perjalanan hidup yang berliku-liku

Muhasabah+syukur

Apa yang kita idamkan tidak semestinya menjadi milik kita, dan apa yang kita impikan tidak selalunya tercapai. Namun tidak salahkan kalau kita mempunyai impian dan cita-cita, angan-angan dan harapan. h ini

NAMUN...AKAN TETAPI..,

Kalau yang sedia ada yang Allah swt telah kurniakan kepada kita pun kita tidak mampu untuk kita syukuri. Kalau apa yang telah sedia ada yang Allah swt Yang Maha Pemurah ini pun sukar untuk kita sukuri dan manfaatkan, apatah lagi impian, harapan, cita-cita dan harapan.

Allah swt Maha Pemurah, Allah swt Maha Pengasih, Allah swt Maha Penyayang dan Allah swt Maha Pemberi. Allah swt telah beri nikmat kehidupan kepada kita, tetapi cuba kita renungi, pernahkah kita syukuri kehidupan yang Allah swt kurniakan ini? Bahkan kita sering mengeluh dengan kehidupan kita, mengeluh dengan kemiskinan hidup, mengeluh dengan kesusahan hidup, mengeluh tentang nasib kehidupan dan bermacam-macam lagi keluhan yang menjadi perkataan yang keluar dari mulut kita saban hari. Tanpa kita sedari yang mengeluh itu satu perbuatan yang tidak disukai oleh Allah swt.

Cuba kita fikirkan...

Allah swt memberikan kita kehidupan tanpa kita meminta. Allah swt memberikan buminya yang indah ini untuk ditumpangi oleh makhluknya yang bernama manusia secara free tanpa kita meminta sekalipun. Udara yang kita hirup ini adalah percuma kurniaan Allah swt. Para saintis ada yang membuat kajian bahawa setiap tahun manusia memerlukan lebih 100000 gelen oksigen untuk hidup. Itu baru seorang, sedangkan di Malaysia ini sahaja mempunyai 27 juta penduduk, belum di negara-negara lain di seluruh dunia!

Alkisah ada sebuah story...(lebih kurang macam ni la ceritanya)..

Tersebut satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. Kita semua tahu bahawa nabi Sulaiman a.s adalah seorang pemerintah yang mana bukan sahaja memerintah manusia tetapi juga jin, binatang-binatang, angin, uatara selatan timur dan barat. Pada satu ketika, nabi Sulaiman a.s ditarbiyyah oleh Allah azza wa jalla tentang nikmat kurniaan Allah swt. Nabi Sulaiman a.s meminta izin kepada Allah swt untuk memberi ikan makan pada satu hari dan meminta agar Allah swt tidak memberi rezeki kepada ikan pada hari tersebut kerana baginda hendak memberi makanan kepada semua ikan yang ada di lautan. Maka pada hari tersebut, nabi Sulaiman a.s telah memerintahkan bala tenteranya untuk mengumpulkan sebanyak mungkin makanan dari seluruh pelusuk muka bumi. Maka datanglah bala tentera baginda dengan membawa bermacam-macam makanan yang begitu banyak dan dikumpulkan sehingga menjadi sebuah gunung. Makanan itu dikumpulkan di tepi pantai untuk diberikan kepada ikan-ikan. Maka dengan sekelip mata datang seekor ikan paus yang besar lalu menelan semua makanan yang bertimbun bak gunung tadi. Gunung makanan tadi habis semua ditelan oleh ikan paus tadi. Maka terkejutlah nabi Sulaiman a.s dan dengan rasa penuh rendah diri baginda seraya berkata kepada rabbulalamin bahawa yang sesungguhnya Maha Kaya dan Maha Pemberi rezeki itu ialah Allah Azza wa Jalla.

Marilah kita renungi, insafi dan muhasabah daripada kisah di atas tadi. Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki. Allah swt berkata di dalam kita al-Quran al-Karim ; ..." mintalah kepada Ku, nescaya akan Ku beri..." (mafhum ayat lebih kurang macam tu).
Mintalah kepada Allah swt, Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Pemberi. Jangan malu untuk meminta kepada Allah swt dan JANGAN ANGKUH untuk meminta kepada Allah swt. Mintalah dengan penuh rasa rendah diri, sungguh-sungguh dan penuh harapan bahkan kalau boleh sehingga menitiskan air mata. Kata nabi saw, kalau tidak dapat menagis, maka pura-puralah menangis kerana itupun Allah swt suka. Lihatlah betapa Maha Pengasihnya Allah swt.

Ayuh muhasabah diri....

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Amazon MP3 Clips