perjalanan hidup yang berliku-liku

Muhasabah+syukur

Apa yang kita idamkan tidak semestinya menjadi milik kita, dan apa yang kita impikan tidak selalunya tercapai. Namun tidak salahkan kalau kita mempunyai impian dan cita-cita, angan-angan dan harapan. h ini

NAMUN...AKAN TETAPI..,

Kalau yang sedia ada yang Allah swt telah kurniakan kepada kita pun kita tidak mampu untuk kita syukuri. Kalau apa yang telah sedia ada yang Allah swt Yang Maha Pemurah ini pun sukar untuk kita sukuri dan manfaatkan, apatah lagi impian, harapan, cita-cita dan harapan.

Allah swt Maha Pemurah, Allah swt Maha Pengasih, Allah swt Maha Penyayang dan Allah swt Maha Pemberi. Allah swt telah beri nikmat kehidupan kepada kita, tetapi cuba kita renungi, pernahkah kita syukuri kehidupan yang Allah swt kurniakan ini? Bahkan kita sering mengeluh dengan kehidupan kita, mengeluh dengan kemiskinan hidup, mengeluh dengan kesusahan hidup, mengeluh tentang nasib kehidupan dan bermacam-macam lagi keluhan yang menjadi perkataan yang keluar dari mulut kita saban hari. Tanpa kita sedari yang mengeluh itu satu perbuatan yang tidak disukai oleh Allah swt.

Cuba kita fikirkan...

Allah swt memberikan kita kehidupan tanpa kita meminta. Allah swt memberikan buminya yang indah ini untuk ditumpangi oleh makhluknya yang bernama manusia secara free tanpa kita meminta sekalipun. Udara yang kita hirup ini adalah percuma kurniaan Allah swt. Para saintis ada yang membuat kajian bahawa setiap tahun manusia memerlukan lebih 100000 gelen oksigen untuk hidup. Itu baru seorang, sedangkan di Malaysia ini sahaja mempunyai 27 juta penduduk, belum di negara-negara lain di seluruh dunia!

Alkisah ada sebuah story...(lebih kurang macam ni la ceritanya)..

Tersebut satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. Kita semua tahu bahawa nabi Sulaiman a.s adalah seorang pemerintah yang mana bukan sahaja memerintah manusia tetapi juga jin, binatang-binatang, angin, uatara selatan timur dan barat. Pada satu ketika, nabi Sulaiman a.s ditarbiyyah oleh Allah azza wa jalla tentang nikmat kurniaan Allah swt. Nabi Sulaiman a.s meminta izin kepada Allah swt untuk memberi ikan makan pada satu hari dan meminta agar Allah swt tidak memberi rezeki kepada ikan pada hari tersebut kerana baginda hendak memberi makanan kepada semua ikan yang ada di lautan. Maka pada hari tersebut, nabi Sulaiman a.s telah memerintahkan bala tenteranya untuk mengumpulkan sebanyak mungkin makanan dari seluruh pelusuk muka bumi. Maka datanglah bala tentera baginda dengan membawa bermacam-macam makanan yang begitu banyak dan dikumpulkan sehingga menjadi sebuah gunung. Makanan itu dikumpulkan di tepi pantai untuk diberikan kepada ikan-ikan. Maka dengan sekelip mata datang seekor ikan paus yang besar lalu menelan semua makanan yang bertimbun bak gunung tadi. Gunung makanan tadi habis semua ditelan oleh ikan paus tadi. Maka terkejutlah nabi Sulaiman a.s dan dengan rasa penuh rendah diri baginda seraya berkata kepada rabbulalamin bahawa yang sesungguhnya Maha Kaya dan Maha Pemberi rezeki itu ialah Allah Azza wa Jalla.

Marilah kita renungi, insafi dan muhasabah daripada kisah di atas tadi. Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki. Allah swt berkata di dalam kita al-Quran al-Karim ; ..." mintalah kepada Ku, nescaya akan Ku beri..." (mafhum ayat lebih kurang macam tu).
Mintalah kepada Allah swt, Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Pemberi. Jangan malu untuk meminta kepada Allah swt dan JANGAN ANGKUH untuk meminta kepada Allah swt. Mintalah dengan penuh rasa rendah diri, sungguh-sungguh dan penuh harapan bahkan kalau boleh sehingga menitiskan air mata. Kata nabi saw, kalau tidak dapat menagis, maka pura-puralah menangis kerana itupun Allah swt suka. Lihatlah betapa Maha Pengasihnya Allah swt.

