perjalanan hidup yang berliku-liku

manis manja bete

JESUIT....organisasi Dajjal???


Jesuit adalah satu daripada cabaang organisasi Dajjal laknatullah, bertujuan untuk mengekalkan vatican sebagai kakitangannya dan supaya golongan kristian leka dengan ajaran kristian yang dicampurkan dengan ajaran pagan dan mistik sesat. Dajjal laknatullah bimbang jika kaum kristian sedar kepada ajaran nabi Isa a.s dan kitab Injil. ANDA SUDAH NAMPAK PERANCANGAN MUSUH-MUSUH ALLAH INI??

Dajjal laknatullah mengawal kedua-dua elemen ini iaitu yahudd dan nasara (Illuminati adalah contoh yang popular tetapi muslihat Dajjal terlalu licik, mungkin ada Hidden organization yang lain ). Kedua-duanya mempengaruhi diantara satu sama lain dan pada masa lain yang difikirkan sesuai, keduanya akan dilagakan untuk kepentingan Dajjal dan kuncu-kuncunya walaupun mengorbankan pengikut-pengikut mereka sendiri yang dungu menjadi 'patsies' kepada perancangan licik Dajjal.

BETAPA HEBATNYA PERANCANGAN DAJJAL, SEBAB ITU SETIAP NABI DAN RASUL YANG DIUTUSKAN TUHAN ADA MENGINGATKAN UMAT YANG DIUTUSKAN TENTANG BAHAYA FITNAH DAJJAL INI. . .


"mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)." [ an-Nisa' ; 89 ]


Duhai Palestine ku....

Palestin....
Palestin, sampai bila kita rela melihat saudara kita di sana terus diganyang setiap waktu?? Sampai bilakah hati kita rela melihat saudara kita di sana hidup dalam keadaan seperti itu, peluru yg tidak bermata menerobos tubuh sesiapa sahaja. Kanak-kanak, wanita & warga emas turut menjadi mangsa zionist melepaskan nafsu mereka.
Aku sering berfikir bagaimana nak jawab nanti di hadapan Allah bila ditanya tentang apa yang kita lakukan untuk membantu saudara kita kerana setiap muslim ada hak nya terhadap muslim yang lain. Tapi kita hanya mampu melihat berdiam diri bahkan lebih teruk lagi ada antara kita saudara muslim membantu zionist ini. Buktinya...melalui sokongan kita pada barangan-barangan Israel. Contohnya KFC, STARBUCK, MC DONALD , dll... setiap kali kita guna barangan, perkhidmatan mereka..sebenarnya cukai yang dikenakan itulah yang diguna untuk membeli peluru yang akan merobek tubuh saudara kita di sana. Saya yakin mesti ramai yang dah maklum tentang perkara ini tapi ibaratnya mencurah air ke daun keladi. Rasa sebak di hati melihat saudara di sana hidup terseksa tapi tiada pula tindakan yang kita ambil atlease pun memboikot barangan Israel. Rakyat Palestin selama ini berkubukan tubuh mereka untuk mempertahankan kota suci baitul maqdis yang mana di dalamnya terdapat Al-Quds, kiblat pertama umat Islam dan peristiwa Israk Mikraj nabi yang begitu bersejarah dan kini, dirampas oleh Israel laknatullah. Kalau saya tidak silap, saya pernah terbaca satu artikel mengapa Israel bersungguh-sunggul hendak merampas baitul maqdis ini. Al-Quds sebenarnya tapak suci untuk tiga agama di dunia iaitu Islam, Kristian & Yahudi. Al-Quds kiblat pertama umat Islam, tempat nabi mikraj ke langit bertemu Allah swt, dan kota ketiga suci selepas makkah & madinah. Bagi agama kristian pula saya tidak berapa pasti tapi apa yang saya tahu jika kita buka al-kitab (bible) ada peta Jerusalem (baitul maqdis) di muka surat paling belakang kitab itu. Saya pernah bertanya pada beberapa orang rakan yang beragama Kristian yang bermahzab berlainan. Ada yang bermazhab Katolik & ada pula Independent. Tapi pandangan mereka sama iaitu Jerusalem tempat berlakunya Armageddon (kiamat bagi agama mereka). Orang Yahudi pula percaya di situ adalah tapak istana nabi (sulaiman as atau daud as>>tak pasti). Sebab itu cita-cita mereka untuk meruntuhkan Al-Quds & mendirikan kuil agama mereka. Tapi selama ini rakyat Palestin pertahankan Al-Quds menggunakan tubuh-tubuh mereka, rela melihat anak-anak mati kerana bagi mereka Al-Quds lebih penting. Lihat, bagaimana jihad seorang ibu sanggup melihat anak yang masih kecil syahid pertahankan bumi suci Allah yang tertulis di dalam Al-Quran. Persoalannya sekarang yang harus kita fikir, adakah Al-Quds itu milik rakyat Palestin sahaja??? Al-Quds itu bukan milik orang Islam kah?? Nah, pasti terdiam mulut-mulut kita.

