perjalanan hidup yang berliku-liku

'Kes Tanah Tingkayu' antara kisah sedih rakyat Sabah - Topix

'Kes Tanah Tingkayu' antara kisah sedih rakyat Sabah - Topix
baca & fahami....inilah hasil konspirasi orang-orang yang rampas Sabah. Konspirasi ini sudah bermula sejak pembentukan Malaysia. Aku doakan supaya orang-orang yang terlibat & orang-orang yang sama-sama ada hasrat kutuk,maki, & setuju dgn konspirasi ini jadi sial sampai keturunannya yang paling last...

Kemuliaan umat Muhammad saw?


"kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dari sekalian manusia, kerana kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah swt"

Demikianlah firman Allah swt di dalam mukjizat tertinggi yang diberikan kepada nabi Muhammad saw iaitu penghulu segala nabi-nabi dan rasul. Kenapa umat nabi Muhammad saw (umat Islam) iaitu kita sebagai umat akhir zaman digelar dengan gelaran yang begitu hebat iaitu sebaik-baik umat sedangkan cuba kita bandingkan umat Islam dengan umat-umat nabi-nabi terdahulu, sungguh jauh bezanya jika dibandingkan dari segi amal ibadat kepada Allah swt. Ini kerana umat Islam ada satu kerja yang membuatkan begitu tinggi taraf umat Islam berbanding umat-umat terdahulu iaitu "amr bil-makruf wa anil munkar" menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada perkara mungkar. Inilah yang menjadikan kita umat yang terbaik atau dalam bahasa omputehnya "the best ummah", kerana di atas bahu setiap umat Islam ada satu tanggungjawab iaitu buat kerja dakwah. Inilah kerja yang paling mulia sekali iaitu kerja yang dibuat oleh para anbiya' alaihimussolatuwassalam.

bila manusia sudah lupa..

Aku masih teringat, suatu ketika dahulu ketika itu umurku masih di peringkat remaja larr katakan. Aku sering mengikuti program-program yang dibuat oleh jemaah tabligh di tempatku. Program yang dorang buat memang bagus, dan sangat bermanfaat khususnya kepada umat Islam sekarang yang sudah melupai siapa diri mereka. Walaupun ramai yang pandang sebelah mata terhadap jemaah tabligh ini, bahkan ada yang menanggap bahawa jemaah tabligh ini suatu ajaran yang menyimpang dan menentang dengan kuat, namun apa yang ditunjukkan serta apa yang mereka buat sangat baik. Mereka menerima semua tuduhan, hinaan bahkan ada yang sampai terkorban nyawa, tetapi mereka menghadapi semua itu dengan sabar dan masih tersenyum bahkan mendoakan semoga orang yang berbuat demikian terhadap usaha mereka ini agar mendapat hidayah...masya-Allah, punya mujahadah usaha yang mereka lakukan. Aku cukup salute & respect pada mereka. Aku bukanlah seorang karkun(panggilan sesama mereka dalam jemaah tabligh) yang buzruq, warak serta alim, tetapi aku sangat mendalami usaha mereka berdakwah yang sangat-sangat mirip cara yang dibuat oleh nabi saw serta para sahabat baginda, bahkan mereka sangat mencintai serta mengamalkan sungguh-sungguh sunnah nabi saw. Begitu hebat jemaah tabligh ini, sehingga jemaah ini bertebaran di seluruh dunia. Namun, apa yang ingin aku cerita di sini bukanlah tentang jemaah tabligh ini tetapi aku ingin bercerita tentang satu targhib yang disampaikan oleh seorang jemaah dari India,targhib yang beliau sampaikan dalam bahasa urdu dan ditranslet oleh ustaz saya (maulana Ismail) di Masjid Al-Mukarramah,Kg Jawa (markaz jemaah tabligh Tawau, Sabah yang lama 2002-2008) dan ketika itu aku baru berumur 17 tahun iaitu tingkatan lima. Dalam targhib yang disampaikan oleh wakil jemaah India ini, dia menyampaikan suatu yang amat menarik yang perlu kita beri perhatian.