Ayuh muhasabah diri....

Sabar vs Syukur



Ramai orang beranggapan bahawa dengan duit atau kekayaan adalah segala-galanya. Ramai orang tersalah tafsir erti dan makna bahagia. Ada yang beranggapan jika seseorang itu mempunyai rumah yang besar, kereta yang besar, makan yang enak-enak, isteri-isteri yang ramai dan sebagainya..sudah tentulah dia bahagia. Tapi ingat, ada juga seorang hamba ALLAH yang hidupnya dibelenggu kemiskinan tetapi tidurnya kadang-kadang lebih lena daripada hamba ALLAH yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan.


Ketika kita ditimpa kesusahan...kita sering mengeluh .. " Ya ALLAH, kenapalah nasib ku begini...Apalah salah ku..Apalah yang Kau telah buat padaku ini..." dan bermacam-macam lagi keluhan... dan orang disekeliling kita hanya mampu berkata, " sabaq je laa, nak buat mcm mana lagi...sabaq laa.."


Apa kata ALLAH swt terhadap hamba-Nya yang menerima ujian daripada-Nya??? Kata ALLAH swt... " Iman mereka bertambah.."
ALLAH swt merakamkan di dalam al-Quran...(maksudnya lebih kurang) .. " dan apabila mereka (orang-orang yang beriman ) itu menerima ujian dari tuhan mereka, mereka berkata " cukuplah bagi kami ALLAH swt sebagai tempat kami bergantung..."

Namun, apabila kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang bermacam-macam nikmat daripada ALLAH swt, kita jarang sekali untuk syukur kepada ALLAH swt. Ramai orang mampu bersabar, namun tidak semua orang mampu bersyukur. Sedangkan apa yang telah sedia ada ini pun jarang kita syukuri, apatahlagi hendak mengharap apa yang belum pasti kita miliki.
Sebab itulah ada sesetengah sarjana berkata..." Syukur itu lebih tinggi maqamnya daripada sabar . "



Hidup ini yang ringkas..

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..

Kehidupan yang kita lalui sehari-hari ini tanpa kita sedari sebenarnya sangatlah singkat..
Imam al-Ghazali pernah memberi soalan kepada anak-anak muridnya, "Apakah benda yang paling dekat dalam diri kita?" Anak murid Iamam al-Ghazali memberi pelbagai jawapan. Imam al-Ghazali seterusnya berkata, " semua jawapan yang kalian berikan itu benar, tapi benda yang sebenarnya begitu dekat dengan kita adalah kematian."

Begitulah singkatnya hidup kita, walaukemana sahaja kita pergi, tidak kira kaya atau miskin, sihat atau sakit....di belakang kita sentiasa diekori oleh bayangan kematian. Betapa terhadnya hidup kita ini..

Ada sebahagian ulama berkata...ibarat kehidupan manusia itu seperti jarak antara azan dan iqamah.. Cuba kita fikirkan sejenak.. ketika kita lahir, kita diazankan dan apabila kita mati, permergian kita sebelum ditimbus dengan tanah diiringi dengan iqamah. macam bilal yang melaungkan azan untuk menandakan masuknya waktu solat, selesai azan, bebrapa minit kemudia tok bilal akan melaungkan pula iqamah.. begitulah singkatnya hidup kita ini...

Oleh itu, mengapa kita begitu teruja untuk mengejar kehidupan dunia yang sangat singkat ini kalau dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang jauh lebih baik dan kekal abadi.
Kita sering mengeluh hidup di dunia ini, padahal hidup di dunia ini tiada nilainya...

Jadilah seperti ini...." ketika bayi semua orang di sekeliling kita ketawa sedangkan kita menangis, ketika mati nanti biarlah semua orang di sekeliling kita menangis tetapi kita ketawa.."

Selamat berada di penghulu segala hari... = )

Hidayah..

Hidayah Allah swt merupakan sumber kebaikan, keamanan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa hidayah, malang dan meranalah insan kerana terpisah dan terpinggir dari jalan kebenaran. Hidayah perlu dijemput untuk diraih dan dipelihara dengan perjuangan yang sungguh-sungguh, iltizam yang tiada terkalahkan.

