perjalanan hidup yang berliku-liku

Bugis

Makam Daeng Mempawah , Riau.


Kapal laut Bugis.

Dari mana asal usul keturunan bangsa bugis? ....Cristian Pelras dalam salah satu tesisnya menulis tentang asal usul bugis. Kalimantan Timur merupakan lokasi penting dalam sejarah migrasi bugis ratuan tahun yang lampau sebelum wujudnya pelbagai etnik dalam bangsa bugis di sulawesi selatan. Bugis itu asalnya bukan satu jenis sahaja tetapi terdapat pecahan etnik masyarakat bugis kuno kelahiran sulawesi selatan sama ada etnik makassar, mandar, bajau, dan toraja. Hal ini kerana sinonimnya Bugis hanya terkenal sebagai jolokan "orang sulawesi" walaupun di kepulauan sulawesi itu sendiri terdapat banyak etnik.



Dari alasan di atas, Pelras mengambil kedudukan orang bugis di kalimantan Timur sebagai salah satu contoh iaitu perpindahan seorang bangsawan bugis Wajo bernama La Ma'dukelleng bersama 3000 pengikutnya ke Pasir. Sultan Pasir telah memberi tanah kepada perantau tersebut yang kini dikenali sebagai Samarinda , kawasan yang dibesarkan oleh orang bugis. Orang bugis dikenali dengan karakter keras dan menyanjung tinggi kehormatan. Kerajaan Bugis yang sangat terkenal dalam sejarah hingga kini adalah kerajaan Bone. Sebenarnya terdapat banyak lagi pecahan etnik bugis kekal hingga kini seperti bone, mandar, sinjai', paloppo, endrekang, wajo dan lain-lain. Orang Bugis sangat terkenal dengan sifat masyarakat ini yang berani dan kuat merantau. Orang Bugis juga dikenali sebagai orang laut kerana kepahlawanan orang-orang Bugis. Anak-anak raja Bugis yang telah membantu menewaskan Raja Kechil sehingga Raja Luwu ditabalkan sebagai sultan selangor yang pertama. Ada antara lima lagenda anak raja bugis telah menjadi hulubalang dan bangsawan di Pahang, Perak dan Johor. Antara kerabat raja yang berdarah bugis hingga kini adalah sultan selangor dan sultan perak. di Riau, terdapat sebuah kerajaan Bugis yang masih wujud hasil usaha keturunan bangsawan Bugis iaitu kerajaan Opu Amantubillah Mempawah daripada keturunan Opu Daeng Mempawah.


Inilah hasil usaha orang-orang Bugis yang mahu melihat bangsa Melayu Bugis ini maju dengan mempelajari dan menjunjung sejarah bangsa Bugis yang unggul. Kata Hang Tuah, "takkan melayu hilang didunia'. Sejarah Bugis adalah sezaman dan lebih dahulu daripada zaman kesultanan melayu melaka. Ada pendapat yang mengatakan Hang Tuah itu juga berbangsa Bugis dan menjadi pahlawan terbilang sezaman dengan Arung Palakka iaitu pendekar Bugis pada zaman kerajaan Bone pada lewat abad ke-15 dan kerajaan Bone ketika itu menjadi antara kerajaan awal Islam di asia tenggara.

Tapi kini, sejarah dan kegemilangan semakin tenggelam dengan anasir-anasir dan gondola-gondola dari budaya-budaya yang jauh menyimpang dari adat dan agama. Kemana hilangnya anak-anak Bugis yang sangat terkenal dengan kepahlawanannya. Adakah kita hanya mahu anak-anak Bugis terkenal dengan kepahlawanan dalam bergaduh sana sini?? Tidak, sudah tentu tidak. Ayuh wahai anak-anak generasi penyambung warisan bangsa, bangkit dari lenamu. Ayuh, banggakan nenek moyang kita di sana. Mereka meninggalkan kita sebuah warisan yang sangat unggul, kenapa tidak kita sambung keunggulan zaman itu? ? ?












Pernikahan Adat Bugis Makassar - Jawa

maw kahwin jgk lar..

uniknya melayu..