perjalanan hidup yang berliku-liku

Duhai Palestine ku....

Palestin....
Palestin, sampai bila kita rela melihat saudara kita di sana terus diganyang setiap waktu?? Sampai bilakah hati kita rela melihat saudara kita di sana hidup dalam keadaan seperti itu, peluru yg tidak bermata menerobos tubuh sesiapa sahaja. Kanak-kanak, wanita & warga emas turut menjadi mangsa zionist melepaskan nafsu mereka.
Aku sering berfikir bagaimana nak jawab nanti di hadapan Allah bila ditanya tentang apa yang kita lakukan untuk membantu saudara kita kerana setiap muslim ada hak nya terhadap muslim yang lain. Tapi kita hanya mampu melihat berdiam diri bahkan lebih teruk lagi ada antara kita saudara muslim membantu zionist ini. Buktinya...melalui sokongan kita pada barangan-barangan Israel. Contohnya KFC, STARBUCK, MC DONALD , dll... setiap kali kita guna barangan, perkhidmatan mereka..sebenarnya cukai yang dikenakan itulah yang diguna untuk membeli peluru yang akan merobek tubuh saudara kita di sana. Saya yakin mesti ramai yang dah maklum tentang perkara ini tapi ibaratnya mencurah air ke daun keladi. Rasa sebak di hati melihat saudara di sana hidup terseksa tapi tiada pula tindakan yang kita ambil atlease pun memboikot barangan Israel. Rakyat Palestin selama ini berkubukan tubuh mereka untuk mempertahankan kota suci baitul maqdis yang mana di dalamnya terdapat Al-Quds, kiblat pertama umat Islam dan peristiwa Israk Mikraj nabi yang begitu bersejarah dan kini, dirampas oleh Israel laknatullah. Kalau saya tidak silap, saya pernah terbaca satu artikel mengapa Israel bersungguh-sunggul hendak merampas baitul maqdis ini. Al-Quds sebenarnya tapak suci untuk tiga agama di dunia iaitu Islam, Kristian & Yahudi. Al-Quds kiblat pertama umat Islam, tempat nabi mikraj ke langit bertemu Allah swt, dan kota ketiga suci selepas makkah & madinah. Bagi agama kristian pula saya tidak berapa pasti tapi apa yang saya tahu jika kita buka al-kitab (bible) ada peta Jerusalem (baitul maqdis) di muka surat paling belakang kitab itu. Saya pernah bertanya pada beberapa orang rakan yang beragama Kristian yang bermahzab berlainan. Ada yang bermazhab Katolik & ada pula Independent. Tapi pandangan mereka sama iaitu Jerusalem tempat berlakunya Armageddon (kiamat bagi agama mereka). Orang Yahudi pula percaya di situ adalah tapak istana nabi (sulaiman as atau daud as>>tak pasti). Sebab itu cita-cita mereka untuk meruntuhkan Al-Quds & mendirikan kuil agama mereka. Tapi selama ini rakyat Palestin pertahankan Al-Quds menggunakan tubuh-tubuh mereka, rela melihat anak-anak mati kerana bagi mereka Al-Quds lebih penting. Lihat, bagaimana jihad seorang ibu sanggup melihat anak yang masih kecil syahid pertahankan bumi suci Allah yang tertulis di dalam Al-Quran. Persoalannya sekarang yang harus kita fikir, adakah Al-Quds itu milik rakyat Palestin sahaja??? Al-Quds itu bukan milik orang Islam kah?? Nah, pasti terdiam mulut-mulut kita.

No comments:

Post a Comment