Firman ALLAH swt :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. (al-Ankabut -69)

Tanpa hidayah, manusia akan terperosok ke dalam persepsi duniawi yang serba menipu, malah terhalang dari melihat inti atau hakikat kebenaran sesuatu perkara. Tanpa hidayah, insan akan terpedaya dalam hal yang disangkanya kebaikan, terperangkap dalam niatnya yang palsu, tertipu dalam ibadah sehingga menjadilah ia semakin kuat beribadah, semakin jauh dia berenggang dari ALLAH swt. Semakin tekun dia menelaah, semakin kasar budi dan tumpul rasa hatinya. Menginsafi sebuah hadis yang masyhur dalam kitab Bidayatul Hidayah (Imam al-Ghazali).. " barangsiapa bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah hidayah keimanan dalam lubuk hatinya, tiada bertambahlah ia kecuali akan semakin jauh dari ALLAH.."

Hal ini juga ALLAH swt telah berfirman :
Katakanlah, mahukah kalian Kami beritahu tentang orang-orang yang paling rugi dalam amal-amalnya? Iaitu mereka yang sia-sia usahanya di dunia sementara mereka merasa sudah berbuat sebaik-baiknya. " ( al-Kahfi : 103-104 )

Ayuh, usia kita sedang meniti waktu tamat, masa kita bertempoh, sisa hidup ini kita gunakan untuk menjernihkan hati agar selamat dalam naungan cinta kasih ALLAH swt.

Firman ALLAH swt :
" Pada hari ini harta dan anak pinak tidak berguna lagi kecuali mereka yang kembali menghadap ALLAH dengan membawa hati yang selamat.." (al-Syuara' : 88-89)



Dipetik dari kitab Jalan Pintas Meraih Hidayah , Kitab Al-Arba'in Fi-Ushul Ad-Din (merupakan karya kedua terangung imam al-Ghazali selepas Ihya Ulumuddin).

Ulama-ulama hadith

Ulama-ulama hadith telah menerima baik usaha-usaha pengumpulan itu dan menyambut seruan Khalifah Umar Abdul Aziz supaya orang yang berkebolehan dalam bidang tersebut mengusahakan terus pengumpulan dan penulisan hadith.

Pada mulanya, hadith-hadith Rasulullah saw tidak disusun mengikut bab tertentu seperti yang wujud sekarang, tetapi perkembangan pengumpulan dan penulisan hadith seterusnya menghendaki supaya hadith-hadith itu dikumpulkan dalam bentuk penyusunan mengikut bab-bab yang tersusun rapi.

Pada akhir abad ke-2H , penulisan hadith mencapai suatu kejayaan baru apabila muncul ulama-ulama hadith yang mengusahakan penulisan hadith mengikut penyususnan secara al-manasid iaitu sandaran-sandaran hadith yang sebenarnya diriwayatkan dari nabi Muhammad saw.

Antara ulama-ulama besar yang termasyhur hingga ke hari ini ialah ;
1. Muhammad Bin Ismail yang terkenal dengan Imam Al-Bukhari (wafat dalam tahun 256 H). Hadith-hadith yang dikumpul oleh Imam al-Bukhari terkenal dengan nama Shahih al-Bukhari.

2. Muslim Bin al-Hajjaj al-Nisaburi, terkenal dengan nama Muslim (wafat dalam tahun 261 H). Hadith-hadith yang dikumpul oleh Muslim dikenali dengan nama Shahih Muslim.

3. Abu Daud Sulaiman, terkenal dengan nama Abu Daud (wafat dalam tahun 257 H). hadith-hadith yang dikumpul oleh beliau dikenali dengan nama Sunan Abi Daud.

4. Abu Esa Muhammad Bin Ishak Asalmi, terkenal dengan nama al-Tirmizi (wafat dalam tahun 279 H). Hadith-hadith yang dikumpul oleh beliau terkenal dengan nama Shaih Sunan Tirmizi.

5. Abu Abdul Rahman Bin Syuib, terkenal dengan nama An-Nasa'i (wafat dalam tahun 303 H). Hadith-hadith yang dikumpulkan oleh beliau terkenal dengan nama Sunan an-Nasa'i.

6. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Quzwini, terkenal dengan nama Ibn Majah (wafat dalam tahun 373 H). Hadith yang dikumpulkan oleh beliau terkenal dengan nama Sunan Ibn Majah.

Keenam-enam pengumpul hadith diatas adalah yang termasyhur. Kitab-kitab hadith para ulama di atas terkenal sebagai Sunan Sittah, iaitu enam jenis kitab hadith yang diterima umum.

Amalkan apa yang kamu sampaikan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Sebagaimana kebanyakkan alim ulama yang terdidik dalam Islam mencuaikan tugas-tugas tabligh (menyampaikan), maka begitulah adanya orang-orang yang menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang-orang lain dengan cara syarahan dan tulisan tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan. Kebetulannya, mereka itu sebagai mubaligh patutlah memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dari mencuba memperbaiki diri orang lain. Rasulullah saw dengan keras menegah mereka yang tidak mengamalkan ajaran-ajaran mereka dari apa yang mereka tablighkan (sampaikan).

Dalam sebuah hadith dinyatakan ;
setengah penghuni-penghubi syurga akan bertanya kepada penghuni-penghuni neraka : "betapa kamu sekalian di sini, padahal kami ikuti ajaran-ajaran kamu, oleh itu kami berada di dalam syurga? " mereka menjawab : "kami tidak mengamalkan apa yang kami ajarkan kepada orang lain."

Hadith yang lain menyatakan ;
Azab Allah lebih cepat menimpa pelajar-pelajar yang jahat daripada orang-orang biasa yang berdosa. Mereka akan terperanjat melihat ini serta akan bertanya : "Mengapa azab Allah diazabkan ke atas kami terlebih dahulu daripada ke atas penyembah-penyembah berhala?" Mereka menjawab : " Mereka yang berpengetahuan penuh tentang agama adalah lebih bersalah daripada mereka yang tidak berpengetahuan."

Allah swt berfirman di dalam al-Quran :
Adakah kamu perintahkan orang-orang berbuat kebajikan tetapi kamu lupa dirimu sendiri walaupun kamu membaca kitab? Tidakkah kamu faham? "
(surah Al-Baqarah : 44)


Abu Darda ra adalah seorang sahabat Rasulullah saw yang terkenal. Beliau telah berkata : "Yang paling aku takuti ialah soalan yang akan dikemukakan kepadaku pada hari hisab di depan sekalian manusia iaitu : 'Adakah kamu berbuat menurut apa yang kamu tahu?'. "

Salah seorang sahabat Rasulullah saw bertanya kepada baginda saw : " Siapakah makhluk yang paling buruk?"
Baginda saw menjawab : " Jangan tanya kepadaku soalan-soalan tentang perkara yang tidak baik tetapi tanyalah soalan-soalan tentang hal yang baik-baik. Makhluk yang paling buruk ialah alim ulama yang jahat yang tidak mengamalkan apa yang mereka katakan."

Dalam sebuah hadith lagi, Rasulullah saw telah bersabda :
" Pengetahuan ada dua macam. Pertama, yang kekal di lidah sahaja dan tidak berkesan pada hati, dan kedua, yang menyerap di hati sanubari dan menghidupkan semangat."

Saya berdoa ke hadrat Allah swt agar Dia membolehkan saya mengamalkan apa yang saya sampaikan kerana saya hanyalah mengharapkan limpah rahim-Nya sahaja.




Dipetik daripada kitab Fadhail Amal bahagian Fadhilat Tabligh bab Amalkan apa yang kamu sampaikan. Karya Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-Khandalawi
(bapa Muhaddisin)...semoga Allah merahmati roh beliau.

" apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang. "
Itulah antara keluhan manusia yang saban hari kita dengar. Apa tidaknya, setiap hari kita lihat di kaca televisyen dan juga di dada-dada akhbar, bermacam-macam kes-kes jenayah yang dilakukan yang semakin hari semakin teruk sehingga melewati batasan kita sebagai seorang manusia (tidak berprikemanusiaan). Bayi dibuang merata-rata, di dalam tong sampah, longgokan sampah, mangkuk tandas, dan macam-macam lagi. Inikah yang dikatakan mencapai negara maju?? Apa guna berbangga dengan negara yang maju tetapi mempunyai keruntuhan akhlak remaja yang merunsingkan? Apa guna berbangga dengan kemajuan yang dikecapi tetapi masyarakat yang kurang menghayati nilai-nilai serta adab-adab dalam kehidupan bermasyarakat.

