perjalanan hidup yang berliku-liku

Sabar vs Syukur



Ramai orang beranggapan bahawa dengan duit atau kekayaan adalah segala-galanya. Ramai orang tersalah tafsir erti dan makna bahagia. Ada yang beranggapan jika seseorang itu mempunyai rumah yang besar, kereta yang besar, makan yang enak-enak, isteri-isteri yang ramai dan sebagainya..sudah tentulah dia bahagia. Tapi ingat, ada juga seorang hamba ALLAH yang hidupnya dibelenggu kemiskinan tetapi tidurnya kadang-kadang lebih lena daripada hamba ALLAH yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan.


Ketika kita ditimpa kesusahan...kita sering mengeluh .. " Ya ALLAH, kenapalah nasib ku begini...Apalah salah ku..Apalah yang Kau telah buat padaku ini..." dan bermacam-macam lagi keluhan... dan orang disekeliling kita hanya mampu berkata, " sabaq je laa, nak buat mcm mana lagi...sabaq laa.."


Apa kata ALLAH swt terhadap hamba-Nya yang menerima ujian daripada-Nya??? Kata ALLAH swt... " Iman mereka bertambah.."
ALLAH swt merakamkan di dalam al-Quran...(maksudnya lebih kurang) .. " dan apabila mereka (orang-orang yang beriman ) itu menerima ujian dari tuhan mereka, mereka berkata " cukuplah bagi kami ALLAH swt sebagai tempat kami bergantung..."

Namun, apabila kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang bermacam-macam nikmat daripada ALLAH swt, kita jarang sekali untuk syukur kepada ALLAH swt. Ramai orang mampu bersabar, namun tidak semua orang mampu bersyukur. Sedangkan apa yang telah sedia ada ini pun jarang kita syukuri, apatahlagi hendak mengharap apa yang belum pasti kita miliki.
Sebab itulah ada sesetengah sarjana berkata..." Syukur itu lebih tinggi maqamnya daripada sabar . "