Allah s.w.t.,
Tuhan yang telah menciptakan manusia daripada tiada kepada ada, yang telah
menciptakan umat-umat sejak Adam a.s. sehinggalah bayi yang terakhir dilahirkan
sebelum tiupan sangkakala yang akan menamatkan hayat alam ini, dengan jelas
telah menyatakan fadilat umat Muhammad s.a.w. melalui firman-Nya:
“Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”(Surah Aali ‘Imran 3: 110)
Ini
adalah fadilat yang nyata berkenaan umat ini. Berkat nisbat kita dengan
Rasulullah s.a.w., kita telah dimuliakan sebagai ‘Khairal-ummah’ (umat yang
terbaik). Manakala di tempat yang lain, Allah s.w.t. menyatakan:
“Dan
Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu
layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang ang
benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” (Surah al-Baqarah 2:143)
Umat ini
diberikan sandang kemuliaan oleh Allah s.w.t. sebagai umat pilihan serta umat
yang terbaik. Ini merupakan fadilat yang besar. Adalah amat malang, jika umat
pilihan lagi terbaik ini, terkena wabak ‘inferiority complex’ (rasa hina diri)
apabila berdepan dengan umat-umat yang lain.
Melalui dua ayat suci di
atas, tanpa meninjau mana-mana tafsir sekalipun, adalah dapat difahami bahawa
Allah s.w.t. tidak pernah meletakkan syarat kemuliaan umat ini dengan sebarang
syarat kebendaan. Allah s.w.t. hanya mengaitkan syarat kemuliaan tersebut dengan
amal-amal umat ini.
Hadrat Saiyiduna Umar ibnu al-Khattab r.a. semasa memberikan komentar kepada
ayat 110 surah Aali ‘Imran berkata: “Jika Allah mahu, Allah boleh menggunakan
ungkapan ( أنتم ) yang membawa makna kita semua, tetapi Dia telah menggunakan
ungkapan ( كنتم ) yang membawa makna khusus kepada para Sahabat Nabi Muhammad
s.a.w., dan sesiapa yang melakukan seperti
apa yang dilakukan oleh mereka (yakni para Sahabat); mereka
itulah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia.” (HR Ibnu Jarir daripada
as-Suddiy sebagaimana dicatatkan dalam Kanzul-‘Ummal)
Bersumber daripada
Qatadah r.a., beliau mengatakan bahawa, “Diceritakan kepada kami bahawa Umar ibn
al-Khattab r.a. telah membaca ayat ini (Kamu adalah sebaik-baik umat yang
dikeluarkan untuk manusia…), kemudiannya berkata, “Wahai manusia! Sesiapa yang
suka untuk menjadi sebahagian daripada ayat ini, maka tunaikanlah syarat Allah (yang
terkandung) di dalamnya.” (HR Ibnu Jarir daripada Qatadah sebagaimana dicatatkan
dalam Kanzul-‘Ummal)
* 'Athar'.. kata-kata sahabat ra.. tetapi kerana kata-kata tu drpd Saiyidina Umar,
kekuatannya diiktiraf sbg hujah.
Memperjelaskan lagi fadilat umat ini, Rasulullah
s.a.w telah bersabda, “Kamu mencukupi tujuh puluh umat, kamu yang terbaik dalam
kalangan mereka dan termulia di sisi Allah s.w.t.” (HR Ahmad dan at-Tirmizi,
at-Tirmizi mengatakannya sebagai hadis hasan)
Di dalam hadis yang lain,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ahli syurga ada seratus dua puluh saf; umat ini
adalah tujuh puluh saf daripada kalangan mereka itu.”(HR Imam Ahmad ibn
Hanbal)
Demikianlah, Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. bukan sahaja
menggunakan manhaj fadhail ini kepada amalan atau perlakuan sesuatu ibadah
mahdhah (ibadah khusus) seperti solat, puasa, sedekah, haji, zikir dan tilawah;
malah merangkumi sama perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan umat
ini.
Fadilat bukan sahaja bererti ganjaran, pahala dan manfaat kepada
sesuatu amalan. Di dalam bahasa Arab, fadilat juga merujuk kepada kemuliaan.
Maka begitu juga, Allah s.w.t. akan menyatakan kemuliaan seseorang atau
ketinggian nilai sesuatu perkara menggunakan pendekatan fadhail
ini.
Sesungguhnya manhaj tarbiah
melalui pendekatan fadhail, targhib dan tarhib serta tabsyir dan
inzar, merupakan tarbiah rabbaniah serentak nabawiyah yang telah membentuk
generasi terdahulu umat ini sehingga benar-benar menjadi umat yang terbaik!
perjalanan hidup yang berliku-liku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Demi Masa..

Get your own Digital Clock
Tentang Aku

- Jabalnur
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Hamba yang tersangat hina & lemah kepada sang Khaliq Yang Maha Esa. Datang daripada titisan air mani yang hina dan akan kembali menjadi bangkai..
Lencana Facebook
hidupku

become a teacher..
Hit counter!
Followers
Jom Borak!
My Blog List
-
Produk : Auramen dan Aurawhite9 years ago
-
-
Blog Archive
-
▼
2012
(25)
-
▼
July
(12)
- Kenali Hazrat Abu Ubaidah Al-Jarrah
- “KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA H...
- Membongkar Kesesatan Wahabi Dalam Memahami Ayat Mu...
- Infaq di jalan-Allah swt.. ( Majalah Solusi Bil.11)
- Dekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla..
- Hakikat penyakit RIAK
- Ringkasan Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 30
- Sebaik-baik ummat...
- Al-Miqaat Al-Ilaahiy
- Maksud Hidup..
- Islam umpama durian??
- Kisah 2 Ramadhan.. -_-
-
▼
July
(12)
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
No comments:
Post a Comment