Di mana silapnya? Dari segi pendidikan?
~ Sepatutnya pendidikan di negara Malaysia ini perlu diteliti dan dirombak semula sesuai dengan keperluan semasa dan akan datang. Bukan hanya mementingkan akademik dan kokurikulum sahaja tetapi pendidikan akhlak dan nilai-nilai murni serta nilai agama diketepikan.

Masyarakat??
~ Pemikiran masyarakat hari ini pula terutamanya golongan ibu bapa yang sempit dan membiarkan anak-anak remaja dibiarkan bergaul tanpa diketahui dan tidak menjaga aktiviti harian anak-anak. Seharusnya masyarakat lebih peka.

Kerajaan??
~ Kerajjan pun satu, time nak mengundi, time tue la sibuk pi berkempen sana sini, turun padang, jaga kebajikan masyarakat kononnya. Kerajaan mempunyai peranan yang paling pemnting dalam hal ini. Kerajaanlah yang boleh mengawal segala yang terjadi. Contohnya, dari segi undang-undang....kan boleh melaksanakan hukuman yang lebih berat agar pelaku-pelaku jenayah dan masyarakat ini lebih takut untuk melakukan jenayah. Bukan itu sahaja, penerapan agama dalam masyarakat perlu bergerak lebih aktif untuk membentuk masyarakat yang mengamalkan tuntutan agama yang syumul.



~anak tempatan yang kecewa~

PARAKANG

Suku kaum Bugis seperti yang kita sedia maklum adalah suku kaum daripada rumpun melayu yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Seperti yang kita sedia maklum juga, suku kaum Bugis terkenal dengan kepahlawanan, pelayaran dan lanun yang paling digeruni di nusantara. Namun, itu semua kita telah sedia maklum. Ada satu perkara yang sangat menarik tentang suku kaum Bugis ini yang jarang kita dengar iaitu tentang ilmu hitam yang diamalkan oleh rata2 masyarakat Bugis.

Antara yang sangat terkenal dan sinonim dengan ilmu hitam Bugis ialah Parakang. Parakang ialah sejenis ilmu hitam antara yang terkuat di asia tenggara selain daripada ilmu hitam amalan orang siam. Jika orang dahulu kala, mereka mengamalkan ilmu hitam ini adalah untuk melindungi kebun, meneroka hutan, melindungi keluarga dan untuk berperang. Namun ia susah untuk dibuang kerana perjanjian yang dibuat antara si pengamal dengan jin amat kukuh. Sekiranya si pengamal mati, jin tersebut akan berpindah kepada warisnya. Ia sama juga seperti 'saka' namun apa yang menarik tentang Parakang ini ialah dari segi kesihirannya yang dahsyat.

Kajian kes...
Kejadian ini berlaku di Tawau, Sabah (kisah benar).
Sekiranya si pengamal Parakang ini telah meninggal dunia, pewarisnya yang secara tidak sengaja mewarisi untuk menjaga jin tersebut tidak akan sedar bahawa dia telah mewarisi jin milik si mati (keturunan). Suatu ketika, seorang yang mewarisi Parakang tadi telah bertukar menjadi seekor babi hutan yang berkepala manusia dan berkeliaran di kampung pada waktu malam, ketika berkeliaran dalam rupa fizikal yang sudah berubah dan tidak sedarkan diri (lantaran jin yang menguasai dirinya), seorang wanita di kampungnya telah melihatnya dan terkejut lalu memukulnya menggunakan kayu balo-balo (kayu cinta mati).... Akibat daripada itu, si wanita berkenaan mati tanpa diketahui penyakitnya, dan masyarakat di kawasan tersebut percaya bahawa ia pasti angkara Parakang tadi kerana telah memukulnya.

Kisah kedua..
Seorang pengamal ilmu hitam Parakang itu telah melawat seorang rakan yang sakit demam biasa sahaja. Pada keesokkan paginya, orang yang demam tadi telah mati dan hampir 60% isi perut hancur. Doktor yang membuat pembedahan siasat pon tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada waris, hanya mengatakan bahawa si mati menghidap penyakit misteri. Namun, itulah si pengamal Parakang bertindak pada waktu malam memakan isi perut si mati.

