perjalanan hidup yang berliku-liku

Bukit Cahaya

Watak Utama : Jabal (15 tahun)..

“Heii...engka nanak tawwe bela sifak na, dek gaga siri’nu kah...majokka-jokka law wenni..dek to macca masempajang, dek to melo’ ma’guru...( heii...bertuah punya anak begini sifatnya, tidak ada rasa malu pada dirimu kah? Suka keluar malam, tidak juga tahu sembahyang, tidak mahu belajar...) Kau ni menyusahkan mama jak. Dikasi sekolah tapi perangai macam setan. Kecik-kecik lagi macca ni mattole (sudah pandai  hisap rokok). Kecik-kecik lagi sudah pandai minum arak. Endak kau pikir masa depanmu kah? Bagus mama endak lahirkan kau dulu kalau mama tahu beginilah perangaimu Jabal..!!! ” Hajah Sitti memarahi anaknya yang nakal, Jabal.

Jabal merupakan anak bongsu daripada 8 org adik beradik. Seorang anak yatim yang telah kematian ayah sejak berumur 9 tahun dan tinggal jauh di sudut negeri dibawah bayu nan sunyi dan gersang bernama Tawau. Seorang anak yang nakal sejak kecil dan sangat dibenci oleh ahli keluarganya dan sering disishkan. Lantaran semakin disishkan dari keluarga sendiri, gaya hidup anak muda ini yang masih mentah semakin jauh tersasar dari nilai-nilai agama Islam dan masyarakat timur. Ditambah pula dengan pengaruh daripada rakan-rakan sebayanya yang banyak mempengaruhi kehidupan ala-ala kebaratannya itu. Dia sudah pandai mencuri duit ibunya sendiri untuk membeli rokok dan sebotol Montoku dan Sandy yang sering menjadi peneman setianya. Dia juga sering menghabiskan malam-malamnya dengan melepak bersama rakan-rakannya yang lain di pondok-pondok bas, di tepi-tepi jalan, sambil meneguk setiap titisan air kencing syaitan laknatullah. “ Relaks laa Jabal, alaa...kau layan dulu ni, ko tengok macam mana syok dunia di depan matamu. Apa jugak maw kasi kusut pikiran, anak muda bah. Janji rock pok...” hasut Achok, jiran Jabal yang selalu menjadi penghasut mempengaruhinya dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Lumrahnya anak remaja itu mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan rakan sebayanya. Dia semakin hanyut dibuai lamunan air kencing syaitan yang diteguknya tanpa membazirkan walau setitik sehingga terlena di tepi jalan raya.

`Di sekolah, dia seorang yang sangat nakal, seringkali melakukan masalah-masalah disiplin dan sangat lemah dalam pelajaran terutamanya matematik. Selalu dapat kedudukan top 5 dari belakang. Manakan tidak, masa-masanya yang dilalui setiap hari dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang lalai dan merosakkan akhlak dan pelajarannya. Setiap hari selasa malam rabu, pasti dia akan jadi pengunjung setia “ Fire Dance Club “ kerana malam itulah event  yang paling disukainya, ‘ Ladies Night ‘. Dengan mudah tangannya dapat merasai tubuh-tubuh gadis demi memenuhi tuntutan hawa nafsu remajanya yang menggelegak. Bukan itu sahaja, dia juga hampir terlanjur bersama seorang gadis yang dikenalinya di kelab malam itu. Dia merasa itulah keseronokkan yang dapat menenangkan fikiran dan hatinya yang kusut. Itulah syurga baginya sementara masih bergelar remaja tanpa memikirkan masa depannya. “ Alaa.....masa depan? Masa depan lama lagi laa. Relaks dulu..Mati pun lama lagi la Jabal. Sebelum mati, kau rasa dulu nikmatnya dunia ni..” Achok tidak henti-henti mempengaruhi fikiran anak muda itu.

                                                              ................
“ Assalamualaikum pak ustad...singgahlah kejap lepak-lepak minum-minum dulu..hahaha..!” tegur Amir pada Ustaz Nasir, seorang ustaz berasal dari semenanjung yang menyewa di salah sebuah rumah di kampung itu. Ustaz Nasir mengajar di sekolah menegah berhampiran dan juga mengajar dan menyampaikan ceramah-ceramah di masjid-masjid sekitar kawasan mereka. “ Waalaikumsalam. Apa nak jadi laa dengan hampa semua ni. Duk lepak sini buat pa? Pi masjid nuh lagi baguih....duk melepak siang malam mana ada masa depan....hampa semua duk teringin sangat nak jadi orang kapiaq ka?! Apa nak jadi laa dengan hampa semua..” marah ustaz Nasir pada Jabal dan rakan-rakannya lalu terus memecut laju meninggalkan mereka. Mereka menjadi cemuhan masyarakat. Mereka menjadi sampah masyarakat. Mereka dihina, dikutuk saban hari. Diikutkan hati, mahu saja ustaz itu dikroyok oleh mereka. Mahu saja rasanya Badik dan Pitik @ flying pedal yang sentiasa dibawa oleh Jabal dan rakan-rakannya merodok tubuh ustaz berkenaan. Namun kuasa Allah swt jualah yang mengatur segala-Nya. Pada suatu hari, satu rombongan jemaah tabligh telah datang ke kampungnya. Jemaah tabligh ini datang kepada Jabal dan rakan-rakannya tatkala mereka sedang bernyanyi beramai-ramai mengikut rentak petikan gitar Mus sambil meneguk sebotol Montoku yang dikongsi bersama. “ weh...weh...mati weh.. tabligh-tabligh datang budak! Tapok (sembunyi) botol tu..tapok cepat..!!” arah Jabal pada rakan-rakannya tatkala melihat kedatangan sekumpulan jemaah tabligh yang sedang menuju ke arah mereka. “ Assalamualaikum dik..” orang yang paling hadapan memberi salam pada mereka. “ Waalaikumsalam...” serentak mereka semua menjawab salam. “ Haa...nama saya Zubir. Minta maaf laa mengganggu tapi mahu minta sikit masa laa ya supaya boleh kita dengar sikit apa kawan kita ni mahu cakap...boleh ya? “ ucap Zubir selaku penunjuk jalan bagi rombongan jemaah itu. “ Nama saya Hanzalah. Kami satu jemaah dari Kampung Pisang datang kampung adik sini selama tiga hari lah..jadi Alhamdulillah dik, Allah swt dengan kasih sayang-Nya telah menemukan kita pada hari ini. Kami datang ni bukan mahu mengajar atau bagi ceramah, tetapi hanya sekadar apa orang bilang, menjalinkan silaturahim sesama saudara seagama. Kerna nabi saw bagitahu, setiap orang Islam itu bersaudara. Ndak kira apa jua latar belakang kita, kita tetap bersaudara selagimana kita ada kalimah iman iaitu  Lailahailallah. Hari ini tarikh lahir kita ada, tapi tarikh mati kita ndak ada. Bila kita mati, secara zahirnya kita Cuma bawa kain kafan jak, tapi sebenarnya kita bawa iman yang betul dan amal yang soleh pergi menghadap Allah taala. Kalau iman kita betul dan amal kita buat diterima, inshaALLAH kita semua akan selamat. Jadi pentinglah untuk kita supaya bina iman kita kerna satu orang yang mati bawa iman walau sebesar biji sawi, Allah taala akan bagi syurga 10 kaliganda besar dunia. Itu baru sebesar biji sawi kan, kalau besar bola, sebesar rumah, atau sebesar stadium bola agak-agak besar mana syurga Allah taala yang Allah taala sediakan untuk kita. Tapi kalau iman kita ndak betul, amal kita pun tunggang-langgang, nauzubillahi min zalik laa dik kan, dalam dunia ni kalau kita cucuh jari kita di atas api lighter selama satu minit pun kita ndak sanggup, macam rasanya api neraka yang jauh lebih panas dari api di dunia. Matahari yang jauh dari bumi, dikatakan bumi ini disusun berjuta baru dapat sampai ke matahari, itu pun kita sudah rasa begitu panas di dunia ni. Apatahlgi di padang mahsyar nanti yang jaraknya hanya sejengkal dari atas kepala kita. Iman dan amal jugalah yang akan selamatkan kita. Allah taala Maha Penyayang, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun dik. Walau banyak mana dosa yang kita buat, Allah taala boleh saja ampunkan kita dengan sifat Rahim-Nya.. Allah...jadi atas perkara sangat penting ini laa adik-adik, lepas maghrib nanti harap dapatlah sama-sama kita luangkan masa duduk dalam majlis fikir atas iman dan amal kita. InshaALLAH ya dik...” Begitulah serba sedikit apa yang disampaikan pada Jabal dan rakan-rakannya. Jabal tertunduk diam, begitu jugak dengan rakan-rakannya yang lain. Tercuit hati kecilnya ; “ ya Allah, telah banyak larangan-Mu yang aku lakukan, terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Adakah Kau akan menerima diriku yang hina ini ya Allah...terlalu hina diriku ini...adakah masih ada peluang buat diriku yang lemah dan hina ini. “ Tanpa disedari air matanya mula membasahi pipinya. Seolah-olah hatinya kini disimbahi dengan air yang begitu sejuk memadamkan kepanasan api kebatilan yang bersarang di dalam dadanya.

                                                         .....................

            Kehidupan Jabal telah banyak berubah. Jika dahulunya dia seorang yang kutu rayau, kaki lepak, kaki botol, kaki clubbing, tidak kenal masjid, tidak kenal sejadah, tidak tahu alif sampai ya, kini dia sudah mengorak langkah baru dalam hidupnya untuk menjadi yang lebih baik. Lantas motivasi yang didengarnya ketika duduk dalam majlis fikir atas iman dan amal di masjid kampungnya ; “ Tuan-tuan yang mulia, Allah taala Maha Pengampun, Allah Taala Maha Penyayang.. walau apa jua dosa yang kita lakukan, walau setinggi gunung dosa yang kita kumpulkan, walau sebanyak buih dilautan kesalahan yang kita lakukan, Allah Taala dengan sifat Rahim-Nya boleh saja mengampunkan kita. Sayangnya Allah taala pada hamba-hamba Dia lebih daripada seorang ibu pada anak dia. Apa bukti Allah taala sayang pada kita? Allah taala telah beri kita nikmat agama yang sempurna..” Semenjak dari situlah bermulanya, dia membulatkan hatinya untuk berubah. Dia tekad, walau apa jua rintangan, walau apa jua cacian, walau apa jua halangan, akan dia tempuh jua. Dia sedar, untuk memulakan satu langkah penghijrahan dalam hidupnya bukanlah satu perkara yang sangat mudah kerana usia dirinya yang masih remaja yang mempunyai daya terpengaruh yang sangat kuat. Eya, sememangnya dia begitu mudah terpengaruh dengan ajakkan rakan-rakkanya. Namun, jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, dia mempunyai rasa kerisauan terhadap rakan-rakannya yang lain, rakan-rakan sebaya dan juga rakan-rakan sekampungnya yang masih terhuyung hayang ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan.

Suatu hari, dia mengikuti program qiyamullail yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam sekolahnya. Lama kelamaan Jabal semakin sering mengikuti pelbagai program yg dianjurkan oleh persatuan itu, qiyamullail, nadwah amal, daurah mahabbah, usrah dan apa sahaja program-program yang bercorak keagamaan pasti dia akan melibatkan diri secara aktif. Asbab keaktifannya yang sering melibatkan diri itulah sehingga dia dilantik menjawat jawatan naib pengerusi bagi persatuan itu. Namun, Allah swt telah merancang segalanya. Lumrahnya anak remaja itu mudah terjerat dengan mainan hati dan perasaan. Dia jatuh hati pada salah seorang akhwat yang begitu jelita, manis dan baik akhlaknya. Akhwat (gadis dlm usrah) itu merupakan adik kepada Khalid,  senior juga bekas pengerusi persatuan itu, dan dijadikan sebagai mursyid oleh Jabal. Namun, setiap kali program-program dijalankan, dia menyedari bahawa niatnya hendak belajar agama melalui program-program bertukar menjadi nak lihat akhwat yg disukainya. Setiap malam dia runsing memikirkannya. Tiap kali ingin memejamkan mata, wajah akhwat itulah yang muncul. Pusing ke kiri, pusing ke kanan, mata Jabal semakin sukar untuk dilelapkan. Setiap kali solat, wanita itulah yang muncul dalam pandangannya hatinya, bukan lagi Allah swt yang Maha Melihat dan Maha Berkuasa, bukan lagi Khaliq tempat pergantungan manusia. “ Ya Allah, apa yang sedang melanda diriku ya Allah. Mengapa Kau masukkan rasa cinta itu ke dalam hatiku sedangkan perasaan itu menjauhkan diriku dari-Mu. Perasaan itu membuatkan aku berasa diriku begitu jauh dari-Mu. Perasaan itu membuatkan aku lalai dari mengingati-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah petunjuk kepadaku. Aku jahil ya Allah, aku lemah dan tersangat-sangat lemah. Bantulah aku ya Allah..peganglah hatiku, bimbinglah aku dengan jalan-Mu yang lurus ya Allah..” rayu Jabal diselangi dengan tagisan dalam setiap bait-bait doa yang dipanjatkan hanya pada Khaliq-Nya. Dia sahajalah tempat manusia mengadu segalanya, Dia sahajalah Yang Maha Mengetahui, Dia sahajalah yang Maha Berkuasa atas segalanya.

