perjalanan hidup yang berliku-liku

Jagalah auratmu wahai bidadari..

Syeikh Emran Ahmad berkata-

Zaman Nabi SAW dan sahabat, orang yang berwajah cantik dan kacak disuruh menutup kecantikan mereka atau mengelak dari menjadi fitnah tetapi kita pada hari ini terbalik apabila artis yang kacak/jelita, berwajah comel lagi genit disuruh menjadi pengacara dan pendakwah di TV dan pentas awam termasuk yang berjenama agama.
Maka penuh gambar2 lelaki kacak dan wanita cantik di mana-mana bersama tazkirah dan nasihat2 agama sedangkan hal itu amat bercanggah dengan sunnah dan ruh syariat Islam.

Sabda Nabi SAW :"والعَيْنُ تَزْنِي وَزِنَاها النَّظر"
Mata itu juga berzina dan zinanya ialah dengan memandang. [Al-Bukhari]

Menutup aurat bukan bermakna diri si gadis cantik itu berhak ditayangkan, senyumannya,cara duduknya, lentik mata dan manjanya dirakam oleh jurugambar kemudian dijadikan poster di mana-mana.

Menurut riwayat sejarah, Khalifah Umar ra pernah mengusir Nasr bin Al-Hajjaj dari Madinah kerana ketampanannya mengugat/menjadi fitnah kepada wanita. Hal ini disebutkan oleh Imam Al-Alusi dengan katanya 'كما صح أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه غرب نصر بن حجاج إلى البصرة بسبب أنه لجماله افتتن بعض النساء به '
walau ada yang menolak riwayat ini namun banyak dalil lain menjadi hujah bahawa tak wajar budaya hedonisme/materialistik berwajah agama ini dibiarkan berterusan !

No comments:

Post a Comment