Apa-apa pun, yang Maha Berkuasa hanya ALAH swt.....makhluk ciptaan ALLAH swt langsung tidak ada kuasa. Ini hanya sekadar perkongsian semata-mata....

Wallahu alam bissawab...

Berhati-hati wahai umat Nabi saw



Di zaman yang bagi kita semakin moden dengan kecanggihan teknologi yang kononnya semakin mentamadunkan manusia, namun kita alpa, kita leka, dan kita hari telah hanyut khususnya umat nabi saw di seluruh dunia. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya semakin menuju ke arah kehancuran, jika kita sentiasa terus-menerus dalam keadaan lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah & godaan yang semuanya hanya bersifat sementara.






Allah swt telah memperingatkan kepada kita dengan jelas di dalam al-Quran yang mulia : " dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan tipu daya dan senda gurau belaka, dan daerah akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa."






Sekarang kita berada di ambang fitnah dajjal sedang berleluasa dan hanya menunggu saat2 ketibaannya Dajjal al-Masih seperti mana yang junjungan besar kekasih kita nabi Muhammad saw pesan kepada kita sebagai umatnya yang hidup di akhir zaman tentang bahayanya fitnah dajjal. Kita tidak sedar bahawa fitnah2 Dajjal sedang berada di sekekliling kita, dalam kehidupan kita setiap hari. Contohnya, internet. Para ulamak telah sepakat mengatakan bahawa internet merupakan medan penyebaran fitnah yang paling laju. Cuba anda semua lihat Facebook...berapa ramai yang memasukkan gambar2 mereka khususnya perempuan? Memasukkan gambar2 dengan bermacam2 fesyen & stail yg kununnya bagi kaum Hawa sebagai satu trend & up to date. Maka kaum Adam yang melihat juga akan semakin hanyut dan terus terhumban ke dalam gelojak nafsu yang tidak terkawal. Macam yang terjadi, Masturbating, Rogol, zina & bermacam-macam. Saat itu si wanita tadi tidak perlu menyalahkan sesiapa sebaliknya perlu menyalahkan diri sendiri sebab sudah mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan tanpa mereka sedari.



Bukan itu sahaja, seperti yang ramai orang sudah sedia maklum, internet lah yang menjadi pilihan para lelaki untuk mendapatkan video2 porno untuk merangsang nafsu mereka. Dek kerana terlalu kerapnya menonton video2 lucah, akhirnya mendorong kes2 rogol dan zina berlaku. Lihat saja kes pembuangan bayi di negara kita.....kaum mana yang ramai melakukannya? Agama apa yang ramai melakukannya? Melayu bukan, Islam kan.. kita seharusya sedar bahawa kita mampu untuk merubah semua ini, dengan mentaati perintah ALLAH ikut cara yang nabi saw telah tunjukkan.

Nabi saw berpesan dengan tegas dan banyak kali " diantara kedua keningnya terdapat perkataan 'kafir'. dan hanya orang yang benar-benar beriman dapat melihatnya" ... ustaz aku dulu ckp... maksudnya, hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja yang dapat melihat fitnah dajjal. Macam sekarang la, ramai yang tahu agama, ramai yang hebat berhujjah dalam bab agama, memegang title ustaz, sheikh dan sebagainya...tapi turut tidak menyedari akan fitnah dajjal yang sedang berleluasa di sekeliling kehidupan.






Kita semua tahu, golongan penyembah dajjal la yang merancang semua ini. Mereka ingin menjauhkan umat Islam daripada agam sebenar yang nabi saw tinggalkan kepada kita. Maka diciptakan bermacam-macam kepada untuk menjauhkan kita daripada kehidupan islam sebenar. Diciptakan lagu-lagu yang berunsur kelalaian dan menyimpang daripada aqidah Islam, memasukkan budaya Couple yang bebas ke dalam kehidupan umat Islam....untuk melalaikan lagi umat Islam dan menjatuhkan iman dan aqidah umat Islam khususnya remaja.






Ayuh..kita sebenarnya bukanlah umat yang mundur... kita sebenarnya semua sudah sedia maklum, tapi kita masih tidak sedar. Buka lah mata hati.....ALLAH anugerahkan akal, maka gunakan akal dalam setiap tindakan kita.






Tarikh lahir kita ada, tapi tarikh mati....kita tak da...!!!