                                                              ...................

Jabal tinggal di satu kawasan yang mempunyai beberapa kampung dan perumahan namun hanya terdapat satu sahaja masjid. Itupun sangat jauh dari rumahnya. Jabal tinggal di sebuah perumahan yang majoriti penduduknya adalah berbangsa cina dan kristian. Jiran-jirannya di kiri dan kanan semuanya cina dan kristian. Malah ada juga jirannya di mana si isteri beragama islam, si suami beragama kristian. Bahkan ada juga jirannya yang telah murtad. Asbab memikirkan kerunsingannya terhadap masalah hati nan terpanah dengan cinta serta keadaan keluarganya yang hidup penuh dengan adat dan budaya nenek moyang yang menyimpang dari nilai2 ajaran Islam dan juga keadaan jiran-jirannya, dia suka beriktiqaf di masjid. Satu-satunya masjid yang ada di kawasan tersebut. Masjid tersebut terletak betul-betul di tebing sebuah sungai dan keadaan masjid yang agak usang dan hanya tinggal masa untuk roboh lantaran masjid diperbuat 100% daripada kayu yang telah buruk dimakan anai-anai. Keadaan masjid juga agak kotor dan terbiar meskipun masjid tersebut aktif dan padat dengan program-program kerohanian dan keagamaan. Namun keadaan masjid itu yang menenangkan jiwa-jiwa manusia, sambil duduk di beranda masjid sambil memandang daun-daun yang berguguran jatuh ke permukaan sungai lantaran ditiup sang bayu, serta bunyi-bunyi daun tatkala ditiup angin, bunyi yang sangat merdu dan pastinya memberi ketenangan pada hati dan jiwa nan lara serta fikiran yang kusut dan penuh kerisauan terhadap pelbagai maslahat yang dihadapinya. Masjid itu terlatak begitu jauh dari rumah Jabal. Dia harus mengharungi kawasan perindustrian milik syarikat-syarikat besar berbangsa cina yang sudah pastinya mempunyai beberapa ekor anjing-anjing yang sering berkeliaran di kawasan itu. Kemudian mengharungi pula lebuh raya utama dan sebuah kampung serta sebatang sungai yang agak lebar. Itulah yang dilaluinya setiap hari untuk pergi ke masjid itu. Dia tahu, mujahadah harus ditempuh kerana dengan mujahadahlah dapat menundukkan nafsu liar manusia, dengan mujahadahlah dapat membentuk jiwa, dengan mujahadahlah dapat dia rasai kemanisan iman. Allah jualah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui serta Maha Penyayang. Suatu hari, tatkala seperti biasa mengunjungi masjid itu untuk menenangkan hati dan fikiran, satu kelompok atau kumpulan yang berjubah kelihatan begitu ramai di masjid yang biasanya sunyi itu. Setelah solat zohor, tiba2 seorang daripada ahli kumpulan itu berdiri dan memberikan sedikit pengisian. " Alhamdulillah tuan2, asbab daripada fikir risau bimbang tuan-tuan di sini maka kami satu jemaah dari Kampung Baru, Pasir Putih telah datang ke tempat tuan-tuan, atas maksud agama, untuk menghubungkan silaturahim sesama saudara Islam dan juga untuk belajar-belajar-belajar daripada orang kampung di sini...". Begitulah sedikit sebanyak yang Jabal ingat dari apa yang disampaikan. Tercuit hatinya, terpana jiwanya. Hati kecilnya berkata, “ Aik, ini ajaran apa pulak ni? Ndak pernah nampak pun...datang dari mana ni? Oh..mungkin jemaah tabligh ni.” Bisik hati kecilnya sambil tersenyum riang. Itulah yang diharapkan agar dapat bertemu lagi dengan jemaah tabligh yang telah banyak membawa perubahan pada dirinya. Selepas selesai solat ba’diah zohor, Jabal dipelawa untuk duduk dalam majlis muzakarah mereka. “ Allahumma solli ala Muhammad.....bah, muzakarah adab makanlah. Sebab lepas ni mahu makan.”  kata salah seorang daripada mereka sambil tersenyum. Maka dia pun mulalah menghuraikan adab makan satu persatu. Dirungkainya satu persatu cara makan Rasulullah saw. Penerangan tentang adab makannya begitu detail dan belum pernah Jabal tahu dan belajar sama ada di sekolah mahupun semasa mengikuti program-program persatuan pelajar islam dan usrah-usrah yg diikutinya. Apatahlgi membincangkan tentang sunnah-sunnah habibALLAH semasa makan. Lalu dia bertanya pada salah seorang daripada mereka. “ erm...abang, dia tu siapa?“, tanya Jabal sambil memuncungkan mulutnya merujuk pada orang yang sedang memberi penenrangan tentang adab-adab makan. “ oh...namanya ustaz Rashid. Seorang yang alim.” Terang abang Alimin sambil menggosok belakang badan Jabal sambil melemparkan senyuman manisnya. Itulah insan pertama daripada rombongan kumpulan itu yang dikenalinya. Dia jugalah yang menyampaikan pengisian selepas zohor tadi. Sejuk hatinya melihat abang Alimin dan juga para jemaah yang lain. Entah mengapa, dia begitu terpesona melihat wajah-wajah manusia yang menenangkan buat hatinya yang nan runsing. Selepas makan tengah hari, rombongan kumpulan itu semuanya tidur sambil beralaskan bedding masing2, ada juga yang hanya beralaskan kain pelikat, ada juga yang beralaskan jubahnya. Tinggallah Jabal seorang seperti biasa memerhati alam sekeliling ciptaan Yang Maha Berkuasa sambil memikirkan masalah yang merunsingkan jiwa dan fikirannya, namun hari ini berbeza daripada hari-hari yang sebelumnya, bertambah satu lagi ayat baru dalam muka surat kehidupannya yang sedang meniti alam remaja. Buat pertama kalinya dia berjumpa dan berkenalan dengan sebuah kumpulan yang pada pandangan sangat baik, penuh dengan kasih sayang dalam berkomunikasi, serta mempunyai wajah-wajah yang berseri-seri, ditambah pula dengan janggut yang memanjang, bertambah seri dan indah. Belum pernah dia merasa hati yang begitu tenang melihat wajah-wajah manusia. Inilah kali pertama. Secara tidak langsung, timbul keinginan dihatinya untuk menjadi seperti mereka, mereka yang menyimpan janggut yang panjang, memakai serban dan kopiah, berjubah dan berkurta, ditambah pula kayu miswak yang begitu setia terletak di poket jubah.

                                                              ...............

“ Assalamualaikum...buat apa dik?“ Tiba-tiba lamunan Jabal terhenti. “ Oh abang Alimin. Ndak da laa, saja tenang2kan fikiran. “ Balas Jabal sambil memberikan senyuman pada seorang kenalan baru yang baru dikenalinya. “ Biasalah dik, dalam dunia ni mana ada manusia yang tidak mempunyai masalah. Setiap manusia akan mengahadapi masalah. Masalah itu smua ujian dari Allah swt, untuk lihat iman kita. Dalam dunia ni tiada satu pun yang bernilai. Semuanya akan hancur juga. Bila kita mati nanti, hanya dua benda jak yang dapat tolong kita. Iman kita, dengan kita punya amal. Jadi, hidup kita ni kena bina iman yang betul dan amal yang betul. Iman kita ini seperti mutiara yang selalu orang pergi kutip di pulau Tabawan, Lahad Datu tue. Mutiara ni kalau kita lap setiap hari, nanti makin cantik la. Tapi kalau kita simpan jak ndak dilap, lama kelamaan makin pudar warnanya, makin kabur sudah kilauannya. Begitulah iman kita. Sesuatu yang sangat berharga dan bernilai. Tapi kalau ndak dilap kita punya iman mcm mutiara tadi, nanti lama2 pudarlah. Bila iman sudah pudar, masalah datang jadi berat walaupun masalah tu ndak ada seberat mana. Tapi kalau iman dilap tiap hari, masalah datang, kita akan lihat masalah itu kecil sahaja walaupun sebenarnya masalah itu besar....sebab kita lihat Allah swt. Ndak ada yang mustahil bagi Allah swt sebab Dia Maha Berkuasa, boleh buat dengan asbab, tanpa asbab dan bertentangan dengan asbab.”  Itulah antara sedikit sebanyak apa yang disampaikan oleh abang Alimin pada Jabal. Abang Alimin seorang peniaga persendirian secara kecil-kecilan, menjual jubah, minyak wangi, kayu sugi, kaset-kaset alunan zikir dan al-Quran, kopiah, serban dan buku-buku agama di masjid. Abang Alimin menghadiahkan Jabal seutas bijih tasbih, minyak wangi dan sebatang kayu sugi. Jabal membelek plastik kayu sugi itu, tertulis sebuah hadis nabi saw (maksud lebih kurang berbunyi) “ jika tidak memberatkan ummatku, pasti aku menyuruh ummatku bersugi setiap kali sebelum solat.” Dan pada minyak wangi tertulis, “ Nabi suka pada wangi-wangian. Dalam sunnah ada kejayaan.” Menitis air mata di pipinya, inilah pertama kali dia merasa begitu indahnya tautan ukhwah islamiyah. Belum pernah berjumpa, baru beberapa detik berkenalan sudah dirasai seperti hubungan seorang abang kepada adik. Ya, sememangnya Jabal tidak pernah merasa kasih sayang seorang abang lantaran seolah-olah diadik-tirikan oleh abangnya sendiri. Jauh sekali kasih sayang seorang ayah yang sangat dirinduinya, pergi menghadap ilahi tatkala umurnya yang terlalu mentah.


                                                               ................
“ Saya sudah ambil kata putus. Saya mahu keluar dari persatuan ini. Saya letakkan jawatan saya dan saya tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan persatuan ini tapi kita tetap sahabat dan saudara seagama. Saya cuma mahu berhenti dari persatuan ini kerana saya rasa tidak layak untuk memimpin persatuan ini lagi, saya sangat lemah dan memerlukan masa untuk mengislah diri, iman dan amal saya. Maafkan saya semua.”. Jabal menyampaikan amanat terakhirnya sebelum berhenti dari segala kegiatan persatuan itu. Semua yang hadir dalam majlis usrah dan mesyuarat mingguan terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Jabal. “ Jadi kau mahu lari dari perjuangan? Baru beberapa bulan pegang jawatan, sudah mahu lari dari perjuangan?” Itulah perkataan yang membuatkan Jabal menitiskan air mata jantannya yang dilemparkan oleh Nasri, naqib bagi kumpulan usrah di sekolahnya yang juga senior dan bekas pengerusi persatuan itu. “ Bukan itu maksud saya, saya cuma ingin mengikut kata hati yang ingin mencari ketenangan.”  Balas Jabal dalam kesayuan. “ Argahhh...itu semua hasutan syaitan. Syaitan mana yang sudah jumpa kau ni sampai sanggup hasut kau lari dari perjuangan ni? herdik nasri. “ Ini mesti termakan dengan pujuk rayu orang-orang tabligh tu, kan?” rahmat, juga seorang senior dan naqib usrah mereka mula menyampuk. Jabal hanya menundukkan kepalanya sedalam mungkin. Terasa berat sekali kepalanya untuk diangkat. “ hahaha...tabligh? Ajaran sesat dari india dan pakistan tu?”  balas nasri. Mendengar ucapan itu, bertambah basah pipinya dek dihujani air matanya yang mencurah-curah jatuh di pipinya yang sedikit berjerawat. Dalam hati Jabal berbisik, “ dari mana pulak dorang tahu ni? Sanggup dorang kata sesat sedangkan itulah orang-orang yang mengajarnya erti iman, erti sebuah ukhwah islamiyah yang sangat indah, erti kasi sayang sesama saudara seagama, erti pentingnya mengamalkan sunnah walaupun hanya sunnah yang kecil, berak menggunakan penutup kepala!!” bentak hati kecil Jabal. Semenjak hari itu, dia menjadi ejekan rakan-rakan yang pernah makan sedulang dengannya semasa mengikuti program2 yang dianjurkan oleh persatuan itu. Begitu murah tautan ukhwah islam yang suci itu diperkosa. Hanya corak gerakan dakwah yang dijalankan menjadi dinding pemisah persaudaraan Islam yang dibina oleh junjungan mulia RasulALLAH saw dan para sahabat ra dengan penuh susah payah walau nyawa yang jadi taruhan. Jabal tahu mengapa mereka begitu membenci pada jemaah tabligh. Kerana sudah ramai bekas-bekas pemimpin mereka serta senior-senior yang dulunya syadid dalam usrah ni tapi telah dapat hidayat untuk buat usaha dakwah bersama jemaah tabligh.

                                                             .................

“ Minggu ini di Masjid al-Mukarramah kampung jawa ada program. Jomlah. Kamu datang tempat masjid bandar, nanti kita sama-sama pergi.”  Jabal menerima panggilan dari abang Alimin. Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa gembiranya hati kecilnya menerima pelawaan itu. Semasa pergi ke program itu, Jabal terpingga-pingga. Dia lihat semuanya berjubah, ada yang berserban, berjanggut tebal dan panjang seperti abang Alimin. Satu situasi baru dalam lembaran hidupnya. Belum pernah dia melihat situasi seperti ini. Dia disambut dengan begitu mesra oleh orang-orang yang ada di situ. “ Assalamualaikum...kamu datang dengan siapa?”  tiba-tiba Jabal disapa oleh seorang pak cik. Kelihatan sudah agak berumur. Berbadan gempal namun indah senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya. “Waalaikumsalam...er, saya datang dengan abang Alimin. Ini pertama kali saya datang.” Jabal menyahut sambil bersalaman dengan pak cik itu. “MashaALLAH...nama apa? “. “ Er...nama saya Mohammad Jabalnur.” Balas Jabal. “MashaALLAH...cantiknya namamu, macam orangnya juga.” Kata pak cik itu sambil membelai-belai lembut tangan Jabal yang tidak dilepaskannya sejak bersalaman tadi dan bibir yang sentiasa mengukir senyuman yang manis. Bagi Jabal, inilah langkah pertamanya dalam memulakan hidup yang baru, memulakan satu lagi lembaran baru dalam sejarah hidupnya. Memulakan semula karier hidupnya sebagai daie ila-ALLAH. Memulakan langkah pertama belajar mengamalkan sunnah RasulALLAH saw dalam kehidupan, seperti apa yang dikatakan abang Alimin kepadanya semasa muzakarah enam sifat sahabat ra ; ‘amal sunnah nabi saw dari sekecil-kecil sunnah hingga sebesar-besar sunnah, dari bangun tidur hinggalah tidur kembali.’

 “saff....!!” bilal menyeru para jemaah untuk membentuk saff untuk menunaikan solat maghrib. Para jemaah yang tadinya duduk bersembang, berdiri dengan pantas menuju ke depan membentuk saff solat. Dilihatnya para jemaah semuanya berjubah, berserban, ada yang menyangkut shawl pada bahu. Jabal merasakan begitu kerdilnya dirinya dalam kalangan para jemaah di masjid itu. Dan dirasanya juga bergetar hatinya, seolah-olah suasana yang sedang dihadapinya itu membuatkan dia seolah-olah berada di zaman RasulALLAH saw dan para sahabat r.a lantaran melihat gerak geri para jemaah yang sedang bergerak menyusun saff solat. “ Ya ALLAH, layakkah aku bersama mereka?” hati kecil Jabal berbicara secara tiba-tiba. Selepas solat maghrib, terdapat majlis ceramah yang dipanggil bayan yang disampaikan oleh salah seorang daripada rombongan jemaah dari semenanjung Malaysia. Setiap bait-bait ungkapan bayan yang disampaikan diteliti dan didengar dengan penuh perhatian. “ Tuan-tuan yang mulia, kita kena hidupkan amal-amal di masjid kita, di mohalla kita, di qariah kita dengan amal-amal masjid seperti mana amal-amal yang hidup di masjid nabawi pada zaman nabi dan sahabat ra. Kena hidupkan taklim (pembacaan kitab fadhail amal), dua gast (ziarah rumah ke rumah), 2 jam setengah (dakwah khususi), fikir harian (mesyuarat harian) dan keluar di jalan Allah swt 3 hari setiap bulan..” itulah antara petikan ayat yang menyentak hati jabal untuk berfikir, “ Aku juga kena buat di masjid nie...tapi bolehkah aku sendiri buat sendirian? Ajak orang kampung? Mahukah dorang? Sedangkan masa jemaah abang Alimin datang pun dorang buat ndak tahu saja.. Ndak apa, aku try...!! ”
                                                  ..............................
“ Ustaz...ustaz di masjid ni ada kitab Fadhail Amal kah?” Jabal bertanya pada ustaz Kamarudin selaku imam qariah di Masjid Kg.Kinabutan. Ustaz Kamarudin seorang imam yang telah agak tua dan uzur, namun sifatnya yang lemah lembut dan mudah didekati membuatkan Jabal berani untuk bertanya kepadanya. Walaupun Ustaz Kamarudin seorang yang agak tua dan uzur namun tiap hari berjalan kaki berulang alik ke masjid untuk menunaikan solat dan menunaikan amanahnya sebagai imam qariah membuatkan Jabal begitu kagum dengannya. “ Kitab Fadhail Amal? Erm...rasanya tiada nak sebab sudah berpuluh tahun saya tinggal di sini, tiada apa-apa kitab, kalau al-Quran tu eyalah..” balas ustaz Kamarudin sambil memberikan senyuman manisnya pada Jabal. Ustaz Kamarudin antara orang yang paling awal tinggal di situ dan menjadi imam qariah di masjid kampung itu. “Erm...kalau saya mahu tanya sesuatu boleh ka ustaz?” suara Jabal tersekat-sekat. Dia risau tentang jawapan yang akan diberikan oleh ustaz Kamarudin terhadap jawapannya sama ada positif atau negatif. “Anak mahu tanya apa, tanyalah..inshaALLAH kalau saya boleh jawab, saya akan jawab.” Begitulah kelembutan ustaz Kamarudin, maka tidak mustahillah jika dia begitu mudah merapati golongan muda yang bertandang ke masjid itu. “Erm...apa pandangan ustaz terhadap jemaah tabligh-tabligh tu yang datang masjid ni tempoh hari?” Jabal mengatur setiap bait-bait soalan dengan penuh berhati-hati. Dia berharap agar jawapan positif yang diterimanya daripada ustaz Kamarudin. “ Oh...orang tabligh? Hahaha...” ustaz Kamarudin ketawa kecil. Jabal begitu tertunggu-tunggu jawapan dari ustaz kamarudin. Maklumlah, jabal pun baru sekadar kenal ala kadar sahaja dengan jemaah tabligh, bagi dirinya, dia terlalu mentah untuk berkenalan dengan orang-orang tabligh, nak juga dengar pandangan daripada orang yang lebih tua di kampung itu. “ Alhamdulillah....setiap kali mereka datang, meriah lah masjid kita ni. Kalau dorang ndak datang, rasa macam sunyi betul. Biasanya dorang datang setiap bulan. Tapi kalau dorang tiba-tiba ndak datang dalam beberapa bulan, saya rasa macam lain macam. Terlalu sunyi masjid kita ni nak. Tengoklah sendiri keadaannya. Seperti rumah yang sudah ditinggalkan begitu lama dan hanya tinggal masa untuk runtuh. Kalau orang tabligh ndak datang sini, siapa lagi yang boleh kita harap untuk ajak orang kampung datang masjid nak. Saya ni pun sudah tua. Orang kampung yang datang masjid pun itu-itu ja. Bukan ada orang lain.” Alhamdulillah...lega hati Jabal bila mendengar pandangan positif dari ustaz Kamarudin. “Tapi, pernah sekali ada jemaah datang. Dorang bikin kotor ini masjid bah. Sisa-sisa makanan dorang buang di tempat wuduk, sugi yang dorang sudah dorang guna tu dibiar jak di tempat wuduk. Lepas tue sejadah berterabur di atas lantai masjid. Bila dorang balik lepas tiga hari. Habis berhambur sejadah di atas lantai. Bukan disusun. Pernah pulak sekali, tabung masjid terkopek roppo-ropponya (kunci solek/mangga) dikerjakan.” Tiba-tiba ustaz Kamarudin memberi sesuatu yang negatif dan mengaibkan jemaah tabligh yang begitu bagus dan membawa rahmat untuk ummat Islam. “ Erm...tapi sepanjang pengalaman saya lah nak. Endak semua yang begitu bah. Kebanyakkan jemaah tabligh yang datang semuanya pun bagus-bagus dorang punya akhlak. Terutamanya kalau jemaah tu ramai pelajar-pelajar sekolah. Orang-orang muda. Bukan senang mahu tengok anak-anak muda libatkan diri dengan program-program agama ni.” Sambung ustaz Kamardin lagi. “Eya, memang tidak dinafikan, di bumi Tawau ini sememangnya ramai pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak muda yang bergiat aktif dalam jemaah tabligh. Dengar sahaja laporan-laporan yang disampaikan, sehingga ada satu kampung semuanya pelajar sekolah yang membuat usaha dakwah tabligh ini, kalau tidak silap di Balung.” Sampuk Jabal. “Baguslah kalau begitu nak, orang-orang muda lah sepatutnya yang buat begitu sebab orang-orang muda ni la nanti ganti tempat saya kalau saya mati nanti.” Tiba-tiba suara ustaz Kamarudin tersekat-sekat menahan sebak dan kelihatan butiran jernih air mata membasahi kelopak matanya bak mutiara di lautan. Kata-kata ustaz Kamarudin membuatku terdiam seribu bahasa. Sebak, sebak melihat gejala-gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan anak-anak muda di negara kita. Tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah, entah apalah asbab Allah swt Yang maha Pemurah masih memberi ku peluang untuk berubah sebelum aku menjadi lebih teruk. “ Tapi nak, ahli jawatankuasa masjid ramai yang endak sukak dengan orang tabligh. Dari apa yang saya perhatikan, ramai jugak orang-orang masjid kita ni yang ndak sukak dengan jemaah tabligh. Dorang selalu bagitahu saya macam tentang jemaah tabligh. Jemaah Hindu laa, jemaah sesat laa, jemaah berkiblatkan India Pakistan laa, jemaah pengotor laa, macam-macam lagilah. Sampai pernah saya dimarahi dorang sebab membenarkan jemaah tabligh masuk di masjid kita ni. Eyalah, pengerusi masjid pun kalau saya bilang kasi masuk ini jemaah, memang dia akan kasi jugak sebab dia segan sama saya, tapi dia pun tidak seberapa sukak sama ini jemaah tabligh bah..saya pun kurang pastilah kenapa dorang tidak sukak nak. Saya pun pelik, padahal ini jemaah bagi pak cik bagus bah. Maw dibilang dorang sesat, ndakkanlah orang sesat maw ajak orang lain pada kebaikan, ajak orang lain menghidupkan masjid. Ustaz Nasir yang selalu bagi kuliah di masjid ini pun bilang begitu. Dia bilang ini jemaah pigi berdakwah saja tapi endak da ilmu. Disuruh belajar ilmu agama tapi endak mahu. Itulah mungkin kenapa dorang bilang ini orang tabligh sesat. Tapi bagi saya nak, setakat ajak orang pada masjid, ajak orang buat kebaikan, endak ada ilmu pun ndak apa. Budak-budak lepak tepi jalan pun kalau ada orang tua maw limpas (lintas/lalu) jalan kalau dia tiba-tiba cakap ‘eh jum pigi tolong tu pak cik’ pun dikira buat dakwah juga, dikira ajak buat kebaikan jugak...kan..” ustaz Kamarudin menyambung penerangannya sambil melemparkan senyumannya yang tidak pernah kering dari bibirnya itu. Jabal hanya memberikan senyuman mendengarkan jawapan ustaz Kamarudin itu. Nampaknya sudah ada bayang-bayang bagaimana mujahadah untuk menghidupkan usaha dakwah disitu lantaran hanya dia seorang diri. Namun Jabal sudah memasang tekad dan azam yang menggunung tinggi. “ Apa nak jadi, jadilah...” bisik hati kecilnya.

