Allah berfirman:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai
Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa
kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk.” (
Al-Baqarah 2: 186)
Imam At-Tobari membawakan di dalam kitab Tafsir
Jamiul-Bayan, beberapa riwayat yang memperkatakan tentang sebab-sebab diturunkan
ayat ini. Pelbagai riwayat ini menunjukkan ayat ini merupakan satu respons
kepada pertanyaan mengenai di mana Allah, bilakah masa yang sesuai untuk berdoa
dan bagaimanakah cara untuk berdoa? Lalu Allah s.w.t menurunkan firman-Nya ini
untuk memberi tahu kepada hamba-hambaNya betapa Dia adalah sangat dekat dengan
mereka.
Ayat ini seolah-olah memberikan satu gambaran untuk dinalar oleh
seseorang yang benar-benar beriman bahawa dalam konteks doa, Allah s.w.t. adalah
terlalu dekat dengan setiap seorang hambaNya. Penalaran ini perlulah polos yang
lahir daripada fitrah hati nubari yang tulus. Hati akan amat memahami apa itu
yang dikatakan ‘Sesungguhnya Aku sentiasa dekat.” Bahkan, dalam hadis Qudsi
riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa Allah s.w.t. berfirman, “...
dan Aku bersamanya ketikamana dia berdoa kepada Ku!”
Imam Muhammad
Mutawalli Asy-Sya’rawi telah menyorot ayat ini dari segi roh susunan lafaz dan
ibaratnya dan menyimpulkan, ayat ini telah difirmankan oleh Allah, menggunakan
susunan kata yang paling mesra. Kata-kata yang menyentuh terus ke lubuk nubari
hati seseorang yang mendengarnya. Kata-kata yang langsung hampir kepada hati
orang yang disampaikan.
Kata Imam Asy-Sya’rawi, “Kita sekarang berhadapan
dengan satu ayat yang terkandung di dalamnya soalan sedangkan jawapannya
diberikan secara terus. (Apabila hambaKu bertanyakan engkau berkenaan Aku), maka
Allah tidak menggunakan perkataan “فقل” (maka katakanlah wahai Muhammad), kerana
firman “قل” ini adalah satu praktik yang menjauhkan rasa dekat, Allah
mengkehendaki di sini untuk menjadikan rasa dekat dalam jawapan kepada soalan
ini tanpa sebarang perantaraan: “Apabila hambaKu bertanyakan engkau berkenaan
Aku; maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat (kepada mereka)!” Sesungguhnya
Allah telah menjadikan jawapan daripada-Nya kepada hamba-hambaNya secara
langsung, walaupun sebenarnya orang yang akan menyampaikan jawapan tersebut
ialah RasulNya s.a.w. Ini ada ceritanya, yakni: beberapa orang telah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w, “Adakah Tuhan engkau ini dekat sehingga kami boleh
berbisik kepada-Nya, atau pun Dia adalah jauh sehingga kami perlu menyeruNya?”
Intaha.
Untuk mendapat perhatian Allah s.w.t. sehingga terhasilnya rasa
“ma’iyyatulLah” merupakan satu kurniaan yang amat besar dan juga tujuan
tertinggi mana-mana ibadah. Ihsan dengan makna beribadah mengabdikan diri kepada
Allah seolah-olah kita dapat melihat Allah, menjelaskan bagaimana rasa dekat,
syahdu dan mesra seorang hamba dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ini
merupakan fadilat yang merupakan seutama-utama fadilat!
Abu Hurairah r.a.
berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “ Tidak ada sesuatu yang lebih mulia
di sisi Allah berbanding doa.” (HR At-Tirmizi, beliau mengatakan hadis ini hasan
gharib)
Doa kita mungkin dimakbulkan segera, dijadikan khazanah untuk
akhirat nanti atau ditukar untuk menjadi sebab musibah dijauhkan; itu semua
tidak mengapa! Semuanya itu untuk kebaikan kita. Namun itu semua tidak setanding
dengan keasyikan, kemanisan dan keseronokan kita berdoa kepada Allah! Tidak
sehebat kelazatan kita untuk dapat ‘hampir’ kepada Allah. Malah jauh lebih hebat
daripada itu, kehampiran Allah kepada kita!
Bayangkan, apa yang terjadi
kepada seseorang yang berdoa dengan kefahaman (minda) dan rasa (hati)
sedemikian? Bukan sekali, bukan dua kali, bahkan berkali-kali dia akan berdoa
dalam sehari?
Inilah cara manhaj fadhail a’maal membentuk generasi
salafus-soleh terutamanya para Sahabat r.a. dahulu. Beramal dengan fokus yang
betul. Beramal dengan penuh keimanan. Keimanan yang membara. Keimanan yang amat
manis. Keimanan yang menyampaikan seseorang itu kepada Ihsan!
perjalanan hidup yang berliku-liku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Demi Masa..

Get your own Digital Clock
Tentang Aku

- Jabalnur
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Hamba yang tersangat hina & lemah kepada sang Khaliq Yang Maha Esa. Datang daripada titisan air mani yang hina dan akan kembali menjadi bangkai..
Lencana Facebook
hidupku

become a teacher..
Hit counter!
Followers
Jom Borak!
My Blog List
-
Produk : Auramen dan Aurawhite9 years ago
-
-
Blog Archive
-
▼
2012
(25)
-
▼
July
(12)
- Kenali Hazrat Abu Ubaidah Al-Jarrah
- “KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA H...
- Membongkar Kesesatan Wahabi Dalam Memahami Ayat Mu...
- Infaq di jalan-Allah swt.. ( Majalah Solusi Bil.11)
- Dekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla..
- Hakikat penyakit RIAK
- Ringkasan Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 30
- Sebaik-baik ummat...
- Al-Miqaat Al-Ilaahiy
- Maksud Hidup..
- Islam umpama durian??
- Kisah 2 Ramadhan.. -_-
-
▼
July
(12)
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
No comments:
Post a Comment