perjalanan hidup yang berliku-liku

Ceritaku


Cerita cinta ku....

Ada apa dengan cinta? Masih ingat lagi tak filem tu? Satu kisah cinta remaja yang sangat menarik. Aku juga begitu. Dan aku percaya, bukan aku seorang saja yang love story sendiri bahkan setiap orang. Tapi yang menjadi kekesalan bila sesuatu perhubungan itu hancur. Bila ia hancur, hati pun hancur bahkan ada juga sesetengah insan yang tidak berfikir panjang turut menghancurkan masa depannya. Itulah cinta, sering disalah erti oleh manusia. Bukan saja disalah erti, bahkan cinta itu dipengaruhi dengan bisikan-bisikan halus syaitan laknatullah. Akibatnya, ramailah para wanita di luar sana hilang maruah diri, hilang kesuciannya, hilang kehormatan, hilang martabatnya sebagai seorang gadis dan yang lebih parah lagi ialah sehingga hilang pertimbangan sampai hati membuang bayi hasil dari persetubuhan yang haram. Bayi yang suci tidak berdosa sanggup dibuang di merata-rata tempat. Ada yang dibuang di masjid, ada yang dibuang di dalam longkang, di dalam sungai, ditanam, dibakar dan ada juga yang telah menjadi makanan binatang seperti anjing (nauzubillah). Apa puncanya??? Puncanya ialah....
terjerat dalam cinta mainan syaitan...