                                                      ..............................

“ Mama bukan halang kamu ikut orang-orang tabligh tu. Baguslah kamu sudah sedar untuk berubah, tapi kenapa mesti ikut orang-orang yang ndak da kerja? Hanya duduk tinggal di masjid jak. Pigi rumah-rumah orang ajak pigi masjid. Malu bah mama anak mama ikut kumpulang-kumpulang begitu nak... dek gaga jama-jamana (tidak ada kerjanya).” Tersentak hati Jabal, seperti ditususk sembilu yang tumpul. Seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh ibunya. “ Tapi mak, dorang tu bagus. Tengoklah, dorang yang banyak buat iyak (saya) berubah.” Jabal cuba membantah apa kata ibunya sebentar tadi. “ Eyek..(ya)! Memang dorang bagus tapi ndak da kerja dorang lo.. tinggal mi saja di mesiji (masjid). Kau mesti ingat. Bapakmu sudah ndak ada, siapa lagi kau maw harap? Kau mesti belajar bagus-bagus untuk masa depang mu. Belajarlah kau dulu daripada kau pigi ikut-ikut itu orang yang ndak ada masa depangnya. Bawak tong gas, periuk, kuali lepas tu pigi tidur di masjid. Mama maw kau jadi orang yang berjaya, bukang untuk mama, untuk dirimu jugak supaya kau senang nanti di masa hadapang.” Balas ibunya lagi. “ Mama kasi kau last warning, jangang kau pigi ikut lagi kumpulang-kumpulang begitu.” Ibunya memberi amaran pada jabal. Jabal seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan ibunya. Dia fikir bahawa ibunya akan menyokong dan mempersetujuinya mengikuti jemaah tabligh, namun sebaliknya yang terjadi. Jabal bingung, dia berasa tidak tenteram dan terfikir-fikir apa yang harus dilakukannya. Fikirannya dirasakan begitu kusut sekali.

                                               ......................................

“ Apa yang harus saya lakukan bang? “ Jabal bertanya kepada Suhaily, orang tanggungjawab halqah/kawasannya setelah menceritakan perbualannya bersama ustaz Kamarudin dan ibunya sendiri. Dia berharap agar dapat diberi jawapan, apa langkah yang harus dilakukannya. “ Erm...lepas Isyak nanti kau tunggu di masjidmu, nanti lepas isyak saya datang ambik kau. Malam ni ada mesyuarat kawasan. Boleh kita bawak dalam mesyuarat masalah ni. Nanti kita tanya Cikgu Hussin, dia syura, orang tanggungjawab. Perkara ni kita mesti bawak mesyuarat, barulah Allah swt datangkan rahmat dan nusrah inshaALLAH.” Cadang Suhaily. “Erm...ok laa, nanti lepas isyak ya saya tunggu. Tapi ndak boleh lama sangat laa mesyuarat, takut nanti mama saya marah kalau lambat balik.” Balas Jabal. “ InshaALLAH ndak lama tu, sekejap jak. Dikawasan kita ni bukan banyak mohalla yang hidup usaha agama. Tu yang kita buat mesyuarat supaya bagaimana masjid-masjid dan surau di kawasan kita dapat dikasi hidup usaha agama dan amal agama.” Terang Suhaily lagi. Selepas isyak, Jabal dibawa ke mesyuarat kawasan oleh Suhaily di surau Kg. Ranggu Cina. Jabal menceritakan segala apa yang diceritakannya bersama Suhaily pada Cikgu Hussin dan ahli jemaah yang hadir dalam mesyuarat itu. Dalam mesyuarat itu, Jabal begitu terpegun kerana ramai pelajar-pelajar yang turut serta dalam mesyuarat mewakili mohalla masing-masing, dan laporan yang disampaikan juga memberangsangkan. Bahkan dia rasa begitu kerdilnya dirinya kerana ada pelajar yang sebaya dirinya sudah keluar di jalan-Allah selama empat puluh hari sedangkan Jabal belum lagi keluar walaupun selama tiga hari. “ Sekarang ni apa amal yang sudah dapat dikasi hidup di masjid mu? “ tanya cikgu Rahmat. Cikgu Rahmat mempunyai seorang abang kembar bernama Rahman. Kadang-kadang Jabal sendiri keliru yang mana satu Cikgu Rahmat, mana satu Rahman. Namun Cikgu Rahmat dan abang-abangnya melayannya dengan begitu baik sekali membuatkan dia berasa begitu selesa berdamping dengan karkun-karkun (orang yang buat usaha dakwah tabligh) di bumi kelahirannya itu. “ Setakat ini tiada amal yang hidup. Taklim pun tiada. Cuma mohalla batu 5 dalam selalu buat gast (ziarah) kedua di situ.” Jelas Jabal dalam nada yang agak perlahan kerana ini kali pertama dia duduk dalam majlis mesyuarat seperti itu. “ Erm..sekarang ni, kamu tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaranmu dulu. Kalau boleh, belajar bagus-bagus biar dapat best student. Balik rumah, ikram mama dan ahli keluargamu. Kalau tengok mama mu siram pokok bunga, pigi tolong. Kalau mama mu penat balik kerja, pigi urut, picitkan kepalanya. Lepas makan, basuh pinggan. Mop lantai. Sapu rumah. Pokoknya semua kerja-kerja rumah yang biasa mama mu buat, kau buat. Jangan tunggu disuruh, pigi buat tanpa disuruh. Di masjid pulak, layan orang masjid. Hormat orang masjid yang lebih tua. Lepas sembahyang, duduk terus sampai imam habis baca doa. Jangan terus berdiri pigi belakang sembahyang ba’diah. Duduk terus sampai imam habis baca doa. Kalau ada ustaz-ustaz datang mengajar, duduk paling depan. Kalau ada orang muda-muda yang satu umur atau lebih kurang, ajak untuk hidupkan taalim sama-sama. Pelan-pelan. InshaALLAH...banyak-banyak doa inshaALLAH..yang paling penting, jangan putus hubungan dengan mesyuarat halqah.” Begitulah serba sedikit pesanan Cikgu Hussin, Jabal mendengarnya dengan penuh tawajuh dan sepenuh perhatian. “ InshaALLAH, minggu ni kita keluar tiga hari. Boleh keluar sama-sama kami kah?” Cikgu Rahmat bertanya pada Jabal. “ Saya bukan ndak mahu tapi takut kalau mama saya marah. Dia sudah bagi warning bah hari tu supaya jangan ikut.” Balas Jabal. Melalui riak wajahnya jelas menunjukkan dia begitu risau kalau ibunya melarangnya. “ Kamu bagitaw mama kamu, kamu ikut kawan belajar. Bawa semua buku-bukumu. InshaALLAH...boleh tu.” Cadang Cikgu Rahmat.

                                                    ...............................

“ Eh Jabal. Boleh kah jangan kau kasi sebar ajaran sesat di sekolah ni?” Kahar membentak Jabal secara tiba-tiba sewaktu masa rehat. “Sebar ajaran sesat apa pulak ni?” Jabal begitu tertanya-tanya mengapa tiba-tiba dia dituduh seperti itu. Eya, mereka sebenarnya berasa begitu kurang senang dengan apa yang Jabal lakukan. Setiap kali selepas solat Zohor dilaksanakan. Jabal akan membaca kitab Fadhail Amal di surau terhadap pelajar-pelajar junior sesi petang. Bukan sahaja kepada pelajar-pelajar junior, Jabal juga membuat bacaan kitab Fadhail Amal bersama-sama rakan-rakannya di sesi pagi. Setiap kali waktu rehat, Jabal dan rakan-rakannya akan ke surau al-Ghazali Smk Kuhara untuk membaca kitab Fadhail Amal. Bahkan semakin ramai pelajar-pelajar sesi pagi yang datang duduk mendengar bacaan kitab Fadhail Amal. Jabal seperti mendapat satu kekuatan untuk buat usaha agama setelah beberapa kali keluar tiga hari bersama jemaah tabligh. Walaupun tidak sampai setengah jam dan dalam lingkungan 5-10 minit sahaja, namun usaha kecil dan kerdilnya itu mendapat tentangan hebat bukan sahaja dari rakan-rakannya dari persatuan pelajar islam yang pernah dibawah pimpinannya seperti Kahar, bahkan juga seorang ustaz yang mengajar di sesi pagi. “ Kamu tahukan mengapa saya panggil kamu berjumpa saya?” tanya ustaz Zamri pada Jabal. Jabal tidak tahu apa salahnya sehingga dia dipanggil secara tiba-tiba oleh ustaz Zamri. Dia tidak sebegitu rapat dengan ustaz Zamri kerana ustaz Zamri tidak pernah mengajar kelasnya, namun setelah dia mengundurkan diri dari persatuan pelajar islam itu, dirinya semakin terkenal, disebut-sebut oleh ustaz dan ustazah. “ Mengapa kamu buat bacaan kitab Fadhail Amal di surau? Kamu tidak tahukah, kitab itu mengandungi hadis-hadis maudhu’, hadis-hadis palsu ciptaan Zakaria Khandalawi. Bukan sahaja hadis-hadis palsu, juga terdapat kisah-kisah rekaan yang tidak betul yang boleh merosakkan aqidah kamu. Bukan sahaja aqidah kamu bahkan juga aqidah orang lain. Dan kamu menyebarkan aqidah sesat di sekolah ini. Apa yang kamu lakukan ini sesuatu yang salah. Mahukah kamu saya laporkan pada pengetua sekolah?” ustaz Zamri memarahi Jabal dengan pelbagai tuduhan terhadap kitab Fadhail Amal yang dibacanya di surau bersama rakan-rakannya. Jabal hanya tertunduk diam seribu bahasa. Dia bagai dihujani anak-anak panah yang bisa membunuhnya. Dia bingung, jika dulu dia sering dimarahi kerana selalu buat masalah-masalah disiplin, namun kini dia dimarahi pula kerana buat sesuatu yang baik. Pelik sungguh dunia ini. Namun inilah lumrahnya usaha dakwah. Tiada nabi-nabi yang buat usaha dakwah tanpa menghadapi tentangan. Bahkan ada juga nabi yang dibunuh, digergaji, bahkan junjungan mulia nabi Muhammad saw sendiri telah dicaci, dimaki, dilempar, bahkan disihir sehingga hampir dibunuh. Baginya ini bukanlah sesuatu yang bisa mematahkan semangatnya yang berkobar-kobar. Dia menerima apa jua halangan yang datang sebagai minyak tanah yang menambahkan lagi kemarakan api semangatnya. Dia sedar, dia tidak harus mudah berputus asa kerana nabi saw tidak pernah mengajar ummatnya untuk berputus asa. Apa yang dialaminya ini hanya sedikit dan terlalu jauh jika dibandingkan dengan segala penderitaan dan kepayahan yang ditanggung oleh nabi Muhammad saw dan para sahabat ra dalam mendakwahkan agama Islam, dalam menegakkan syiar Islam, dalam mendidik iman jitu dan mantap, dan melawan hawa nafsu daripada terus mencengkam. Apapun yang dikatakan oleh mereka-mereka yang menentang, usaha ini tetap diteruskan walaupun dia terpaksa dibuang sekolah sekalipun kerana ini bukanlah sesuatu yang salah di sisi undang-undang dunia mahupun akhirat dalam menyebarkan perkara kebaikan. Bukan setakat membuat bacaan kitab Fadhail Amal, Jabal dan beberapa rakannya juga turun membentuk beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari 2-3 orang. Setiap kumpulan-kumpulan kecil ini akan bergerak ke setiap blok-blok kelas untuk mengajak seberapa ramai yang boleh untuk datang ke surau, agar sama-sama dapat mendengar bacaan hadis-hadis nabi dalam kitab Fadhail Amal. Jabal bertindak sebagai orang tanggungjawab terhadap usaha agama yang dijalankan di sekolahnya. Hakikatnya, bukan Jabal seorang sahaja karkun di sekolah itu bahkan ramai lagi. Namun apa yang menyedihkan, karkun-karkun yang sebaya dengannya hanya muncul beberapa kali dalam pembacaan kitab Fadhail Amal. Namun lumrahnya usaha dakwah itu akan menghadapi apa jua rintangan dan halangan. Pada suatu hari, seperti biasa mereka akan berkumpul dahulu di surau untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk mengajak pelajar-pelajar lain datang ke surau walau terpaksa mengorbankan masa rehat mereka. Namun pada hari itu, pintu pagar surau al-Ghazali nan megah dan berdiri tersergam indah berhampiran Dewan Aminudin Baki itu dikunci dan terdapat notis berbunyi ‘ pelajar sesi pagi dilarang masuk!’. Sedih, kecewa, sebak dengan apa yang berlaku. Namun itu sama sekali tidak mematahkan semangat mereka. Seorang daripada mereka, Fazli telah memanjat pagar surau berkenaan dan masuk mengambil kitab Fadhail Amal. Pembacaan kitab Fadhail Amal ketika itu dijalankan seperti biasa namun terpaksa berteduh di bawah sebatang pohon nan merimbun. Jabal membacakan bab ‘Kisah-kisah Para Sahabat ‘ sambil berdiri manakala rakan-rakan yang lain duduk di atas lantai berteduhkan daun-daun pohon. Itulah antara mujahadahnya berbuat usaha dakwah. “ Kita selalu cakap, sahabat-sahabat nabi saw kalau duduk dibawah pokok dengar dakwah nabi saw, daun-daun yang gugur tiada satupun yang jatuh ke atas tanah. Semuanya jatuh di atas riba para sahabat ra. Jadi hari ini, Allah taala kasi kita peluang rasa macam sahabat ra. Hehe..” Fazli memberi kata-kata semangat dan perangsang sambil tersenyum dan ketawa kecil kepada rakan-rakan yang lain agar tidak berasa putus semangat untuk dengar pembacaan kitab Fadhail Amal. Fazli juga merupakan seorang karkun. Mula mengikuti usaha dakwah ini seawal umur 13 tahun hasil ajakan rakan-rakan sekampungnya yang begitu giat menghidupkan usaha agama di qariahnya. Semua pelajar-pelajar yang menghidupkan usaha dakwah tabligh ini di masjid kampungnya, Masjid al-Jiddan. Bukan sekadar pintu surau itu dikunci, bahkan kitab Fadhail Amal itu telah dirampas oleh ustaz Zamri. Akhirnya, pembacaan kitab Fadhail Amal terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Along, nama panggilan buat Fazli telah membawa kitab Fadhail Amal ke sekolah yang dipinjam daripada masjid kampungnya. Along terpaksa membawa kitab itu setiap hari ke sekolah agar pembacaan kitab Fadhail Amal dapat diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Begitulah mujahadah yang terpaksa ditempuh oleh mereka. Mereka sedar, mereka begitu malu sekiranya menyampaikan laporan usaha dakwah terhadap pelajar di sekolahnya dalam mesyuarat-mesyuarat markaz. Mereka begitu cemburu melihat usaha dakwah tabligh yang begitu maju dilaksanakan di Sekolah Menengah Teknik, setiap tahun dapat mengeluarkan jemaah 40hari lepasan SPM. Mereka juga mahu seperti itu, mereka juga mahu SMK Kuhara mengeluarkan satu jemaah paling kurang 3 hari dan tasykil seramai mungkin pelajar-pelajar sebaya mereka untuk keluar 40hari pada cuti penghujung tahun. Bunyinya seperti agak melucukan. Eya, melucukan! Mana tidak lucu jika pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai budak mentah mahu membentuk satu jemaah keluar di jalan-Allah taala. Namun itulah semangat dan iltizam mereka. Mereka bukan sekadar mahu berjaya dalam pelajaran, tetapi mahu juga berjaya dalam agama, berjaya di dunia dan akhirat yang hakiki.