kehidupan maktab perguruan..




Menghirup udara nyaman di waktu subuh. Kadang-kadang aku bangun awal, sebelum subuh lagi dah bangun. Kadang-kadang bangun time azan berkumandang & kadang-kadang pulak lewat aku bangun. Jika aku bangun awal, aku melangkah kaki menuju ke surau Al-Ghazali IPG KTB ini. Namun, seperti biasa. Tiang lagi banyak daripada bilangan jemaah yang hadir. haha..biasalah,di mana-mana pun mesti berlaku begini. Teringat kata-kata seorang sahabat di UiTM Arau, "kalau solat subuh bilangan jemaahnya adalah seperti solat jumaat, nescaya dunia kini umat Islam yang pegang. hmm...tapi Alhamdulillah, surau Al-Ghazali ini padat dengan aktiviti, pengisian & kuliah ilmu.


Tapi aku pelik dengan kehidupan di maktab perguruan ini. Sistem yang jauh sekali berbeza dengan institusi pendidikan yang lain. Sistem di maktab ini sama seperti sistem sewaktu sekolah dahulu. Kelas bermula pukul lapan dan berakhir pukul 1.30. arhh...pokonya memang sama dengan sistem sekolah. Mungkin guru-guru pelatih di institut perguruan ni dilatih agar sesuai dengan tempat kerja bila dah tamat belajar iaitu di sekolah. hahaha...sesuatu yang melucukan, cuti maktab juga sama dengan cuti sekolah. huhu...bila kawan-kawan dari institut lain seperti universiti,politeknik & sebagainya dah cuti, kami masih dalam kelas. hahaha...
Ada waktu sibuk. Sibuk sangat sampai diri sendiri tak terurus. Tapi bila aktiviti dah tak da, mulalah episod kehidupan yang sangat bosan. Tak tahu nak buat apa,nak balik rumah tak boleh. Nak keluar berjalan tak da transport. Akhirnya,duduk dalam bilik jak menghadap skrin laptop. Rasa-rasanya kehidupan seperti ini dapat tak melahirkan pendidik yang berintegriti?? huhu..apa yang menjadi lebih hangat,kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku seperti kecurian, buli, khalwat, & sebagainya. Baru-baru ini ada kes di mana seorang guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kehilangan dompet & handphone. Guru pelatih ini yang berasal dari Sabah menghadapi kesukaran akibat kehilangan dompet & handphone apatah lagi cuti yang bakal menjelang beberapa hari lagi. Nak balik kampung di Sabah tetapi dompet & handphone hilang. Aku bahkan ramai lagi yang lain percaya ini bukan perbuatan orang luar kerana dompet serta handphone tersebut hilang ketika sesi P&P di padang. Aneh bukan??? Renung-renung & fikirkan...


berjinak-jinak dalam dunia blog

Assalamu'alaikum,
Alhamdulilllah, dapat juga aku siapkan blog yang pertama dalam hidup aku. Hahaha. Time kasihlah kepada kawan aku yang banyak tolong aku dalam wat blog ni. Syukran ya Hamdi. Arigato Gozaimas. Hahaha...

Ape-ape pun aku nak ucapkan tahniah kat diri aku gak sebab dah ade blog sendiri. Wahahaha. Bukan naak men'capub' ye..hehe..tau tak ape men'capub' 2? CAPUB 2 adalah ringkasan daripada perkataan menCARI PUBLISITI. Hahaha..dapat ilmu baru hari ni.

Ok la. setakat ni je celoteh gua untuk kali ni. Kita jumpa dilain masa dgn artikel yg lebih bagus. Memang A lah!!