan kepada anak-anak muridnya, "Apakah benda yang paling dekat dalam diri kita?" Anak murid Iamam al-Ghazali memberi pelbagai jawapan. Imam al-Ghazali seterusnya berkata, " semua jawapan yang kalian berikan itu benar, tapi benda yang sebenarnya begitu dekat dengan kita adalah kematian."

Begitulah singkatnya hidup kita, walaukemana sahaja kita pergi, tidak kira kaya atau miskin, sihat atau sakit....di belakang kita sentiasa diekori oleh bayangan kematian. Betapa terhadnya hidup kita ini..

Ada sebahagian ulama berkata...ibarat kehidupan manusia itu seperti jarak antara azan dan iqamah.. Cuba kita fikirkan sejenak.. ketika kita lahir, kita diazankan dan apabila kita mati, permergian kita sebelum ditimbus dengan tanah diiringi dengan iqamah. macam bilal yang melaungkan azan untuk menandakan masuknya waktu solat, selesai azan, bebrapa minit kemudia tok bilal akan melaungkan pula iqamah.. begitulah singkatnya hidup kita ini...

Oleh itu, mengapa kita begitu teruja untuk mengejar kehidupan dunia yang sangat singkat ini kalau dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang jauh lebih baik dan kekal abadi.
Kita sering mengeluh hidup di dunia ini, padahal hidup di dunia ini tiada nilainya...

Jadilah seperti ini...." ketika bayi semua orang di sekeliling kita ketawa sedangkan kita menangis, ketika mati nanti biarlah semua orang di sekeliling kita menangis tetapi kita ketawa.."

Selamat berada di penghulu segala hari... = )

Hidayah..

Hidayah Allah swt merupakan sumber kebaikan, keamanan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa hidayah, malang dan meranalah insan kerana terpisah dan terpinggir dari jalan kebenaran. Hidayah perlu dijemput untuk diraih dan dipelihara dengan perjuangan yang sungguh-sungguh, iltizam yang tiada terkalahkan.

Firman ALLAH swt :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. (al-Ankabut -69)

Tanpa hidayah, manusia akan terperosok ke dalam persepsi duniawi yang serba menipu, malah terhalang dari melihat inti atau hakikat kebenaran sesuatu perkara. Tanpa hidayah, insan akan terpedaya dalam hal yang disangkanya kebaikan, terperangkap dalam niatnya yang palsu, tertipu dalam ibadah sehingga menjadilah ia semakin kuat beribadah, semakin jauh dia berenggang dari ALLAH swt. Semakin tekun dia menelaah, semakin kasar budi dan tumpul rasa hatinya. Menginsafi sebuah hadis yang masyhur dalam kitab Bidayatul Hidayah (Imam al-Ghazali).. " barangsiapa bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah hidayah keimanan dalam lubuk hatinya, tiada bertambahlah ia kecuali akan semakin jauh dari ALLAH.."

Hal ini juga ALLAH swt telah berfirman :
Katakanlah, mahukah kalian Kami beritahu tentang orang-orang yang paling rugi dalam amal-amalnya? Iaitu mereka yang sia-sia usahanya di dunia sementara mereka merasa sudah berbuat sebaik-baiknya. " ( al-Kahfi : 103-104 )

Ayuh, usia kita sedang meniti waktu tamat, masa kita bertempoh, sisa hidup ini kita gunakan untuk menjernihkan hati agar selamat dalam naungan cinta kasih ALLAH swt.

Firman ALLAH swt :
" Pada hari ini harta dan anak pinak tidak berguna lagi kecuali mereka yang kembali menghadap ALLAH dengan membawa hati yang selamat.." (al-Syuara' : 88-89)



Dipetik dari kitab Jalan Pintas Meraih Hidayah , Kitab Al-Arba'in Fi-Ushul Ad-Din (merupakan karya kedua terangung imam al-Ghazali selepas Ihya Ulumuddin).

Ulama-ulama hadith

Ulama-ulama hadith telah menerima baik usaha-usaha pengumpulan itu dan menyambut seruan Khalifah Umar Abdul Aziz supaya orang yang berkebolehan dalam bidang tersebut mengusahakan terus pengumpulan dan penulisan hadith.

Pada mulanya, hadith-hadith Rasulullah saw tidak disusun mengikut bab tertentu seperti yang wujud sekarang, tetapi perkembangan pengumpulan dan penulisan hadith seterusnya menghendaki supaya hadith-hadith itu dikumpulkan dalam bentuk penyusunan mengikut bab-bab yang tersusun rapi.

Pada akhir abad ke-2H , penulisan hadith mencapai suatu kejayaan baru apabila muncul ulama-ulama hadith yang mengusahakan penulisan hadith mengikut penyususnan secara al-manasid iaitu sandaran-sandaran hadith yang sebenarnya diriwayatkan dari nabi Muhammad saw.