            Setiap tingkah laku Jabal diperhatikan oleh Raudhatul. Raudhatul, akhwat seusrah dengan Jabal yang pernah disukainya dahulu. Tanpa pengetahuan Jabal, Raudhatul sebenarnya telah menyimpan bibit rasa cinta pada Jabal. Ingin sekali Raudhatul meluahkan perasaan cintanya pada jejaka muda idaman hatinya. Namun, malunya mengatasi nafsunya. Dia lebih rela memendam perasaan daripada diluahkan. Memang seksa baginya, tambahan pula jiwa anak remaja perempuan yang kuat. Namun dia cuba sedaya upayanya untuk menyembunyikan rasa cintanya, demi maruahnya. Dia tidak mahu dikatakan wanita yang tidak tahu malu, perigi mencari timba, dan bermacam-macam lagi hinaan dan cemuhan orang lain. Tambahan pula Jabal seorang tabligh sedangkan dia masih setia dengan manhaj usrah-usrahnya yang sememangnya tidak selari dengan perjuangan usaha dakwah tabligh. Namun dia begitu tertarik dengan sifat Jabal. Atas dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Raudhatul telah menulis sepucuk surat kepada Jabal yang menyatakan isi hatinya yang dipendam. Maklumlah, nak menghantar khidmat pesanan ringkas mahupun telefon, waktu itu mereka berdua masing-masing belum mempunyai telefon bimbit. Diserahkan surat itu kepada Jabal melalui seorang rakan Jabal, Syahmi. Syahmi merupakan rakan karib Jabal. Duduk bersebelahan dengan Jabal di dalam kelas dan Syahmi jugak telah mula berjinak-jinak dengan usaha dakwah tabligh setelah ditasykil setiap hari oleh Jabal di dalam kelas. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar lelaki di dalam kelasnya ditasykil setiap hari. “ Nah Bal, ada masturat / akhwat bagi kau surat ni tadi. Dia bagi aku time aku maw naik tangga tadi. Cantik Bal. Huhu...untunglah kau, ada peminat. Hehe...phewitt..” gurau Syahmi pada Jabal sambil menyerahkan surat dari Raudhatul itu kepada Jabal. Jabal menerimanya lalu diletakkan di dalam begnya. “ Waduhh...kok ngak dibaca suratnya?” Syahmi bertanya sambil menggunakan loghat orang Indonesia. “Biarin aja pok, dibaca di rumah aja..ngak bisa disni. Haha. ” Balas Jabal juga dengan menggunakan loghat Indonesia sambil mereka berdua ketawa. Bagi Jabal. Bukan dia tidak mahu baca atau menolak surat itu bahkan itulah yang dinanti-nantikan selama ini. Menantikan gadis yang diminatinya dapat membalas cintanya remajanya. Semenjak itu, mereka sering saling mengutus surat cinta dan Syahmilah yang akan menjadi postmen untuk menyerahkan surat itu pada Raudhatul dan Jabal. Kerana hanya Syahmilah rakan yang paling dipercayai oleh Jabal bahkan dia sudah menganggap Syahmi seperti adik beradik dengannya. Segala kegembiraan dan kesedihan dikongsi bersama. Terasa indahnya ukhwah persahabatan yang terjalin antara dua sahabat. Setelah Jabal berjaya membeli sebuah telefon bimbit sendiri hasil usahanya menjual tin-tin buangan, besi buruk dan juga menjadi kondaktor bas Jalan Apas secara sambilan. Telefon Nokia 3310 atau lebih dikenali sebagai telefon ‘ batu gosok’ lantaran telefon itu yang berat dan besar. Semenjak itu, dia sering kali berbalas khidmat pesanan ringkas (sms) dengan Raudhatul. Ini membuatkan dia semakin hanyut dengan arus gelora cinta anak remaja. Keluar 3 hari, tidak putus-putus saling berbalas mesej dengan Raudhatul siang dan malam. “ Cewekmu kah?” Abang Judin bertanya pada Jabal sambil tersenyum semasa mereka keluar selama 3 hari di masjid Kampung Pasir Putih Asli. Sebelum ke masjid itu. Jabal menghadiri aktiviti gerko di sekolah. Dia telah membawa pakaiannya dengan lebih awal sebelum ke sekolah. Tamat sahaja aktiviti gerko, Jabal terus menaiki bas transit ke Kampung Pasir Putih Asli. Namun dia tersesat. Bas tersebut telah berhenti di hujung kawasan Pasir Putih tersebut. Jabal begitu cemas. Turun sahaja dari bas, dia melihat sekumpulan remaja yang sedang melepak sambil meminum arak dan bermain daun terup. Remaja-remaja itu memerhatikannya dengan pandangan yang menyeramkan seolah-olah ingin menyerangnya. Risau juga Jabal sekiranya tiba-tiba dia diserang. Maklumlah, orang luar masuk kampung orang. Namun, Jabal buat bodoh saja. Diteruskan perjalanan secara berjalan kaki ke persimpangan masuk kampung yang ingin dia pergi setelah diberi tunjuk jalan oleh kondaktor bas tadi. Setelah sampai di persimpangan, dia tidak melihat satu signboard pun. Namun dia masuk juga dengan perasaan yakin. Di kiri dan kana dipenuhi pohon-pohon buluh. Terasa seram juga dirinya. Dia bertemu dengan dua persimpangan. Entah mana satu yang harus dia lalui. Dia berselawat keatas nabi saw kemudian mengambil keputusan mengambil laluan kanan. Akhirnya sampailah dia ke masjid Kg.Pasir Putih Asli itu. Dia disambut oleh para jemaah yang lain. Pada hari itu dia berpuasa sunat. “Puasa sunat apa kamu hari sabtu begini?” Ustaz Hafi bertanya kepada Jabal. Ustaz Hafi antara ustaz yang buat usaha dakwah dan agak rapat juga dengan Jabal kerana telah keluar bersama-sama beberapa kali. Jabal tidak membalas pertanyaan ustaz Hafi kerana berasa malu. Dia sebenarnya berpuasa sunat Nazar kerana Raudhatul. Kerana cintanya telah diterima. “ Mari sini makan. Batalkan puasamu. Puasa sunat jak, boleh. Lagipun kita tengah keluar ni. Itu amalan infradi, ini makan amalan ijtimai’. Mari makan.”  Ajak ustaz Hafi kepada Jabal. Terpaksalah Jabal membatalkan puasanya pada hari itu. Jabal begitu selesa bersama jemaah bandar ini. Walaupun dia lah yang paling muda dan hanya dia jugalah yang baru keluar 3 hari dan sehari setengah, namun dia tidak terlalu rasa kekok dengan jemaah yang lain.

                                                          .............................

Bismillahirrahmanirrahim. Hadis pertama....”, Jabal memulakan bacaan hadis hadis dari kitab Fadhilat Solat, kemudian Fadhilat Zikir & Fadilat-fadhilat lainnya. Jabal terpaksa membuat bacaan taklim menggunakan buku-buku pecahan daripada kitab Fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam Fadhail Amal kerana dia tidak mampu membeli kitab Fadhail Amal berharga RM35.00 itu. Hanya sekadar buku-buku kecil yang intisarinya diambil dari kitab Fadhail Amal yang berharga tidak mencecah RM10. Namun baginya, usaha untuk menghidupkan walau satu amalan di masjid kampungnya iaitu taklim mesti juga dilaksanakan walau dengan apa cara sekalipun. Walau tiada siapa yang mendengar bacaannya. Semua orang-orang masjid yang ada hanya melihat kelakuan Jabal dengan riak wajah seakan-akan pelik. Malu...eya, memang malu. Tebal muka Jabal apabila dipandang seperti itu. Namun apakan daya, usaha untuk menghidupkan amalan bacaan kitab Fadhail Amal harus juga dijalankan. Baginya, kisah-kisah para sahabat ra yang terkandung di bahagian awal kitab Fadhail Amal itu memberinya suntikan semangat dan keghairahan untuk meneruskan usahanya itu walaupun dipandangnya ke kiri, ke kanan, ke hadapan, dan kebelakang, hanya dia seorang sahaja. Jabal terpaksa melalui perjalanan yang begitu jauh setiap hari ke masjid untuk menunaikan solah lima waktu secara berjemaah dan menghidupkan bacaan kitab Fadhail Amal. Maka sekiranya dia pergi masjid pada waktu zohor, dia hanya akan pulang ke rumah selepas waktu Asar untuk mandi, kemudian pergi semula ke masjid untuk solat Maghrib dan pulang selepas Isyak melalui perjalanan yang jauh dengan berjalan kaki. “ Hei...kamu buat apa ni?? Oh..kamu baca kitab orang tabligh ya? Kamu ni budak muda lagi, pigi balik laa belajar. Jangan suka-suka ikut sembarangan ajaran.” Tegur pak Dali, bilal masjid kampung itu. Buakn sekadar dimarah, ditegur dan dilarang membuat bacaan kitab Fadhail Amal, bahkan kitab-kitab kecil itu telah dirampas dan ada juga Jabal temui dibuang di sungai bersebelahan dengan masjid itu. Begitulah halangan dan cabaran yang harus ditempuhinya. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia membeli kitab Fadhail Amal berharga RM35.00 itu di kedai Fanika dan membacanya setiap hari. Setelah berbincang dengan ustaz Kamarudin, ustaz kamarudin bersetuju untuk meletakkan tandatangannya dan juga cop masjid pada kitab itu agar kitab itu tidak lagi dibuang ke sungai oleh orang-orang masjid yang lain.