Dalam targhib itu, beliau berkata bahawa mengapa manusia hari ini begitu senang ditindas, dihina, dianggap penganas dan bermacam-macam lagi? Kerana manusia hari ini sudah melupai tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Manusia sudah lupa bahawa manusia dihantar ke bumi untuk menegakkan agama Allah swt. Tetapi makhluk bernama manusia ini lupa tugasnya. Solat lima waktu, puasa, zakat, pergi haji tetapi tidak buat satu tanggungjawab yang besar iaitu tanggungjawab terhadap agama Allah swt. Manusia hari ini berasa bangga mempunyai rumah besar, kereta besar, pangkat tinggi sehingga meremeh-remehkan agama. Padahal kejayaan yang dikecapi di dunia ini hanyalah tipu daya semata-mata dan pasti serta pasati akan kita tinggalkan suatu hari nanti bila kita dipanggil untuk menghadap-Nya. Bukan kita dipanggil oleh Allah nanti untuk ditanya bagaimana besar rumah kamu, berapa banyak harta kamu, tinggi mana ilmu yang kamu dapat, tinggi mana pangkat dan kedudukan kamu.. semua ini tidak ditanya oleh Allah swt tetapi yang ditanya oleh Allah swt ialah bagaimana dengan tanggungjawab kita. Adakah kita melaksanakan tangunggjawab kita untuk menegakkan syiar agama Allah swt?? Masyaikh ini bagitahu, nabi didik kita bahawa kejayaan bukanlah apabila kita mempunyai harta yang banyak, ilmu yang tinggi sehingga mendapat phD, tetapi kejayaan sebenar kita adalah terletak dalam agama Allah swt. Kejayaan kita yang hakiki adalah apabila kita taat perintah Allah swt mengikut cara yang ditunjukkan oleh nabi saw. Manusia hari ini telah tinggalkan kerja dakwah nabi saw. Apabila nabi saw wafat, para sahabat telah menyambung kerja nabi saw. Para sahabat bertebaran ke seluruh alam buat kerja dakwah menegakkan syiar agama Allah swt di muka bumi. 150 00 orang sahabat tetapi hanya kurang 5000 (wallahu a'lam) sahaja yang kuburnya berada di Makkah dan Madinah. Para sahabat yang lain ditemui kubur mereka di serata dunia. Saad Abi Waqqass seorang sahabat yang sangat terkenal dan terbilang dalam memimpin angkatan perang ditemui makamnya di China serta para sahabat lain. Maka tidak hairanlah mengapa zaman pemerintahan Sahabat begitu gemilang sehingga 2/3 dunia ini di bawah tapak kaki Sahabat. Tapi hari ini? Umat Islam yang berada di bawah tapak kaki dunia..masyaAllah.. kerana apa? Karna manusia sudah lari dari tanggungjawab dan tinggalkan kerja nabi saw. Nabi saw ada bersabda yang maksudnya lebih kurang begini : "apabila ummatku tinggalkan tanggungjawabnya terhadap agama, maka mereka mendapat tiga perkara iaitu yang pertama apabila mereka berdoa,doa mereka tidak dikabulkan. Yang kedua, apabila mereka susah dan meminta bantuan Allah, Allah tidak hiraukan mereka. Dan yang ketiga, Allah akan hantar kepada meraka pemerintah yang zalim."... (jika silap tolong betulkan)... lihatlah, kenapa tidak hari ini ummat Islam menerima nasib begini, kerna sudah tinggalkan tanggungjawab. Umat ditindas di sana sini, kita berdoa tapi kenapa masih terjadi sedangkan kita agama yang benar..kenapa dunia hari ini diperintah oleh pemerintah yang zalim? Haaa...tepuk dada tanyalah iman.
Bukan itu sahaja, kita hari ini turut menganggap diri kita lebih mulia daripada orang lain. Ini satu sifat yang sangat terkutuk. Dalam konteks ini, wakil jemaah dari India tadi menceritakan satu kisah. Kisah ini adalah tentang seorang alim lagi warak di zaman dahulu. Orang alim ini memang sangat terkenal kerana beliau banyak menyampaikan ilmu serta mengajar agama. Suatu ketika, apabila beliau berjalan ke suatu destinasi, beliau bertembung dengan suatu rombongan yang hendak menghantar jebazah ke tanah perkuburan dan si alim ini sangat mengenali jenazah tersebut. Maka si alim itu telah menyimpang dan ikut jalan lain kerana tidak mahu bertembung dengan jenzah ini. Pada malam harinya, si alim ini bermimpi. Dalam mimpinya beliau bermimpi si jenazah tadi datang dalam keadaan muka bercahaya, rupanya sangat indah dan berada dalam suatu tempat yang sangat indah. Si alim itu bertanya kepada si jenazah tadi mengapa dia dalam keadaan sedemikian. Maka si jenazah tadi menjawab bahawa dia sangat bahagia kerana Allah swt telah memasukkannya ke dalam syurga-Nya dan si jenazah tadi berterima kasih kepada si alim. Si alim pun terkejut mengapa si jenazah berterima kasih kepadanya. Maka si jenazah pun menceritakan bahawa oleh kerana si alim itu telah bersangka buruk, memandang buruk terhadap si jenazah kerana si jenazah adalah seorang pondan sehingga tidak mahu bertembung dan menyertai rombongan pengkebumian jenazahnya, maka Allah swt telah ambik semua pahala si alim tadi dan diberikan kepada si jenazah tadi....masya Allah!!!! Lihat, betapa ruginya jikalau ini terjadi kepada kita. Oleh itu, janganlah kita bersangka buruk serta memangdang buruk terhadap orang lain bahkan hendaklah kita sentiasa merasakan bahawa kitalah yang paling lemah sekali. Inilah yang diajar oleh nabi kita saw, bukannya menganggap diri kita sudah terlalu hebat sehingga memandang orang lain begitu rendah. Sedangkan nabi saw ketika berdoa, baginda merendah-rendahkan diri baginda sedangkan semua tahu bahawa akhlak serta perilaku baginda adalah yang terpuji sekali tetapi baginda nabi saw tidak pernah mengangkat-angkat diri baginda (puji diri).. ini juga satu sunnah nabi dan kita sebagai ummat nabi mesti ikut sunnah (cara hidup) yang ditunjukkan oleh nabi saw kerana Allah telah berfirman bahawa nabi saw adalah contoh ikutan yang terbaik.

Mari sama-sama kita renungkan kembali, muhasabha dan mari kita usaha untuk mencapai ke arah itu....tepuk dada, tanyalah iman..

wallahu a'lam..