perjalanan hidup yang berliku-liku

Biografiku

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Nama penuh saya ialah Mohammad Jabalnur Bin Pari Daeng Pasolo. Dilahirkan pada 25 Oktober 1991, petang Jumaat di rumah lama keluarga saya di Kg, Kinabutan Kecil (kini Kg, Hidayat) Bt 4, Tawau, Sabah. Kini menetap di Taman Kinabutan, Bt 5, Jalan Apas, Tawau, Sabah. Mula menerima pendidikan awal secara tidak formal di rumah dalam mengenal dari 'alif' sampai 'ya' dengan bonda tercinta Hjh. Sitti Daeng Makerra. Memulakan pendidikan formal di Tadika Chung Hwa seterusnya melanjutkan pendidikan di peringkat sekolah rendah di sekolah yang sama iaitu SJK (C) Chung Hwa, Tawau. Ayah saya meninggal dunia ketika berumur 11 tahun (darjah lima) tahun 2002.

Kemudian saya melanjutkan pelajaran di peringkat menegah rendah dan menegah atas di SMK Kuhara Tawau. Semasa di sekolah menegah, saya bergiat aktif dalam persatuan/kelab Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) tetapi hanya sehingga tingkatan 4, menjadi pengerusi Kelab Pencegah Jenayah, kelab Geografi dan juga unit beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) atau Malaysian Army Cadet Force sehingga timbul cita-cita untuk menjadi seorang tentera.

Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya melibatkan diri secara aktif dengan suatu gerakan islam yang sering digelar sebagai Jemaah Tabligh, kalau luar negara ada yang sebut 'Six Point Brothers (belah africa & eropah), jemaah dakwah (Thailand & beberapa negara lain), jemaah silaturahmi (Indonesia) & bermacam-macam lagi gelaran dan jolokan.

Kemudian saya menerima panggilan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Setia Ikhlas, Semenyih, Selangor kump.2. Selepas pulang sahaja dari PLKN, saya dipaksa oleh ibu dan keluarga untuk memasuki tingkatan 6 walaupun secara paksa kerana saya langsung tidak minat untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 atau pra-universiti. Bukan kerana saya memandang rendah pada keupayaan pra-universiti, tetapi langsung tidak mempunyai minat. Saya ketika itu mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang tentera. Saya mengisi borang kemasukan ke Kolej Tentera Darat Malaysia. Namun tentangan daripada keluarga amat kuat melarang saya meneruskan hasrat saya itu. Akhirnya saya 'lari' dari tingkatan 6 setelah masuk ke pra-universiti itu selama dua hari !! (saya memang tidak suka dipaksa..)

Setelah berfikir panjang, saya memutuskan untuk menerima tawaran menyambung pengajian di UiTM Arau, Perlis dalam bidang Sains Geomatik, Perancangan tanah dan ukur. Walaupun UiTM ini hanya dipandang hanya sebagai universiti yang bertaraf rendah dan sekadar hanya untuk menolong orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak, namun saya akui sistemnya juga persis seperti universiti lain yang ada di Malaysia dan kehidupan 'campus life' yang sangat indah. Namun segalanya berkesudahan.

Saya akhirnya menamatkan impian saya untuk menjadi seorang jurutera ukur kerana ditawarkan pengajian Kursus Perguruan Lepasan SPM - Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (KPLSPM-PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang dalam bidang pengajian bahasa Melayu dan pendidikan jasmani. Untuk memenuhi hasrat bonda saya, saya dengan berat hati melangkah kaki keluar dari UiTM Arau dan memulakan hidup sebagai seorang guru pelatih @ bakal guru bahasa Melayu sehingga kini. Walaupun pada mulanya agak keberatan, saya percaya minat itu mampu diukir sedikit demi sedikit walaupun keberhasilannya memakan masa. Dan saya berharap agar mampu menjadi insan guru yang mampu melahirkan anak bangsa berjaya dunia dan akhirat, inshaALLAH.. ameen.

Namun, sebagai seorang penganut kepada umat yang terbaik, walau apa jua tugas dan kerjaya kita, kita tetap mempunyai satu tugas yang sentiasa terpikul di atas pundak setiap umat yang terbaik iaitu, dakwah ilalALLAH.. niat belajar-belajar lagi dan lagi sampai tiada lagi.. doa untuk saya.. ('',)

1 comment:

Post a Comment