Daripada Masjid Kg.Kinabutan batu 5 itu ke Taman Kinabutan memakan masa setengah jam. Kadang-kadang dia akan dikejar oleh anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan perumahannya sekiranya pulang dari masjid pada waktu Isyak. Pernah juga dia terpaksa bermalam di masjid berseorangan. “ Nak, bangun nak. Kenapa tidur di sini satu orang saja?” ustaz Kamarudin mengejutkan Jabal bangun kerana waktu Subuh sudah nak masuk waktunya. Jabal bangun dan melemparkan senyuman pada ustaz Kamarudin sebaik sahaja terjaga dari tidur. Selepas membaca doa bangun tidur, dia duduk sambil mengosok-gosok matanya. Kakinya dirasakan begitu gatal sekali. Manakan tidak, nyamuk-nyamuk yang begitu ganas menyerangnya sewaktu tidur tadi. Sememangnya jemaah-jemaah tabligh yang masuk ke masjid itu akan mengadu tentang nyamuk yang banyak dan ganas-ganas belaka. Dilihatnya kakinya, penuh kesan gigitan nyamuk. Manakan tidak, dia tidak membawa apa-apa. Dia tidak membawa selimut, jauh sekali membawa bedding. Kurta yang dipakai itulah yang menjadi alas tidurnya, sejadah dilipat-lipat dan dijadikan bantal. Nak belajar tiru  kehidupan mujahadah seperti nabi saw dan para sahabat ra. Sememangnya kita tidak dapat untuk jadi seperti para sahabat ra yang buat pengorbanan yang besar untuk agama, namun apalah kiranya untuk belajar-belajar tiru kehidupan orang-orang yang telah mendapat kejayaan, orang-orang yang telah mendapat keredhaan dan janji Allah swt walau mereka masih hidup lagi di dunia. Tiba-tiba dilihatnya ustaz Kamarudin merenungnya tajam. “Kenapa ustaz?” tanya Jabal pada ustaz Kamarudin. “ Ndak ada apa-apa nak. Bangunlah. Pegi ambil wuduk lepas tu azan ya?!” arah ustaz Kamarudin pada Jabal. Ustaz Kamarudin sebenarnya sebak, dia berasa begitu malu dengan kesungguhan seorang anak muda yang datang dari kampung seberang yang begitu jauh.

            Selepas subuh, Jabal bergegas berjalan kaki pulang ke rumah kerana hendak bersiap untuk ke sekolah. Oleh kerana sekolahnya yang begitu jauh dari rumahnya, dia kena bertolak dari rumah seawal pukul 5.10 pagi dan sampai disekolahnya lebih kurang pada pukul 6.15 pagi. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) akan mula dijalankan pada pukul 6.40 pagi. Sementara menunggu sesi P&P bermula, Jabal akan terus menuju ke surau al-Ghazali sekolahnya setelah memasuki pagar sekolahnya untuk menunaikan solat sunat Israk. Di dalam perjalanan ke sekolah pula, dia akan membaca surah Yassin semasa di dalam bas sekolah. Dia menaiki bas sekolah milik seorang pak cik tua berbangsa Cina Fu Chow. Namun pak cik Cina itu melayan Jabal dengan begitu baik. Oleh kerana Jabal mahir dalam berbahasa Cina kerana pernah bersekolah cina sejak tadika sehinggalah tamat UPSR, dia sering berbual dengan pak cik pemandu bas sekolahnya dalam bahasa Cina. Sering kali juga Jabal berbicara soal agama dengan pak cik pemandu bas sekolah itu, dan seringkali juga Jabal memperkenalkan kesucian dan ketinggian serta kebenaran agama Islam terhadap pak cik tua itu.

Kau pigi mana semalam ndak balik rumah?” soalan yang diterima dari ibu Jabal sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah selepas pulang dari masjid. “ Tidur di masjid mak.” Jawab Jabal ringkas. ‘Pangggggg!!!!’ melekat tangan kiri ibunya meninggalkan kesan tapak tangan di muka Jabal. Jabal begitu terkejut dengan apa yang ibunya lakukan. Dia tidak menyangka bahawa ibunya akan menamparnya tanpa melakukan kesalahan. “ Apa salahku? Mama ndak sayang anak sendiri kan? Mama suka Jabal keluar malam pegi melepak, pegi disco daripada pegi masjid, pegi rumah Allah? Buat benda ndak betul mama marah. Sekarang buat benda yang baik pun mama pukul. Kalau mama ndak sayang Jabal sudah, biar aku tinggalkan rumah ni. Aku ndak maw tinggal di rumah ni lagi. Aku ndak ada mama lagi..!!” Jabal meninggikan suaranya yang tersekat-sekat kerana menangis. Berderai jatuh air matanya. Dia berasa begitu benci dengan ibunya sendiri. Jiwa remajanya yang kuat memberontak itu terserlah. Dia tidak sedar dengan apa yang dia katakan. “ Bukankah mama sudah larang, jangan ikut orang-orang yang ndak ada gunanya. Jangan ikut orang-orang yang ndak ada kerja. Jangan ikut orang-orang tabligh sesat. Inilah yang orang tabligh tu ajar kau kan, melawan cakap orang tua!! Mama mengandungkan kau sembilan, ku bawa pigi sana sini dalam perut, mama lahirkan kau, mama jaga makan minummu, kasi mandi, kasi cebok, mama kasi sekolah lagi kau. Ini balasanmu sama mama ya?! Kau ikut itu orang-orang tabligh sampai kau lupa orang tua sendiri..!!” ibunya menyambung menengking Jabal. Ibunya turut menangis sambil mulutnya tidak henti-henti membebel.

Suasana pagi itu sungguh dingin. Ibu Jabal berkerja sebagai seorang pemandu bas sekolah di kawasannya. Ibunya mahu Jabal jadi seperti adik beradiknya yang lain. Ibunya mahu Jabal jadi seperti dua orang abangnya yang berjaya melanjutkan pelajaran dan menjadi engineer dan cikgu. Namun, apalah gunanya sekadar berjaya di dunia sahaja, namun akhirat dibelakangkan. Apalah gunanya menyibukkan diri mengejar kejayaan di dunia sahaja yang sudah terang lagi bersuluh sidatnya hanya sementara. Bukan hendak membuka pekung abangnya namun dia tahu abang-abangnya semuanya mengabaikan kewajipan agama. Dia sendiri pernah mendengar bagaimana abangnya melawan tatkala ibunya mengejutkan abangnya untuk solat subuh namun ibunya tidak berani memarahi abangnya kerana kerjaya abangnya yang pada pandangan ibunya sangat berjaya. Jabal juga sedar, dia bukanlah pandai sangat dalam pelajarannya. Dia juga tidak yakin bahawa dia mampu untuk berjaya dalam pelajarannya. Akhirnya jabal tidak ke sekolah pada hari itu. Dia sememangnya memakai baju sekolah siap membawa buku dan alat tulis seperti hari-hari biasa namun dia tidak ke sekolah sebaliknya pergi ke rumah rakan lamanya, Acho. Acho jugak semenjak kebelakangan ini telah banyak berubah. Acho kini bekerja sebagai buruh binaan. Acho tidak dapat menyambung pelajarannya lantaran masalah dokumen taraf kewarganegaraan ibu bapanya. Jabal juga ada merancang untuk bekerja sambilan bersama Acho semasa cuti hujung minggu dan cuti sekolah untuk menyimpan duit. Dia ingin menyimpan duit untuk keluar selama 40 hari pada penghujung tahun. Di samping itu juga, dia membantu abang Alimin berniaga kopiah, jubah, sugi, minyak wangi dan buku-buku agama. Dia tidak meminta bayaran daripada abang Alimin. Dia niat untuk khidmat abang Alimin yang telah banyak membawa perubahan dalam dirinya dan banyak memperkenalkan dan mengajarnya selok belok usaha dakwah tabligh ini. Dia berasa begitu terhutang budi terhadap abang Alimin.

                                                      ............................

“ Kamu tahu mengapa saya panggil kamu?” Cikgu Zuraidah, guru kelas Jabal bertanya kepada Jabal setelah dia dipanggil oleh guru kelasnya itu untuk berjumpa dengannya. “Erm..ndak tahu cikgu.” Balas Jabal ringkas. “ Erm...tahniah Jabal. Kamu dapat tempat pertama di dalam ranking kelas kamu, secara tidak langsung kamu akan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 4 pada tahun ini. Tahniah sekali lagi.” Jabal begitu terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarinya dari Cikgu Zuraidah. Seperti tidak percaya, dia mampu mendapat gelaran best student of the year sekolahnya. Jabal menitiskan air matanya kerana terlalu gembira. “ Alhamdulillah...terima kasih ya Allah... terima kasih ya Robb...” tidak henti-henti Jabal mengucapkan kesyukurannya. Cikgu Zuraidah terharu melihat Jabal. Seorang yang dulunya mempunyai masalah disiplin yang membelenggu dirinya, kini bergelar pelajar cemerlang. Jabal bergegas ke surau al-Ghazali untuk solat dua rakaat sekaligus melakukan sujud syukur. Hanya Allah taala yang Maha Mengetahui sahaja betapa gembiranya dia pada waktu itu. Berita mengenai kejayaannya telah tersebar meluas. Jabal menjadi buah mulut guru-guru dan juga pelajar-pelajar yang lain. Tidak sabar rasanya dia mahu pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya tentang berita itu. Tentu ibunya akan berasa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Tentu ibunya tidak lagi memarahinya sebaliknya berbangga dengan dirinya. Semasa di dalam kelas, dia begitu tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah. Tidak sabar rasanya dia ingin menyerahkan kad jemputan ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kuhara Tawau 2007 kepada ibunya. Impiannya ingin menggembirakan ibunya tercapai jua. Selama ini dia sering membuatkan ibunya marah. Dia sering membuatkan ibunya kecewa dengan sikapnya. Sering membuatkan ibunya menangis kerana dia sering melawan cakap ibunya. “Kringggg....!!!” berbunyi sahaja bunyi loceng menandakan waktu tamat sesi persekolahan pada hari itu, dia bingkas bangun dan terus menuju keluar sekolah dan menaiki bas sekolah yang setia menunggu di depan sekolahnya dan terus pulang ke rumah. Setelah menunaikan solat Zohor, Jabal menadahkan tangannya berdoa pada Khaliqnya ; “ Ya Allah...Engkau jualah tuhan yang aku sembah. Hanya Engkau lah tempat aku bergantung dan hanya kepada Engakulah aku mengadu. Dahulu aku seperti layang-layang yang terputus tali. Namun Engkau telah taqdirkan layang-layang yang putus itu terus terbang ditiup angin dan hinggap di atas bumbung masjid. Engkau telah membuka pintu hidayah-Mu untukku. Hamba sedar ya Allah, hamba bukanlah hamba-Mu yang taat. Hamba-Mu ini seringkali melakukan kesalahan dalam ketaatan. Hamba tidak pandai ya Allah, hamba baru belajar-belajar ya Allah. Ya Robb...sesungguhnya aku tidak layak meminta-minta dengan-Mu kerana aku sedar terlalu banyak dosaku yang telah melanggar perintah-Mu. Ya Allah, sujudku juga masih tidak mampu menandingi nikmat yang telah Engkau berikan padaku. Ya Allah tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah Lagi Maha Pemberi. Kau panjangkanlah usia ibuku ya Allah. Hanya dia sahajalah yang aku ada di atas muka bumi ini sekarang ya Allah. Ayahku telah lama menyahut panggilan-Mu. Aku tidak sempat merasakan kasih sayang seorang ayah. Maka Kau panjangkanlah usia bondaku dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah ya Allah. Berilah daku kesempatan untuk membalas jasanya, untuk khidmat ke atas ibuku, untuk menggembirakan ibuku. Aku telah banyak melukakan hatinya. Izinkan daku menebus segala kesalahanku ya Allah...” bercucuran air matanya jatuh membasahi pipi dan sejadah. “ Jabal, mari makan..” ibunya memanggilnya makan. “ Mak..sekolah bagi surat.”  Jabal menyerahkan surat jemputan itu kepada Jabal. “ Surat apa ni hah??” ibunya bertanya pada Jabal tentang surat yang diserahkan oleh Jabal. Namun Jabal hanya mendiamkan dirinya. Bukannya Jabal takut atau sengaja tidak mahu menjawab, tapi dia mahu memberi kejutan kepada ibunya. “ Surat apa ni? Jawablah bila mama tanya!” “ Aduhh mak, sakit mak. Sakit..lepas mak, lepas..!!” Jabal merayu-rayu kesakitan kerana ditarik rambutnya oleh ibunya yang sedang tersangat marah seperti dirasuk syaitan. “ Eh...kau ndak pandai menjawabkah? Mesti surat amaran kes disiplin lagi ni kan? Aku fikirkan kau sudah berubah semenjak ikut itu orang-orang tabligh yang ndak ada guna-gunanya tapi masih lagi dengan perangai lamamu kan bahkan makin teruk. Kenapalah aku ada anak macam kau ni hah !! Ndak habis-habis menyusahkan aku bah...pigi matilah kau. Aku ndak ada anak macam kau ini. Semua anakku bagus-bagus. Kau jak yang perangai begini teruk. Sudahlah malas belajar, pigi lagi ikut orang-orang yang ndak ada guna-gunanya. Lessi’nu (mencarut) mbek..” Ibunya terus menengkingnya tanpa memberi peluang kepada Jabal untuk menjelaskan. Hancur luluh hati Jabal. Air matanya mengalir bak paip air yang terbuka luas. “ Kalau beginilah perangaimu, keluar kau dari rumah ni. Jangan kau tunjuk mukamu selagi kau ikut itu orang-orang yang ndak ada kerja selain ajak-ajak orang pigi masjid saja. Ndak da masa depang..pigi lah, pigi !!” tengking ibunya lagi.

