perjalanan hidup yang berliku-liku

PARAKANG

Suku kaum Bugis seperti yang kita sedia maklum adalah suku kaum daripada rumpun melayu yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Seperti yang kita sedia maklum juga, suku kaum Bugis terkenal dengan kepahlawanan, pelayaran dan lanun yang paling digeruni di nusantara. Namun, itu semua kita telah sedia maklum. Ada satu perkara yang sangat menarik tentang suku kaum Bugis ini yang jarang kita dengar iaitu tentang ilmu hitam yang diamalkan oleh rata2 masyarakat Bugis.

Antara yang sangat terkenal dan sinonim dengan ilmu hitam Bugis ialah Parakang. Parakang ialah sejenis ilmu hitam antara yang terkuat di asia tenggara selain daripada ilmu hitam amalan orang siam. Jika orang dahulu kala, mereka mengamalkan ilmu hitam ini adalah untuk melindungi kebun, meneroka hutan, melindungi keluarga dan untuk berperang. Namun ia susah untuk dibuang kerana perjanjian yang dibuat antara si pengamal dengan jin amat kukuh. Sekiranya si pengamal mati, jin tersebut akan berpindah kepada warisnya. Ia sama juga seperti 'saka' namun apa yang menarik tentang Parakang ini ialah dari segi kesihirannya yang dahsyat.

Kajian kes...
Kejadian ini berlaku di Tawau, Sabah (kisah benar).
Sekiranya si pengamal Parakang ini telah meninggal dunia, pewarisnya yang secara tidak sengaja mewarisi untuk menjaga jin tersebut tidak akan sedar bahawa dia telah mewarisi jin milik si mati (keturunan). Suatu ketika, seorang yang mewarisi Parakang tadi telah bertukar menjadi seekor babi hutan yang berkepala manusia dan berkeliaran di kampung pada waktu malam, ketika berkeliaran dalam rupa fizikal yang sudah berubah dan tidak sedarkan diri (lantaran jin yang menguasai dirinya), seorang wanita di kampungnya telah melihatnya dan terkejut lalu memukulnya menggunakan kayu balo-balo (kayu cinta mati).... Akibat daripada itu, si wanita berkenaan mati tanpa diketahui penyakitnya, dan masyarakat di kawasan tersebut percaya bahawa ia pasti angkara Parakang tadi kerana telah memukulnya.

Kisah kedua..
Seorang pengamal ilmu hitam Parakang itu telah melawat seorang rakan yang sakit demam biasa sahaja. Pada keesokkan paginya, orang yang demam tadi telah mati dan hampir 60% isi perut hancur. Doktor yang membuat pembedahan siasat pon tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada waris, hanya mengatakan bahawa si mati menghidap penyakit misteri. Namun, itulah si pengamal Parakang bertindak pada waktu malam memakan isi perut si mati.

Apa-apa pun, yang Maha Berkuasa hanya ALAH swt.....makhluk ciptaan ALLAH swt langsung tidak ada kuasa. Ini hanya sekadar perkongsian semata-mata....

Wallahu alam bissawab...

No comments:

Post a Comment