perjalanan hidup yang berliku-liku

Shift Your Paradigme

Assalamualaikum.Maafkan saya kerana status kali ini agak panjang untuk dibaca. Namun sesiapa yang mampu membacanya kerana tidak memiliki kesibukan yang perlu diuruskan atau anak-anak yang sering menangis atau perlu diberi susu, maka bacalah dengan hati yang tenang, mudah-mudahan Allah menzahirkan manfaat melalui tulisan ini.

Kepada sekalian penuntut ilmu syarak yang sentiasa berkeinginan untuk melapangkan fikiran mereka dalam berfikir dan memajukan ummah dengan mengerahkan kekuatan intelektual, satu peraturan yang ketat harus dibentuk bagi mengekang pemikiran kita daripada melebihi had batasan yang sepatutnya. Yang lebih perlu berhati-hati dalam hal ini adalah seseorang yang ada keinginan yang kuat untuk mempelajari ilmu agama dan mengembangkan fikirannya untuk agama, namun dia masih belum menguasai ilmu-ilmu alat yang diperlukan untuk menyampaikannya kepada kefahaman yang teguh pada ilmu-ilmu tersebut. Lebih-lebih lagi, apabila "dia" yang dimaksudkan di sini tidak melalui proses pembelajaran yang rasmi di bawah didikan adab dan akhlak yang betul. Dia tidak boleh terlalu menjadikan pemikirannya bebas menerawang ke segala arah, kelak nanti akan terbabas melanggar hadangannya, yakni pagar adab, akhlak dan kesopanan yang diperlukan sebagai seorang penuntut ilmu yang berjihad di jalan Allah dengan keikhlasan yang hakiki untuk agamanya.

Betapa ramai manusia yang menghadapi keadaan ini, di mana kita melihat mereka cuba untuk menaiki tangga kemajuan, namun natijahnya mereka sampai kepada puncak sikap suka memandai-mandai pada persoalan yang berada di luar kolam pengetahuan mereka, dan dibawah tahap kemampuan akal untuk mencapainya dan berlebih-lebih dalam gaya falsafah serta pemikiran yang tidak bersandarkan kepada disiplin yang betul, atau cenderung menggunakan akal lalu mengutamakannya ke atas dalil-dalil wahyu. Ini hanya sebilangan penyakit-penyakit keilmuwan yang tertimpa kepada para penuntut ilmu syarak. Walaupun tujuan akhir mereka adalah memperoleh ilmu syarak itu sendiri, tapi sikap-sikap sebegini tidak pula menggambarkan maruah keagamaan yang mulia, berpandukan ajaran syari'ah Allah.

Kerana itu kita melihat, para Salafussoleh, sepanjang perjalanan mereka dalam menuntut ilmu, mereka telah berawas terhadap bencana-bencana sebegini. Mereka telah menjadikan diri mereka berwaspada untuk melihat musibah-musibah yang bakal menyimpangkan seorang pencari daripada pencariannya yang hilang, lalu terkandas di tengah padang pasir kekecewaan dan kekesalan. Dengan itu, mereka terlebih dahulu telah bermujahadah bersungguh-sungguh untuk menghapuskan halangan dan rintangan utama yang wujud pada hati nurani manusia yang lemah ini, kerena mereka tahu, "tangga kemajuan" itu tidak mungkin mampu mereka naiki sekiranya halangan-halangan sebegini masih wujud. Mata hati mereka tidak mungkin terbuka untuk melihat kecantikan dalam perhiasan ilmu, sekiranya cermin jiwa masih kabur dan belum digilap.

Di kala kita sedang mengajak ummat Islam untuk memperbaharui cara berfikir masing-masing dan membentuk pemikiran yang maju dan berdaya saing dalam segala aspek keagamaan, moraliti, syakhsiah peribadi, pergaulan, dan lain-lain, tanpa kita sedari, kerana lemahnya asas keimanan dan penghayatan pada Islam itu sendiri, kita sering "terbabas" melampaui landasan yang tidak sepatutnya. Punca kepada keadaan ini adalah "pintu asas" tidak dimasuki terlebih dulu, namun sudah mahu mendaki "menara kemajuan" ke arah kebebasan dalam berfikir.

Untuk mengelakkan daripada masalah sebegini tertimpa kepada sekalian manusia yang menempuh jalan keilmuwan, sangat-sangat perlu bagi mereka untuk bersabar dalam melalui tahap asas terlebih dahulu, menguasai segala disiplin-disiplin asas dalam ilmu-ilmu Islam, mempelajari nilai adab dan akhlaknya, walaupun ia tidak semestinya menarik hati dan menghasilkan kecenderungan pada minat si penuntut, kerana barangkali kita memikirkan perkara asas itu seumpama "mainan budak-budak" yang tidak lagi diperlukan kerana umur sudah dewasa dan pemikiran sudah cukup matang untuk memampukan diri terbang di awanan angkasa intelektual, namun kesabaran dalam menghadapi tahap kanak-kanaklah - setiap jerih payah dipukul, dimarahi - ditegur serta dibimbing, dididik dan diajar dengan peraturan, adab dan akhlak yang betul, itulah semua sebenarnya yang membolehkan kita untuk naik ke peringkat kedewasaan dan kematangan sebenar dalam berfikir serta kelurusan dalam memahami nilai kebijaksanaan agama.