            Remuk hatinya dirasakan tatkala dia yang tidak sabar-sabar melihat wajah riang ibunya mendapat surat jemputan itu namun sebaliknya. Jabal etrus keluar dari rumah dan ingin menuju ke masjid bagi menenagkan fikirannya yang berkecamuk. Dia bagaikan disambar halilintar. Seolah-olah pandangannya tidak lagi melihat dunia yang nyata, kini hatinya benar-benar remuk. Air matanya tidak habis-habis membasahi pipinya nan janggutnya yang baru mulai tumbuh itu sambil dia melintasi highway untuk ke kampung seberang seterusnya ke masjid.



                                              .....................................

“ Ya Allah....pulangkan anakku !!! Pulangkan anakku...!! Pulangkan anakku...!! Kau ambillah nyawaku tapi pulangkanlah anakku ya Allah, aku meray tolonglah pulangkan anakku..!!”.  “ Astaghfirullahalazim...sabarakko ji  sitti puang Allah taala, ajak ko bisyarah pokkoro..( sabarlah kau haji Sitti pada Allah taala, jangan kau berkata begitu..)” Hjh Duma mententeramkan emak Jabal yang juga adik tirinya. “ Pekko carana melok ka’ sabarak ji, dek gaga ni anakku...dek gaga ni anak bongsuku..!! (bagaimana aku harus bersabar, tiada sudah anakku...tiada sudah anak bongsuku..!!)”, rintihan Hajah Sitti tidak henti-henti sejak jenazah arwah Jabal dikebumikan dua hari lepas. Arwah telah dilanggar dan diseret oleh lori yang membawa kayu balak sejauh 50 meter. Badan arwah hancur bertaburan di atas jalan raya. Hanya kepala dan sebahagian lagi badannya yang masih mempunyai bentuk asal. Kaki, perut dan tangan arwah terburai dan terpecah-pecah di atas jalan raya. “ Mak cik, sebelum arwah mengehmbuskan nafasnya yang terakhir, dia ada menyebut ; ‘ mak...maafkan Jabal mak. Ndak sempat Jabal balas jasa mama, ndak sempat aku jaga mama.. Maafkan Jabal mak..Jabal sayang sangat dengan mama..’ sebelum arwah mengucapkan kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.” Encik Affandi memberitahu perkara tersebut kepada Hajah Sitti, ibu Jabal. Encik Affandi yang sedang menunggang motorsikal ketika kejadian segera mendapatkan arwah dan mendukung arwah. “ Ya Allah puang....ampunkan aku....pulangkanlah anakku...!!” rintihan Hajah Sitti semakin kuat sehingga kedengaran oleh jiran tetangganya. Hajah sitti tidak dapat menahan sebaknya. Namun kini semua sudah tiada gunanya lagi. Yang pergi tetap pergi tidak akan kembali lagi. Itulah hakikat yang harus kita terima sebagai hamba ilahi.

“ Jaga bagus-bagus anak-anak kita ya. Pastikan semua berjaya. Jangan lupa ajar anak-anak kita taat perintah Allah taala.. Aku sudah maw pergi.. Aku sudah lihat sebahagian anak-anak kita berjaya. Tinggal lagi yang paling penghabisan. Jagalah dia baik-baik.” Bertambah sebak Haji Sitti tatkala mengingati semula bait-bait cinta terakhir dari suaminya, Pari Daeng Pasolo ayah kepada Jabal. Ketika itu Jabal baru berusia 9 tahun. Kini Jabal juga telah pergi. Dibeleknya baju-baju arwah Jabal sambil menangis. Dipeluk, diciumnya baju-baju itu. Sehingga dilihatnya sebuah baju panjang iaitu kurta terakhir yang dipakai oleh arwah jabal sebelum keluar dari rumah menuju ke masjid. Kurta itu arwah sangkut di ampaian luar rumah sebelum keluar rumah buat kali yang terakhir. Kurta itu juga lah yang Jabal pakai pergi ke masjid tiap kali solat, tiap kali keluar di jalan Allah. Bertambah kuat tangisan Hajah Sitti. Dibelek-beleknya baju arwah anaknya, dicium, dipeluk dengan sekuat hatinya. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada kertas di poket baju anaknya. Dia lalu mengambil kertas itu. “ Oh..ini surat dari sekolah yang dia mahu kasi aku har itu.” Bisik hati kecil Hajah Sitti. Sambil membuka surat itu, air matanya tidak henti-henti mengalir membasahi kurta arwah Jabal. Dibukanya surat itu dan dibacanya satu persatu perkataan yang ditulis di dalam surat itu. “ Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput Pihak Tuan/Puan untuk Menghadirkan Diri ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kuhara Tawau 2007. Yang diraikan, MOHAMMAD JABALNUR BIN PARI, no. Kad pengenalan 911025-12-5991 sebagai PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN bagi tahun 2007, Anugerah Terbaik Matapelajaran Geografi, dan Anugerah Tempat Pertama 4 ss 1 2007.” “ Ya Allah.....!!!!!!” Hajah Sitti merintih dengan begitu kuat, kerana baru dia tahu surat inilah yang membuatkan dia memarahi arwah sehingga arwah keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan. “ Ya Allah...gantikanlah nyawaku dengan anakku. Ini semua salahku ya Allah..”  Hajah Sitti merintih kuat kemudian pengsan tidak sedarkan diri.

                                                 ...................................

“ Baik-baik ya bila sampai di sana nanti. Jaga kesihatangmu itu. Kalau ndak larat, rehat banyak-banyak ya?!” pesanan Hajah Duma kepada adik tirinya Hajah Sitti sebelum Hajah Sitti berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Dia ingin bertaubat kepada Allah, dia ingin mendekatkan diri kepada Allah agar diberi kekuatan kepadanya untuk menjalankan kehidupan. Terlalu perit dia menjalani kehidupan sehari-harinya tatkala teringatkan akan arwah Jabal, anak bongsunya yang diusungnya di dalam perut ke tanah suci semasa pertama kali dia menunaikan haji. Semasa bas melewati Jabal Nur (bukit cahaya), Hajah Sitti menangis dengan kuat menahan sebak. Dia masih ingat saat usia kandungannya berusia 7 bulan setengah di dalam perut. Dia tekad mendaki bukit itu dan berniat, ‘ sekiranya aku berjaya naik sampai ke puncak bukit, akanku namakan bayiku ini dengan nama JABALNUR..’. Kini semuanya tinggal kenangan..
                               
                                                    ***** TAMAT****

pesanan ; Setinggi Bukit Jabal Nur ucapan terima kasih saya hulurkan kerana sudi membaca kisah yang saya karangkan secara 'sanggar'. Cerita ini ada yang benar dan ada juga yang ditokok tambah melalui imaginasi. Semua watak dan mana-mana nama yang tercatat tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang mati. Saya amat berharap sebarang komen dan kritikan yang membina untuk jadi pengajaran buat saya agar dapat memperbaiki mana cacat celanya dan kekurangannya. Kejayaan setiap hamba Allah taala ialah bilamana kita taat perintah Allah taala mengikut cara dan garis panduan yang telah ditunjukkan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad saw.

Perbualan ringkas Islam-Kristian di South Africa

Pada suatu hari, seorang pelajar Madrasah Darul Ulum Zakariyya, South Africa, Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) telah ditegur oleh seorang pemuda Negro di dalam van. Ketika itu, mereka baru pulang dari pekan. Berikut adalah dialog yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang berlaku antara mereka.

 

Pemuda Negro: Hai !

Ibnu Batoota: Hai, apa di atas? (terjemahan; what’s up?)


Pemuda Negro : Saya sihat. Kamu?
Ibnu Batoota: Saya pun sihat.

Pemuda Negro: Kau belajar lagi? Belajar di mana?
Ibnu Batoota: Ya. Di Zack Park (Madrasah Darul Ulum Zakariyya)

Pemuda Negro: Apa yang kau belajar di sana? Selepas habis belajar nanti nanti kau boleh kerja apa?
Ibnu Batoota: Aku belajar agama berkaitan agama aku, iaitu Islam. Setelah habis nanti, saya mungkin jadi pemimpin agama, ulama, macam paderi (priest) bagi kamu.

Pemuda Negro: Oh? Jadi, kau akan bekerja di gereja?
(Mereka panggil masjid orang Islam sebagai church)

Ibnu Batoota: Well, not really. Boleh juga hendak kerja di bank (penasihat syariah / perbankan Islam), sekolah dan tempat-tempat lain tetapi kebanyakannya jadi ulama.

Pemuda Negro: Oh ! Jadi, kau akan dipandang tinggi oleh masyarakat nanti?
Ibnu Batoota: Mungkin.

Pemuda Negro: Jadi, kau kena berhati mulia, ambil tahu hal semasa dan masyarakat dan kena bantu masyarakat kerana mereka akan anggap kau pemimpin mereka.
Ibnu Batoota: Islam telah ajar semua itu kepada semua penganutnya tidak kira ulama atau orang awam, memang kami kena saling tolong-menolong (ikramul muslimin)

Pemuda Negro: Kau percaya Jesus? (p/s: Dia sudah mula hendak berdakyah)
Ibnu Batoota: Ya, aku percaya Jesus, tapi bukan seperti yang kau percaya.

Pemuda Negro : Kenapa? Apa bezanya kita? Kita percaya pada Tuhan yang sama, tapi kenapa kita mesti berbeza dan bergaduh? (p/s: Ayat perangkap)
Ibnu Batoota: Kami percaya Jesus sebagai Nabi, bukan anak Tuhan!

Pemuda Negro: Aah! Macam mana kau tidak percaya yang dia anak Tuhan? Dia lahir tanpa bapa dan boleh buat macam-macam mukjizat (miracle), dia boleh buat burung dengan tanah dan hidupkan. Dia juga boleh sembuhkan orang yang sakit.
Ibnu Batoota: Wait! Wait! Wait! Bagi aku cakap pula. Aku mahu tanya kau sesuatu, boleh?

Pemuda Negro: Very well. Apa dia?
Ibnu Batoota: Kau kata Jesus anak Tuhan hanya kerana dia lahir tanpa bapa?

Pemuda Negro: Yes!
Ibnu Batoota: Adakah ada sebab lain?

