Syaikhul Hadis Maulana Zakariya menyatakan:
Banyak hadis menekankan
bahawa hukum syariat mempunyai tingkatan yang khusus (dengan kepentingan dan
kelebihannya). Tidak seorang pun dibenarkan untuk meninggikan dan menurunkannya
hanya kerana kita terlibat dengannya. Ataupun, pada pandangan kita, hanya usaha
dan kegiatan kita sahaja yang lebih baik dengan mengenepikan usaha orang lain.
Ini sikap yang tidak adil.
Saya bukanlah cuba untuk memberitahu kamu
bahawa seseorang itu tidak boleh mengajak , meyakinkan dan menggalakkan orang
lain supaya orang lain terlibat dengan aktivitinya sahaja. Maksudku sebenarnya
ialah jangan menjadi fanatik dalam menekankan bahawa
usaha kamu sahaja yang penting sehingga melampaui batas. Akibatnya, JIKA
DIBANDINGKAN DENGAN BIDANG USAHA KAMU, KAMU MEMBERI GAMBARAN BAHAWA TIDAK ADA
FARDHU, TIADA WAJIB DAN TIADA KEUZURAN. Janganlah begini sehingga kamu
mula melihat orang lain yang tidak terlibat dalam usaha (politik) kamu sebagai
penghuni neraka, tidak beriman, kafir. Inilah yang dapat kubaca menerusi artikel
surat khabar dan daripada apa yang aku dengar daripada ceramahnya (ahli
politik). Paling hairan dan menakjubkan, tuduhan-tuduhan begini datang daripada
lidah-lidah orang yang berkeperibadian tinggi, bertanggungjawab serta
dihormati.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menyebabkan tuduhan-tuduhan (seperti di atas) ke
atas sesiapa adalah berdosa di atas amalan tersebut. Maka, pada hari kiamat,
Allah akan leburkannya di dalam api Neraka Jahanam sehinggalah suatu masa dia
dapat membuktikan kebenarannya.” (Durre
Manthur)
Dalam keadaan seperti di atas, jika seseorang tidak dapat
membuktikan fitnah yang dilemparkannya kepada seseorang, maka selagi itu dia
akan terus berada di dalam neraka. Dia hanya mampu terlepas daripada seksaan ini
melalui dua cara:
1- Dengan merayu kepada orang yang difitnahnya supaya
memaafkannya. Dalam keadaan ini, sudah tentu si orang yang dituduh itu mahu
melepaskan dirinya. Si orang yang dituduh itu sangat memerlukan pahala daripada
orang yang menuduhnya. Jika orang yang menuduh itu pun tidak ada amalan
(pahala), maka dosa orang yang dituduh itu terpaksa ditanggung oleh orang yang
menuduh. [Alangkah malangnya orang yang menuduh itu. Meskipun di atas dunia,
kata-katanya begitu hebat dan gah, semua orang ikut cakap dia, tapi di akhirat,
dia terpaksa menanggung dosa orang yang dia fitnah. Besarnya kesan fitnah!
Berhati-hatilah.]
2- Dengan rahmat Allah yang sangat luas, seseorang itu
boleh terlepas daripada seksaan. [itupun jika ada amalannya semasa hidup yang
ikhlas dan menyukakan Allah.]
JIHAD TIDAK MENAFIKAN KEFARDHUAN
DAN KEWAJIBAN AGAMA!
Saya tertarik dengan pernyataan ini: “JIKA
DIBANDINGKAN DENGAN BIDANG USAHA KAMU, KAMU MEMBERI GAMBARAN BAHAWA TIDAK ADA
FARDHU, TIADA WAJIB DAN TIADA KEUZURAN.”
Seringkali terjadi, sekelompok
para pejuang, mujahid atau pendakwah menganggap usaha dan perjuangan mereka itu
sahaja yang WAJIB sehingga menafikan amalan-amalan fardhu dan wajib yang utama
dalam agama. Ini sangat bahaya. Jika syaitan tidak berjaya menipu manusia dengan
dunia, ia akan menipu manusia dengan ‘amal baik’. Rasa cukup dengan sesuatu
perjuangan, langsung mengabaikan perintah yang lebih utama. Bukan mengata
sesiapa, tetapi peringatan untuk diri sendiri. Saya juga perlu berhati-hati
dalam perkara ini.
Saya pernah terdengar satu kisah mengenai ekspedisi
menghantar bantuan ke sebuah negara yang tertindas oleh Yahudi. Kisah ini
disampaikan sendiri oleh ketua ekspedisi itu. Beliau menceritakan bahawa, pihak
mereka terpaksa bergelut dengan pihak keselamatan di sempadan negara sehinggalah
lewat malam. Mereka terpaksa berjuang melepasi sempadan negara itu dengan penuh
‘semangat perjuangan harmoni’. Tatkala mereka telah berjaya melepasi sempadan
itu pada waktu tengah malam, mereka semua bergembira dan tidur dengan nyenyaknya
di sebuah kem yang dikhaskan. Pada keesokan hari, daripada ratusan peserta misi