Antara ulama-ulama besar yang termasyhur hingga ke hari ini ialah ;
1. Muhammad Bin Ismail yang terkenal dengan Imam Al-Bukhari (wafat dalam tahun 256 H). Hadith-hadith yang dikumpul oleh Imam al-Bukhari terkenal dengan nama Shahih al-Bukhari.

2. Muslim Bin al-Hajjaj al-Nisaburi, terkenal dengan nama Muslim (wafat dalam tahun 261 H). Hadith-hadith yang dikumpul oleh Muslim dikenali dengan nama Shahih Muslim.

3. Abu Daud Sulaiman, terkenal dengan nama Abu Daud (wafat dalam tahun 257 H). hadith-hadith yang dikumpul oleh beliau dikenali dengan nama Sunan Abi Daud.

4. Abu Esa Muhammad Bin Ishak Asalmi, terkenal dengan nama al-Tirmizi (wafat dalam tahun 279 H). Hadith-hadith yang dikumpul oleh beliau terkenal dengan nama Shaih Sunan Tirmizi.

5. Abu Abdul Rahman Bin Syuib, terkenal dengan nama An-Nasa'i (wafat dalam tahun 303 H). Hadith-hadith yang dikumpulkan oleh beliau terkenal dengan nama Sunan an-Nasa'i.

6. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Quzwini, terkenal dengan nama Ibn Majah (wafat dalam tahun 373 H). Hadith yang dikumpulkan oleh beliau terkenal dengan nama Sunan Ibn Majah.

Keenam-enam pengumpul hadith diatas adalah yang termasyhur. Kitab-kitab hadith para ulama di atas terkenal sebagai Sunan Sittah, iaitu enam jenis kitab hadith yang diterima umum.

Amalkan apa yang kamu sampaikan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Sebagaimana kebanyakkan alim ulama yang terdidik dalam Islam mencuaikan tugas-tugas tabligh (menyampaikan), maka begitulah adanya orang-orang yang menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang-orang lain dengan cara syarahan dan tulisan tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan. Kebetulannya, mereka itu sebagai mubaligh patutlah memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dari mencuba memperbaiki diri orang lain. Rasulullah saw dengan keras menegah mereka yang tidak mengamalkan ajaran-ajaran mereka dari apa yang mereka tablighkan (sampaikan).

Dalam sebuah hadith dinyatakan ;
setengah penghuni-penghubi syurga akan bertanya kepada penghuni-penghuni neraka : "betapa kamu sekalian di sini, padahal kami ikuti ajaran-ajaran kamu, oleh itu kami berada di dalam syurga? " mereka menjawab : "kami tidak mengamalkan apa yang kami ajarkan kepada orang lain."

Hadith yang lain menyatakan ;
Azab Allah lebih cepat menimpa pelajar-pelajar yang jahat daripada orang-orang biasa yang berdosa. Mereka akan terperanjat melihat ini serta akan bertanya : "Mengapa azab Allah diazabkan ke atas kami terlebih dahulu daripada ke atas penyembah-penyembah berhala?" Mereka menjawab : " Mereka yang berpengetahuan penuh tentang agama adalah lebih bersalah daripada mereka yang tidak berpengetahuan."

Allah swt berfirman di dalam al-Quran :
Adakah kamu perintahkan orang-orang berbuat kebajikan tetapi kamu lupa dirimu sendiri walaupun kamu membaca kitab? Tidakkah kamu faham? "
(surah Al-Baqarah : 44)


Abu Darda ra adalah seorang sahabat Rasulullah saw yang terkenal. Beliau telah berkata : "Yang paling aku takuti ialah soalan yang akan dikemukakan kepadaku pada hari hisab di depan sekalian manusia iaitu : 'Adakah kamu berbuat menurut apa yang kamu tahu?'. "

Salah seorang sahabat Rasulullah saw bertanya kepada baginda saw : " Siapakah makhluk yang paling buruk?"
Baginda saw menjawab : " Jangan tanya kepadaku soalan-soalan tentang perkara yang tidak baik tetapi tanyalah soalan-soalan tentang hal yang baik-baik. Makhluk yang paling buruk ialah alim ulama yang jahat yang tidak mengamalkan apa yang mereka katakan."

Dalam sebuah hadith lagi, Rasulullah saw telah bersabda :
" Pengetahuan ada dua macam. Pertama, yang kekal di lidah sahaja dan tidak berkesan pada hati, dan kedua, yang menyerap di hati sanubari dan menghidupkan semangat."

Saya berdoa ke hadrat Allah swt agar Dia membolehkan saya mengamalkan apa yang saya sampaikan kerana saya hanyalah mengharapkan limpah rahim-Nya sahaja.




Dipetik daripada kitab Fadhail Amal bahagian Fadhilat Tabligh bab Amalkan apa yang kamu sampaikan. Karya Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-Khandalawi
(bapa Muhaddisin)...semoga Allah merahmati roh beliau.

" apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang. "
Itulah antara keluhan manusia yang saban hari kita dengar. Apa tidaknya, setiap hari kita lihat di kaca televisyen dan juga di dada-dada akhbar, bermacam-macam kes-kes jenayah yang dilakukan yang semakin hari semakin teruk sehingga melewati batasan kita sebagai seorang manusia (tidak berprikemanusiaan). Bayi dibuang merata-rata, di dalam tong sampah, longgokan sampah, mangkuk tandas, dan macam-macam lagi. Inikah yang dikatakan mencapai negara maju?? Apa guna berbangga dengan negara yang maju tetapi mempunyai keruntuhan akhlak remaja yang merunsingkan? Apa guna berbangga dengan kemajuan yang dikecapi tetapi masyarakat yang kurang menghayati nilai-nilai serta adab-adab dalam kehidupan bermasyarakat.

Di mana silapnya? Dari segi pendidikan?
~ Sepatutnya pendidikan di negara Malaysia ini perlu diteliti dan dirombak semula sesuai dengan keperluan semasa dan akan datang. Bukan hanya mementingkan akademik dan kokurikulum sahaja tetapi pendidikan akhlak dan nilai-nilai murni serta nilai agama diketepikan.

Masyarakat??
~ Pemikiran masyarakat hari ini pula terutamanya golongan ibu bapa yang sempit dan membiarkan anak-anak remaja dibiarkan bergaul tanpa diketahui dan tidak menjaga aktiviti harian anak-anak. Seharusnya masyarakat lebih peka.

Kerajaan??
~ Kerajjan pun satu, time nak mengundi, time tue la sibuk pi berkempen sana sini, turun padang, jaga kebajikan masyarakat kononnya. Kerajaan mempunyai peranan yang paling pemnting dalam hal ini. Kerajaanlah yang boleh mengawal segala yang terjadi. Contohnya, dari segi undang-undang....kan boleh melaksanakan hukuman yang lebih berat agar pelaku-pelaku jenayah dan masyarakat ini lebih takut untuk melakukan jenayah. Bukan itu sahaja, penerapan agama dalam masyarakat perlu bergerak lebih aktif untuk membentuk masyarakat yang mengamalkan tuntutan agama yang syumul.



~anak tempatan yang kecewa~

PARAKANG

Suku kaum Bugis seperti yang kita sedia maklum adalah suku kaum daripada rumpun melayu yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Seperti yang kita sedia maklum juga, suku kaum Bugis terkenal dengan kepahlawanan, pelayaran dan lanun yang paling digeruni di nusantara. Namun, itu semua kita telah sedia maklum. Ada satu perkara yang sangat menarik tentang suku kaum Bugis ini yang jarang kita dengar iaitu tentang ilmu hitam yang diamalkan oleh rata2 masyarakat Bugis.

Antara yang sangat terkenal dan sinonim dengan ilmu hitam Bugis ialah Parakang. Parakang ialah sejenis ilmu hitam antara yang terkuat di asia tenggara selain daripada ilmu hitam amalan orang siam. Jika orang dahulu kala, mereka mengamalkan ilmu hitam ini adalah untuk melindungi kebun, meneroka hutan, melindungi keluarga dan untuk berperang. Namun ia susah untuk dibuang kerana perjanjian yang dibuat antara si pengamal dengan jin amat kukuh. Sekiranya si pengamal mati, jin tersebut akan berpindah kepada warisnya. Ia sama juga seperti 'saka' namun apa yang menarik tentang Parakang ini ialah dari segi kesihirannya yang dahsyat.

Kajian kes...
Kejadian ini berlaku di Tawau, Sabah (kisah benar).
Sekiranya si pengamal Parakang ini telah meninggal dunia, pewarisnya yang secara tidak sengaja mewarisi untuk menjaga jin tersebut tidak akan sedar bahawa dia telah mewarisi jin milik si mati (keturunan). Suatu ketika, seorang yang mewarisi Parakang tadi telah bertukar menjadi seekor babi hutan yang berkepala manusia dan berkeliaran di kampung pada waktu malam, ketika berkeliaran dalam rupa fizikal yang sudah berubah dan tidak sedarkan diri (lantaran jin yang menguasai dirinya), seorang wanita di kampungnya telah melihatnya dan terkejut lalu memukulnya menggunakan kayu balo-balo (kayu cinta mati).... Akibat daripada itu, si wanita berkenaan mati tanpa diketahui penyakitnya, dan masyarakat di kawasan tersebut percaya bahawa ia pasti angkara Parakang tadi kerana telah memukulnya.

Kisah kedua..
Seorang pengamal ilmu hitam Parakang itu telah melawat seorang rakan yang sakit demam biasa sahaja. Pada keesokkan paginya, orang yang demam tadi telah mati dan hampir 60% isi perut hancur. Doktor yang membuat pembedahan siasat pon tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada waris, hanya mengatakan bahawa si mati menghidap penyakit misteri. Namun, itulah si pengamal Parakang bertindak pada waktu malam memakan isi perut si mati.

Apa-apa pun, yang Maha Berkuasa hanya ALAH swt.....makhluk ciptaan ALLAH swt langsung tidak ada kuasa. Ini hanya sekadar perkongsian semata-mata....

Wallahu alam bissawab...