perjalanan hidup yang berliku-liku

Aku ditasykil oleh orang INDIA & CINA..


Aku ditasykil oleh orang CINA & INDIA…

CINA

-          Kejadian berlaku lepas balik dari markaz, singgah kedai fotostet cina maw fotostet bahan ISL & assignment. Dah jadi kebiasaan kalau berinterkasi dengan org cina, aku akan guna bahasa cina sebabtak maw bagi kemahiran berbahasa cina luput. Jadi cina tue sambil2 fotostet bahan yang aku pesan dia sembang ngan aku (dlm bhs cina). Dia tanya; ‘you ni puak muslim yang selalu mengembara ka?’ saya pun jawab jaa ‘dui’ (benar).. tauke cina tu balas balik ; ‘ you kena pi China. Sana punya muslim tak macam Malaysia. Org muslim di sana solat di masjid sampai melimpah-limpah atas jalan raya..’  (tauke tu tasykil keluar negara jauh..hehe

INDIA

-          Pak guard maktabku ada 2 org india beragama hindu. Asal keluar atau masuk maktab aku akan tegur pak guard termasuk 2 org india ni (baru blajar2 tuan).. 2 org india ni punya akhlak mashaALLAH… kadang kalau lalu, dia tahan & hulur tgn salam siap nak cium tgn…kdg2 siap nak bagi roti.. kalau bulan puasa lagi hidayat.. dia tahan, bagi air kelapa, air soya, dia bagi makanan.. aku punya laa segan, sepatutnya kita yg Islam ni ada sifat mcm tu… aku bgtaw dia aku segan sbb dia baik sgt…dia kata ‘you pun baik selalu tegur kita org’. Aku kata balik; ‘apa sgt, tegur ja pun. You lagi baik siap bagi macam2..’ Dia kata balik ; ‘tak pa..kita sama2 manusia kena buat baik. Lagipun you student..datang dari jauh.’ Aku pun terima laa pemberiannya sambil salam dia, dia cium tgnku, aku cium balik tgn dia…sebab dah tersgt segan.. aku kata ‘pak cik, makaseh..saya balik dulu.’ Tahu pak guard tub alas apa?? Pak guard tub alas..’ inshaALLAH…hati2..’ perghh…!!
Risau makanan tu dia ambik dr mana, aku bagi jaa member2 kristian yg satu negeri dgn aku (sabah) makan. Sebelum balik cuti raya baru2 ni, aku singgah kt gate tu sembang2 ngan 2 org pak guard tu yg tgh bertugas malam tu lepas balik dr taraweh kt markaz (penanti).. pak guard tue mula sembang2 tentang pengalaman dia pi India. Aku pun crita gak pengalaman yg member aku crita masa dia kluaq IPB.. tiba2 pak guard tue kata..’ you pun kena pi India mcm you punya kawan…sana India punya muslim tak sama mcm org Malaysia punya muslim..’ (pak guard tu lak tasykil kluar IPB..)

doa utk mereka , seluruh ummat, seluruh manusia & seluruh alam inshaALLAH..
crita ni memang boring…jgn pancung yaa…haha… salah aku laa ni tak pandai buat usaha.. -_-

Jagalah auratmu wahai bidadari..

Syeikh Emran Ahmad berkata-

Zaman Nabi SAW dan sahabat, orang yang berwajah cantik dan kacak disuruh menutup kecantikan mereka atau mengelak dari menjadi fitnah tetapi kita pada hari ini terbalik apabila artis yang kacak/jelita, berwajah comel lagi genit disuruh menjadi pengacara dan pendakwah di TV dan pentas awam termasuk yang berjenama agama.
Maka penuh gambar2 lelaki kacak dan wanita cantik di mana-mana bersama tazkirah dan nasihat2 agama sedangkan hal itu amat bercanggah dengan sunnah dan ruh syariat Islam.

Sabda Nabi SAW :"والعَيْنُ تَزْنِي وَزِنَاها النَّظر"
Mata itu juga berzina dan zinanya ialah dengan memandang. [Al-Bukhari]

Menutup aurat bukan bermakna diri si gadis cantik itu berhak ditayangkan, senyumannya,cara duduknya, lentik mata dan manjanya dirakam oleh jurugambar kemudian dijadikan poster di mana-mana.

Menurut riwayat sejarah, Khalifah Umar ra pernah mengusir Nasr bin Al-Hajjaj dari Madinah kerana ketampanannya mengugat/menjadi fitnah kepada wanita. Hal ini disebutkan oleh Imam Al-Alusi dengan katanya 'كما صح أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه غرب نصر بن حجاج إلى البصرة بسبب أنه لجماله افتتن بعض النساء به '
walau ada yang menolak riwayat ini namun banyak dalil lain menjadi hujah bahawa tak wajar budaya hedonisme/materialistik berwajah agama ini dibiarkan berterusan !