itu, tidak sampai 20 orang yang bersolat Subuh, yang lain keletihan ‘berjuang’
semalam. Semoga Allah ampunkan mereka.
Saya teringat kisah seorang
Sahabat yang bernama Sulaiman r.a. yang sangat rajin bersolat malam. Pada suatu
hari, Sayidina Umar r.a. tidak menjumpainya di masjid untuk bersolat Subuh
berjemaah. Maka, Sayidina Umar r.a. terus ke rumahnya dan bertanya ibunya, “Aku
tidak nampak Sulaiman bersolat Subuh di masjid pagi tadi. Apa
halnya?”
“Dia bersolat sunat sepanjang malam sehingga tertewas oleh
mengantuk,” jawab ibunya.
Balas Sayidina Umar r.a., “Aku lebih suka solat
Subuh berjemaah daripada beribadat seluruh malam.”
SOLAT LEBIH
UTAMA DARIPADA JIHAD!
Jika kita mengamat-amati sirah, kita akan
temui sebab utama mengapa Para Sahabat bersetuju untuk memilih Sayidina Abu
Bakar r.a. menjadi khalifah Rasulullah SAW. Alasan yang diberikan oleh Para
Sahabat ialah:
1. Sayidina Abu Bakar r.a. telah diamanahkan oleh
Rasulullah SAW menjadi imam solat ketika Rasulullah SAW sedang sakit. Ini
menunjukkan bahawa betapa besar jawatan imam solat itu di sisi Rasulullah SAW
dan kemudiannya diakui oleh Para Sahabat.
2. Kisah Sayidina Abu Bakar
r.a. menemani Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah disebutkan namanya di dalam
al-Quran. Banyak Sahabat menyebut-nyebut kelebihan beliau berkaitan ayat
tersebut. Sayidina Abu Bakar r.a. sanggup menjadi teman Rasulullah SAW yang
ketika itu menjadi buruan puak musyrikin. Nyawa mereka berada antara hidup dan
mati.
Apakah kaitan antara jihad dan solat?
Sebagaimana
lain-lain cabang dalam agama, jihad juga sebahagian daripada agama. Meskipun
begitu, seseorang yang mengaku berjihad tetapi tidak menitikberatkan solat,
adalah seorang pembohong! Sebagai contoh, seseorang itu hanya sibuk ‘berjihad’
tetapi mengabaikan solat di awal waktu secara berjemaah di masjid. Ataupun lebih
teruk lagi, dia mengaku ‘berjihad’ tetapi tidak menunaikan solat. Seolah-olah
dia menganggap, jika dia mati ketika ‘berjihad’ itu, maka dikira mati syahid dan
dosa-dosanya akan diampunkan. Orang seperti itu tidak faham maksud dan tujuan
jihad sepertimana yang dikehendaki oleh agama.
Seorang ulama (Allamah
Syam) mengatakan bahawa melakukan solat fardhu tepat pada masanya dengan menjaga
tatatertibnya dianggap lebih afdhal daripada jihad. Alasannya ialah tujuan jihad
adalah untuk menegakkan iman dan solat sedangkan solat itu sendiri adalah
matlamatnya yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Maka, jika seseorang
berkata, “Solat dan puasa kamu tidak berguna kerana tidak berjihad” adalah
salah! (Maulana Zakariya, Memperkenalkan Siasah Islam)
Selalu kita dengar
orang berkata, “Islam ini bukan hanya solat sahaja” atau “Islam ini bukan di
masjid sahaja”. Apakah maksud tersirat daripada kata-kata ini
sebenarnya?
Ya! Memang benar Islam bukan sekadar solat dan bukan sekadar
di masjid! Namun begitu, ia bukan bermaksud solat di masjid itu tidak penting.
Jika solat berjemaah anjuran Rasulullah SAW pun kita tidak mampu tegakkan,
bagaimana kita hendak tegakkan negara Islam? Amat menyedihkan, ramai orang Islam
boleh berkumpul untuk bersolat hajat memohon sesuatu tetapi tidak
bersungguh-sungguh untuk bersolat jemaah setiap kali solat fardhu. Padahal,
solat fardhu secara berjemaah itu lebih dituntut berbanding solat hajat.
Apa salahnya, dalam mesyuarat, usrah, halaqah, nadwah atau
sebagainya, penganjur menetapkan semua peserta supaya bersolat jemaah di awal
waktu?
perjalanan hidup yang berliku-liku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Demi Masa..

Get your own Digital Clock
Tentang Aku

- Jabalnur
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Hamba yang tersangat hina & lemah kepada sang Khaliq Yang Maha Esa. Datang daripada titisan air mani yang hina dan akan kembali menjadi bangkai..
Lencana Facebook
hidupku

become a teacher..
Hit counter!
Followers
Jom Borak!
My Blog List
-
Produk : Auramen dan Aurawhite9 years ago
-
-
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
No comments:
Post a Comment