Ketahuilah, ramai manusia yang berkeghairahan untuk menjadikan diri mereka cepat pandai di dalam sesuatu bidang dan mereka berlumba-lumba untuk mencapai sasaran dan matlamat yang mereka tujukan. Namun tidak ramai manusia yang mampu bersabar dalam menempuhi liku-liku kesukaran ilmu, menyelam ke dalam lautannya yang dalam, lalu bersabar dalam mengutip mutiara-mutiara di dasarnya, membezakan mana mutiara yang benar dan mana pula yang palsu, mengambil mana yang elok lalu membuang mana yang buruk, di dalam erti kata menghayatinya, mengamalkannya, serta menerapkan nilai-nilai ajaran ilmiyyah itu dalam kehidupan. Dan ketahuilah, ilmu itu adalah asbab kepada terhasilnya takwa dan takwa adalah wasilah kepada tercapainya matlamat terakhir di destinasi akhirat, yakni kenikmatannya yang kekal abadi.

Namun, ramai sekali manusia yang tidak mengerti bahawa hakikat takwa itu tidak dapat difahami melainkan dengan akhlak, adab dan penghormatan. Ramai sekali manusia yang masih lemah dalam perkara-perkara ini, namun dia berkeinginan untuk melepasi kelemahannya lalu naik ke tingkat kekuatan. Bagaimana ini boleh terjadi, sedangkan kekuatan itu tidak boleh dicapai melainkan setelah kelemahan diperbaiki, dikaji, dianalisis sebab-sebab dan puncanya, lalu diperelokkan agar ia tidak lagi menjadi penghalang kepada tertegaknya kekuatan, dengan itu jadilah ia menjadi pelonjak bagi seseorang untuk mendaki tangga kemajuan.

ATM vs Kelantan ???


Siapa tengok bola ATM lwn Kelantan semalam..??

 

Tambahan masa, kedua-dua pasukan akan semakin mempertingkatkan serangan demi mencapai kemenangan.. salah sedikit sahaja pasti akan beri effect kepada pasukan..pemain2 akan terus berusaha bermati2an selagi wisel penamat belum ditiup. Ditambah pula dengan dugaan mental dan psikologi dari peminat2 & penyokong....serta pengulas cap manok..hehe.

 

Itulah perumpamaan sesuai kepada kehidupan kita sekarang...Allah Taala sedang beri tambahan masa. Tambahan masa inilah pelbagai dugaan yang semakin mencabar...dengan pelbagai kekangan dan ujian... jangan berputus asa daripada rahmat Allah Taala selagi wisel sangkakala belum ditiup. Kematian tidak mengenal siapa, masa, di mana, bagaimana, mengapa...ianya tidak akan lambat sesaat dan tidak akan ditangguh walau sesaat.. buat apa yang Allah Taala suka, Allah Taala akan beri apa yang kita suka. tanda kita cinta pada nabi saw bukan sekadar mengaku ummat nabi....jadikan siang nabi sebagai siang kita, malam kita persis malam2 nabi saw.. nabi saw hidup dalam kehidupan kita...dr sekecil-kecil sunnah hingga sebesar2 sunnah dr bangun tidur sampailah tidur kembali dan tidur juga dlm keadaan sunnah...sunnah dalam kehidupan sama ada surah, sirah mahupun yg lebih besar, sarirah..

 

Aku bukan pemain bola....disebalik kekecewaan ke atas kekalahan ATM, ada ibrah yg lebih besar utk kita fikirkan...

A'inul Mardhiah...

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
 Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
 Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)
 Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)
 "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
 QS. ar-Rahman (55) : 58
 "Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
 QS. ar-Rahman (55) : 70
 "(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
 QS. ar-Rahman (55) : 72
 "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
 QS. ar-Rahman (55) : 74
 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
 Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
 Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
 Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.
 Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
 Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Note : Musim Haji,,mengingatkan kita tentang pengorbanan mulia Nabi Ibrahim as. Meninggalkan isteri dan anak kecilnya Nabi Ismail as Di padang pasir nan tandus dan gersang yang langsung tiada asbab utk kehidupan demi mentaati perintah Khaliq menyampaikan dakwah tauhid kepada manusia bertahun-tahun lamanya. Sama2 kita buat pengorbanan utk agama jua….inshaALLAH, buat apa yang Allah Taala suka, Allah Taala akan beri apa yang kita sukai.. -_-

Salam Yaumul Baroqah...Salam Zulhijjah ♥