perjalanan hidup yang berliku-liku

kehidupan maktab perguruan..




Menghirup udara nyaman di waktu subuh. Kadang-kadang aku bangun awal, sebelum subuh lagi dah bangun. Kadang-kadang bangun time azan berkumandang & kadang-kadang pulak lewat aku bangun. Jika aku bangun awal, aku melangkah kaki menuju ke surau Al-Ghazali IPG KTB ini. Namun, seperti biasa. Tiang lagi banyak daripada bilangan jemaah yang hadir. haha..biasalah,di mana-mana pun mesti berlaku begini. Teringat kata-kata seorang sahabat di UiTM Arau, "kalau solat subuh bilangan jemaahnya adalah seperti solat jumaat, nescaya dunia kini umat Islam yang pegang. hmm...tapi Alhamdulillah, surau Al-Ghazali ini padat dengan aktiviti, pengisian & kuliah ilmu.


Tapi aku pelik dengan kehidupan di maktab perguruan ini. Sistem yang jauh sekali berbeza dengan institusi pendidikan yang lain. Sistem di maktab ini sama seperti sistem sewaktu sekolah dahulu. Kelas bermula pukul lapan dan berakhir pukul 1.30. arhh...pokonya memang sama dengan sistem sekolah. Mungkin guru-guru pelatih di institut perguruan ni dilatih agar sesuai dengan tempat kerja bila dah tamat belajar iaitu di sekolah. hahaha...sesuatu yang melucukan, cuti maktab juga sama dengan cuti sekolah. huhu...bila kawan-kawan dari institut lain seperti universiti,politeknik & sebagainya dah cuti, kami masih dalam kelas. hahaha...
Ada waktu sibuk. Sibuk sangat sampai diri sendiri tak terurus. Tapi bila aktiviti dah tak da, mulalah episod kehidupan yang sangat bosan. Tak tahu nak buat apa,nak balik rumah tak boleh. Nak keluar berjalan tak da transport. Akhirnya,duduk dalam bilik jak menghadap skrin laptop. Rasa-rasanya kehidupan seperti ini dapat tak melahirkan pendidik yang berintegriti?? huhu..apa yang menjadi lebih hangat,kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku seperti kecurian, buli, khalwat, & sebagainya. Baru-baru ini ada kes di mana seorang guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kehilangan dompet & handphone. Guru pelatih ini yang berasal dari Sabah menghadapi kesukaran akibat kehilangan dompet & handphone apatah lagi cuti yang bakal menjelang beberapa hari lagi. Nak balik kampung di Sabah tetapi dompet & handphone hilang. Aku bahkan ramai lagi yang lain percaya ini bukan perbuatan orang luar kerana dompet serta handphone tersebut hilang ketika sesi P&P di padang. Aneh bukan??? Renung-renung & fikirkan...


No comments:

Post a Comment