Pemuda Negro: Hmmm (berfikir). No!
Ibnu Batoota: Jadi kenapa kau tidak sembah Adam dan Eve (Nabi Adam dan Hawa)? Mereka wujud tanpa ibu dan bapa. Mereka lebih layak dijadikan Tuhan berbanding Jesus?

Pemuda Negro: Err..
That’s a tough question (soalan yang sangat sukar)

Ibnu Batoota: Jadi, tidak boleh jawablah?

Pemuda Negro: Hmm, aku rasa, mungkin sebab Jesus 'dilahirkan' tapi Adam dicipta. So, it’s different!

Ibnu Batoota: Kalau beza pun kenapa? Tuhan cuma satu dan seperti mana Dia ciptakan Adam tanpa ibu bapa, macam itu juga dia cipta Jesus tanpa bapa. Jadi, kenapa kau suka-suka saja kata Jesus anak Tuhan?

Pemuda Negro: Bible yang cakap dia anak Tuhan. Kau tidak baca Bible?
Ibnu Batoota: Bible yang mana? (Dengan nada mengejek sebab Bible ada banyak versi dan masing-masing bercanggah. P/s: Sebenarnya, ia bukan kitab tetapi sekadar buku)


Pemuda Negro: Bible versi ni (Dia sebut nama taip Ibnu Batoota terlupa namanya)
Ibnu Batoota: Jadi, Bible ini perkataan Tuhankah?

Pemuda Negro: Ya.
Ibnu Batoota: Versi yang lain, perkataan siapa pula?

Pemuda Negro: Err ... Hmm.
Ibnu Batoota: ?

Pemuda Negro: Hmm. Aku rasa, kau ini seorang wali (saint). Aku ini belajar di sekolah gereja dan kami belajar mengenai Kristian tapi soalan semudah ini aku tidak boleh jawab.
Ibnu Batoota: Hahahahaha! Kalau aku kau panggil wali, mungkin guru aku kau ambil jadi Tuhan ke-4. (Kristian percaya kepada 3 Tuhan yang mereka namakan trinity)

Pemuda Negro: Mungkin aku kena bawa kau jumpa paderi aku. Kau akan dapat semua keterangan di sana. Kau akan jadi Kristian dan kita akan bersaudara, okey?
Ibnu Batoota: Aku memang mahu kau jadi saudara aku, tapi dalam Islam. Insya-Allah, aku akan jumpa paderi kau dan Islamkan dia. Okey?

Pemuda Negro: Hahaha. Tidak mungkinlah. Sebab kami yakin Kristian adalah agama yang benar.
Ibnu Batoota :Kau kenal (Nabi) Muhammad?

Pemuda Negro: Ya. Aku mendengar mengenainya sejak kecil.
Ibnu Batoota: Bagi kau, dia siapa? Nabi atau Tuhan?

Pemuda Negro: Dia adalah manusia seperti aku, ada daging ,rmbut dan lain-lain. Tidak ada apa-apa yang istimewa.
Ibnu Batoota: Jadi, adakah Jesus seorang makhluk asing (alien)? Tidak ada rambut, daging dan lain-lain?

Pemuda Negro: Hahaha...bukan...maksud aku, dia tidak ada kelebihan macam Jesus... Dia tak boleh sembuhkan penyakit, cipta burung dengan tanah dan lain-lain.
Ibnu Batoota: Mukjizat itu memang diberikan kepada semua Nabi tapi dengan keajaiban yang berbeza. Solomon (Nabi Sulaiman) mukjizat dia lain, Moses (Nabi Musa) lain, Abraham (Nabi Ibrahim) lain, Yoshua (Nabi Yusuf) lain, David (Nabi Daud) lain...mereka semua adalah Nabi. Kenapa kau tak sembah mereka semua sedangkan mereka pun boleh buat benda-benda ajaib?

Pemuda Negro: Tapi ... .
Ibnu Batoota: Tapi apa?

Pemuda Negro: Hmm... Oh ya! Mereka berbeza dengan Jesus kerana Jesus lahir tanpa bapa! Mereka semua pula lahir seperti biasa!
Ibnu Batoota: Jadi, macam mana dengan Nabi Adam yang aku sebut tadi?

Pemuda Negro: Err.......hmm....(Dia fikir, kemudian senyum seorang diri). Aku rasa kau ini memang saint (wali) yang dihantar oleh (Nabi) Mohammed. Aku tak pernah jumpa orang macam kau!

Ibnu Batoota : Hah! Jangan merepek! Aku orang biasa saja, siapa suruh kau tegur aku...haha...ha...banyak soalan aku kau tak jawab. Sekarang, aku mahu tanya lagi.

Pemuda Negro: Aku akan take note dan rujuk semua ini pada paderi aku.
Ibnu Batoota: Kau sayang Jesus?

Pemuda Negro: Tentulah!

Ibnu Batoota: Jesus sayang kau?

Pemuda Negro : Mestilah ... dalam Bible cakap 'Jesus loves you'. Dia sayang pada aku dan kau.

Ibnu Batoota: Apa tanda dia sayang aku dan kau?

Pemuda Negro: Dia telah rela disalib dan mati di tiang salib untuk tebus dosa semua umat manusia sampai kiamat.
Ibnu Batoota: Jadi, kita bolehlah buat dosa sesuka hati sebab sudah diampunkan?

Pemuda Negro: Bukan! Bukan! Kalau kau buat dosa, kau kena dapatkan surat pengampunan daripada priest, priest ini wakil Jesus.
Ibnu Batoota: Habis, siapa pula yang hendak bagi surat pengampunan kepada priest?


Pemuda Negro: Hahaha! kau saja hendak kenakan aku, ya?
Ibnu Batoota: No! Aku serius ni!

Pemuda Negro: Priest tidak ada dosa. Dosa mereka sudah terampun sebab mereka sudah serah diri pada gereja dan sanggup tak kahwin.
Ibnu Batoota: Jadi, priest boleh buat dosa sesuka hati dia sebab sudah diampun?

Pemuda Negro: Bukan. Mereka tidak buat dosa!
Ibnu Batoota: Aku selalu baca berita yang priest rogol budak dalam bilik pengampunan dan homoseks sesama priest . Itu apa cerita?

Pemuda Negro: Err ... (tersenyap)
Ibnu Batoota: Hehehe ... (gelak ejek)

Pemuda Negro: Itu gereja tempat lain. Mereka mazhab lain. Lagipun itu masalah peribadi.
Ibnu Batoota: Well, kalau aku masuk Kristian, aku mahu jadi priest-lah, boleh buat dosa sesuka hati...hehe...

Pemuda Negro: Kau dah salah faham ni...agama kami bukan macam itu...


Ibnu Batoota: Oh ya, tadi kau kata Jesus disalib. Hmm, aku terfikir satu benda la...

Pemuda Negro: Ya, apa dia?
Ibnu Batoota: Kalau dia anak Tuhan, kenapa Tuhan biar manusia salib anak dia?

Pemuda Negro: What???Wow. Aku tak pernah terfikir. Tapi aku rasa mungkin sebab itu pilihan dia, utk berkorban demi pengampunan dosa manusia sejagat.
Ibnu Batoota: Jadi, memang dia lah yang nak mati?

Pemuda Negro: Ya...msti la...dia syg kita...
Ibnu Batoota: Jd dia bkn la tuhan sb dia mati, kalau tuhan boleh mati,sapa yg nak matikan kau?

Pemuda Negro: Hahaha...itu kerja God (Allah) bukan keje ank dia....
Ibnu Batoota: Ok, tp kau tak jawab pun soalan aku, dia kn ank tuhan, knpa dia mati?

Pemuda Negro: No...dia cuma mati jasad manusia je...tp hkikatnya dia msih hdup...
Ibnu Batoota: =_=' hmpeh mamat ni (ckap dlm hati). Ok...kau ckp kau syg Jesus kan...?


Pemuda Negro: Of course...

Ibnu Batoota: Kalau Jesus ada dpan kta skrg, dia akn sokong aku ke kau?

Pemuda Negro: Mstilah aku! Aku penganut agama dia!

Ibnu Batoota: Aku pun pnganut agma dia....dia org Islam, dia pcya satu Tuhan...

Pemuda Negro: Aku tak pcya tu....
Ibnu Batoota: Dia xkan skong kau sbb kau bkn pngikut dia...
Pemuda Negro: Knpa pulak?

Ibnu Batoota: Kau pnah tgk Jesus dan Marry?

Pemuda Negro: Ya...

Ibnu Batoota: Knpa ye dia bjggut tebal, bjubah putih, rmbut pnjang mmg sbjik mcm Mohammed dan juga mcm aku (aku pkai jubh putih n bjggut).....dan knpa ye Marry pkai jubah hitam dan btdung? sbjik mcm muslimah2 kami...

Pemuda Negro: Itu pkaian mreka zman tu...

Ibnu Batoota: Jd, knpa priest pkai mcm tu?

Pemuda Negro : Itu praturan greja dan tnda mreka cintakan Jesus dan Marry, sbb tu tiru pkai mcm mreka...
Ibnu Batoota: Tadi kau ckp kau syg Jesus, tp knpa kau tak tiru mcm dia pakai?? Hakikatnya aku lbih sygkn Jesus drpd kau...

Pemuda Negro: Hmm......
Ibnu Batoota: Sbnrnya bjggut, brmbut pnjang, bjubah adalah fitrah smua Nabi2 dari Nabi Adam...mreka smua dprntahkan pkai mcm tu oleh Tuhan dan ini mbuktikan knabian Muhammad sbg Nabi trakhir...buktinya,lihat lah smua muslim (org2 islam kt sni mmg majoriti bjubah n bjggut sbb jggut wajib bg mzhb hanafi dan muslimahnya bpurdah), mreka smua bpkaian dan meniru fzkal Muhammad,dan Muhammad pula sma spt Jesus sbb ia adalah trademark para nabi...(sbb tu ulama tekankn kta mengikut sunah nb, bjubah, bserban dll)

Pemuda Negro: Hmm..........aku rasa kta xperlu bhas benda ni...kta pcya benda yg sma cuma ada sdkit pbezaan je...(dia trasa sbb dia cuma pkai kemeja n jeans dan xda jggut)
Ibnu Batoota: Btul...tp msalahnya pbezaan yg kau ckp kecik tu sbnrnya besar! Jesus xmgkin jd ank Tuhan tp Nabi....Tuhan cuma satu!

Pemuda Negro : Hmm......mmg btul kau ni saint Muhammed dtg nk buat aku ragu dgn agma aku...
Ibnu Batoota: Apa plak? ...kau yg tgur aku dlu...haha...

Pemuda Negro: Hahaha. (dia gelak skali)


Ibnu Batoota: Ada satu bnda lg bkaitan crucify (salib) aku nk tnya...

Pemuda Negro: Ya.....(dia dah gelabah skit)
Ibnu Batoota: Kau ckp Jesus rela disalib utk pngmpunan umat kan?

Pemuda Negro: Ya...btul...dia pnyelamat umat...
Ibnu Batoota: Habis tu knpa dia meronta2 ktika dtgkap dan merintih mcm tak rela je bila kna salib?(sbb mgkut sjarah, Nabi Isa diangkat dan yg dbwk ke tiang salib tu org lain dan dia mjerit2 mtk dlepaskan dan mrintih)

Pemuda Negro: ..................
Ibnu Batoota : What? Aku tnya je....

Pemuda Negro : Hmm......aku rasa kau btul2 kna jumpa priest aku......
Ibnu Batoota: Ok...

(Kebetulan van dah smpai dpan mdrasah dan dia mjerit kt driver sruh berhenti)

Pemuda Negro: Eh? Dah smpai dah? Aku bru nk tnya soalan dan nk mtk no telefon kau...
Ibnu Batoota : (Smbil agkat2 brg) Alaaa kau nampk skolah aku ni? haaa nanti kau bwk smua paderi kau ke sni tau...jumpa aku dan guru2 aku...

Pemuda Negro: Nak buat apa?
Ibnu Batoota: Nak Islamkan kau dan paderi2 kau....(smbil buat muka macho,kbtulan angin tgh kuat, menggerbang je tali serban dia)

(Dia pun tggalkan van tu dan bwk brangnya yang dkat 30kg sorg2 blik asrama)

-tamat- ^_^


___________________________________________________

Penulis: Mujurlah si Negro tu tanya orang yang faham pasal Islam dan Kristian. Jika dia tanya orang yang jahil, mungkin sudah terperangkap dan tak mustahil akan dimurtadkan. Berhati-hatilah, kerana pendakyah mereka sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Selamatkan iman anda dan saudara2 anda!