Haa...aku ada satu cerita untuk dikongsikan bersama & moga-moga dapat menjadi pedoman bersama ok.. Begini ceritanya. Tapi sorry lah der, ini bukan cerita rempit ker, bohsia ker, ini cerita cinta antara seorang aku dengan seorang cikaro atau nama saintifiknya 'wanita'. hahaha...sorry,ambik skrip filem 'adnan sempit'. Ok, ceritanya macam ini. Seorang jejaka yang baru sahaja masuk ke institut itu ketika itu. Sebagai orang baru apatah lagi bergelar seorang perantau dari seberang laut, mengharap kasih orang memang jauh sekali. Tapi ada seorang insan yang membuatkan pandangannya bahkan hatinya juga dicuri oleh wanita itu. Seorang gadis yang bertudung labuh, pendek, kecil, comel, cantik, dan pendiam orangnya. Tapi dia sebagai seorang yang baru di situ agak segan untuk menegur wanita itu. Baiklah kita bagi dia nama 'leman'(bukan nama sebenar). Untuk program sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan batch leman telah dipilih untuk pergi. Memang sudah menjadi kewajipan mungkin setiap batch yang baru masuk akan dihantar ke program itu. Ketika di program ini lah Leman telah jatuh hati dengan gadis itu 'joyah'(bukan nama sebenar). Peristiwa yang sangat romantis itu berlaku semasa semua peserta duduk di tempat berhimpun setelah balik dari berbuka puasa. Ketika itu Leman duduk bersama teman-temannya di hadapan sambil berbual-bual. Ketika sedang rancak berbual-bual, tiba-tiba Leman terasa seolah-olah dirinya sedang diperhatikan. Ketika dia sedang berbual, mata Leman liar memerhatikan sekeliling kerana dia merasakan seolah-olah ada seseorang sedang memerhatikannya. Akhirnya dia dia dapat tahu siapa yang sedang memerhatikannya. Ahh..seorang gadis yang sangat cantik tertunduk malu apabila Leman memandang padanya. Mungkin dalam hati gadis itu berkata, "alamak, kantoi dah aku!". Pada pandangan pertama Leman tidak cam sangat gadis itu kerana Leman seorang yang rabun jauh. Kali kedua Leman perhatikan betul-betul, wajahnya ayu lesung pipit di pipi ketika senyum, bibir bawah yang muncul kedepan kemerah-merahan, dahi yang luas dan anak mata yang bulat. Sangat cantik. Bertudung labuh berwarna ungu tertunduk sambil senyum apabila Leman memandangnya. Hati Leman berdegup kencang. Degupan ini tidak sama seperti degupan jantung ketika takut, ketika terkejut taupun apa sahaja keadaan yang membuatkan jantung berdegup kencang. Kali ini ianya berbeza, sangat berbeza. Seolah-olah hati Leman sedang berbicara dengan gadis itu. haha...selepas peristiwa itu, Leman tidak lagi berjumpa dengan Joyah. Setelah kembali dari program itu, Leman tidak putus asa mencari gadis yang ditemuinya itu. Tapi memandangkan mata Leman yang rabun dan tidak ingat sangat wajah si Joyah membuatkan usahanya mencari gadis yang mencuri hatinya menjadi lebih payah. Pada suatu hari, Leman dan kawan-kawannya berada di kafeteria untuk makan setelah penat latihan untuk ujian amali pendidikan jasmani. Ketika Leman sedang mengaut nasi, tiba-tiba gadis yang dia cari selama ini muncul dihadapannya bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Alangkah gembira dan bersyukurnya Leman ketika itu. Leman tersenyum sendiri membuatkan salah seorang kawannya iaitu nurul telah menegurnya. "Apa yang kau pandang tu? Nurul bertanya sambil melihat Joyah dan rakan-rakannya. "Kenapa, yang mana satu sangkut di hatimu?" Nurul bertanya sambil ketawa. "Tu, yang kecik-kecik orangnya, baju warna peach muda corak bunga-bunga." Jawab Leman. Lantas Nurul berjalan menuju ke arah Joyah. Apabila berhadapan dengan Joyah, Joyah kelihatan berasa pelik kerana tindak-tanduk Nurul yang memerhatikannya. "Oh, yang ini rupanya Leman." Leman hanya malu dengan perlakuan kawannya Nurul itu. Joyah merenung tajam ke arah Leman, agak lama. Tidak lama kemudian, Joyah tersenyum manis sambil menundukkan pandangannya. Itulah pertemuan kedua mereka setelah begitu lama Leman mencarinya semula. Tetapi entah kenapa Joyah tidak melayan Leman. Leman berniat baik hendak berkawan dengan Joyah tetapi Joyah tidak melayannya. Rupa-rupanya, salah seorang kawan Leman juga menyukai Joyah walaupun dia telah mempunyai teman wanita, alasannya hanya kerana wajah Joyah mirip wajah kekasihnya. Yang bikin bengang tu, ada antara kawan si Leman buat satu competition. Barangsiapa yang dapat si Joyah atau salah seorang rakan-rakannya, dia dianngap terrer dalam mengorat perempuan. Maklumlah, si Joyah & kawan-kawannyakan warak, jenis yang pendiam, tidak bergaul dengan lelaki & semuanya manis-manis belaka. Hmm...kawan-kawannya yang buat hal, dia sekali kena. Tetapi Leman telah menjelaskan pada Joyah bahawa dia tidak tahu menahu tentang competition yang dibuat oleh kawan-kawannya itu. Leman dengan Joyah hanya berhubung sebentar sahaja. Tiba-tiba dia lost contect dengan Joyah. Alasan Joyah, dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki. Dia tidak mahu bergaul sangat dengan lelaki. Mungkin ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hati Leman memang pedih, sedih, kecewa & nampak macam orang yang dah tak siuman. Sampailah sekarang, mereka tidak pernah berbual, tidak pernah bercontect. Yang wujud hanya tautan hati yang berbicara dan itulah bicara sufi. Itulah cinta, cinta yang dibatasi syariat. Cinta yang diredhai Allah.
Tapi malangnya kita pada hari ini, bukan cinta yang diredhai Allah tapi cinta yang terkutuk, cinta yang dimurkai Allah. Ini semua pasti adalah mainan syaitan dalam mengumpul pengikut-pengikutnya menuju ke lembah kerosakan. Ada apa dengan cinta? Dalam cinta ada nafsu dan kasih sayang Allah. Cinta ibarat sebuah bahtera dan kita sebagai nakhodanya. Jika kita melayari bahtera cinta kita ke jalan yang gelap, itulah nafsu namanya. Kita nak bahtera kita dilayari ke arah cahaya, kearah keredhaan Allah yang pasti akan membawa kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Bila rindu menjengah, bukannya dengan cara bergayut sampai telinga pun terasa panas atau pergi bertemu berdua-duaan tetapi sujud lama pada-Nya. Bila hari jadinya bukan patung atau bunga yang kita hadiahkan tetapi Quran kitabullah. Bila memikirkannya, banyakkan zikir pada Allah. InsyaAllah kita akan merasai nikmat cinta yang sebenarnya. Dan yang pasti dalam agama kita, cinta selepas nikah.