perjalanan hidup yang berliku-liku

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wbt..

Dah lama rasanya tidak menulis entry yang baru. Maklumlah, dah lama bercuti. huhu...

Alhamdulillah, syukur kerana Allah swt masih memberi kesihatan dan masih memberi peluang untuk meneruskan liku-liku kehidupan di dunia yang fana dan penuh dengan mujahadah serta tipu daya.

Dalam meniti kehidupan yang baik, bukanlah sesingkat air menjadi awan, bukan juga awan menjadi hujan. Ianya memerlukan jangka masa sama ada panjang mahupun pendek. Dan ia bergantung kepada sumber kekuatan dan daya kekuatan motivasi dalaman yang ada dalam diri seseorang. Dan motivasi dalaman yang baik adalah datangnya daripada hati nurani yang bersih dan suci.

Motivasi dalaman merupakan suatu 'force' atau tenaga yang menyalurkan kekuatan dalaman untuk memberi impak yang maksima kepada diri kita dalam melakukan sesuatu hal mahupun dalam usaha mencapai cita-cita dan impian. Umpamanya seperti enjin generator kepada diri untuk lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam usaha.

Mempunyai angan-angan dan impian tidaklah sesuatu yang salah namun biarlah angan-angan itu bukanlah satu angan-angan yang hanya sekadar angan-angan sahaja. Jadikanlah anganp-angan itu sesuatu yang boleh kita gapai, boleh dinikmati dan boleh kita kecapi. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, jadikan angan-angan dan impian itu suatu realiti.

Saya bagi satu perumpamaan, contoh jika anda mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Letakkan satu matlamat dan plankan satu strategi yang baik. Mulakan dari bawah. Mengapa perlu mulakan dari bawah? kerana tidak ada orang yang menaiki tangga dari bawah terus naik ke atas. tetapi sebaliknya mendaki setiap anak tangga satu persatu untuk sampai ke atas. Letakkan satu kata kunci dalam kamar hati yang paling dalam. Katakan pada diri umpamanya "aku boleh pergi jauh".. memang ayat ini sesuatu yang orang jadikan ianya lawak dan bahan untuk kelakar tetapi sebebanranya ayat ini mempunyai kekuatannya sendiri. Ayat ini mempunyai maksud semantik yang sangat mendalam maksudnya dan mampu memberikan satu implikasi yang sangat besar kepada diri kita. Kerana ia akan sentiasa mendorong kita untuk terus berusaha dalam mengejar angan-angan kita itu supaya dapat direalisasikan.

Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam, dan jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.. sentiasalah bermotovasi dalaman. Jangan ada 'deadline' dalam mengejar impian anda. Berusahalah walaupun hingga ke liang lahad. Saya petik satu pepatah orang-orang Urdu, "karte-karte marna he, marna-marna karta he".. ' Berusahalah bermatian-matian, dan bermati-matian dalam berusaha..' Peganglah kata-kata hikmat orang tua-tua kita... ' hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih '.. Nak ke tak nak....terpulang pada diri sendiri..

# entry ini saya tujukan untuk diri saya sendiri... ^_^

2 comments:

Kasih Salina said...

semoga berjaya menempuhi liku2 hidup ini..

salam perkenalan dari http://www.kasihsalina.com/

jom follow akak lak ye..

Jabalnur said...

hehehe....insyaALLAH... terima kasih kak..

Post a Comment