perjalanan hidup yang berliku-liku

Aku Boleh Pergi Jauh..

Motivasi dalaman sangatlah penting dalam kehidupan untuk menentukan kejayaan seseorang individu. Motivasi dalaman ini dalam bentuk apa sahaja tidak kira sama ada yang abstrak mahupun yang konkrit. Kerana dengan adanya motivasi dalaman dalam diri, kita mampu membawa dan melayari diri kita ke arah yang kita inginkan atau lebih tepat lagi ialah dengan membawa kita mencapai apa yang kita impikan.

Motivasi dalaman ini saya ibaratkan sebagai engin generator dalam diri kita kerana ianya membawa impak yang besar kepada matlamat dan misi kita. Dengan adanya motivasi dalaman, seseorang akan mempunyai kekuatan dalaman yang akan sentiasa mendesaknya untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam kerja.

Ciptalah satu motivasi dalam diri anda. Letakkan satu matlamat yang anda ingin capai. Macam saya, saya jadikan Allah swt, Muhammad saw dan kedua ibu bapa sebagai sumber motivasi utama dalam bidang kerjaya. Manakala kata-kata perangsang " aku boleh pergi jauh " sebagai motivasi untuk buat yang terbaik dalam apa saja perkara yang aku lakukan..

Tiada yang mustahil jika anda berusaha. Man jadda wa jada...siapa yang berusaha, pasti melihat hasilnya. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment