“KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT


“KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN
DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan
komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta
juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti.
Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah
menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir
dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima
secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah
berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi
s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera
Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu,
kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah
kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang
berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari
pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi
sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka
menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari
dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud
hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT
ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di
sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap
pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi
memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka
berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari
laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah
itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai
“email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup”
tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan
menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka
menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”.
Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang
seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di
dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah
perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi
hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat
kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di
tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa
hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya
adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan
menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu
dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar
tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua
kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka
setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga
diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan
Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang
dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap
sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa
Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih
lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu
berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh
diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh
kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada
Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman
nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh
Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum
meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus
dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah
ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan
tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa,
bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut?
Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima
dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada
zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai
kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah
berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan
seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan
ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi
mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu
haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa
akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan
perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran
pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam
Sumber: tranungkite.net
No comments:
Post a Comment