Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."
Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
Peringkat Riak
1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.
Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Dari Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang banyak karena amalannya itu?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu'min yang diterima secara segera - yakni semasih di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim, Kitab Riyadhus Shalihin : 1618)
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
Sama-samalah kita menghitung diri dan memperbaiki iman & amal kita dan niat belajar-belajar lagi dan lagi sampai tiada lagi..
perjalanan hidup yang berliku-liku
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ
Ayat 30
Dalam ayat ini Allah swt menyebut mengenai dialogNya dengan para Malaikat mengenai seorang khalifah yang bakal mentadbir dan menjadi pemimpin di bumi. Lafaz awal disebut “Dan ingatlah ketika” yakni menunjukkan wujudnya hubungan waktu atau masa pada ketika itu dan perbuatan atau perkara ini menunjukkan hal yang telah berlaku dan bukannya pada masa atau waktu akan datang. Ini menunjukkan Allah swt mahu mengalih permerhatian dan pemahaman kita terhadap sesuatu yang telah berlaku. Perlu juga diketahui bahawa, waktu dan masa yang telah berlalu itu tidaklah boleh disamakan dengan waktu atau masa yang berlangsung kepada manusia sekarang dan lafaz yang awal ini menunjukkan tarbiyah Allah kepada kita agar mengingat dan mengambil berat tentang kisah yang pernah berlaku sebelum manusia diciptakan lagi. Sambungan pada lafaz ini “Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat” yakni dialog yang terjadi antara Allah dan para MalaikatNya yang terjadi di suatu alam yang hanya diketahui oleh Allah swt.
Lafaz “Tuhanmu” yakni “Rabb” bermaksud al-Maalik (Raja), as-Sayyid (Tuan), al-Muslih (Yang Memperbaiki) dan al-Jabir (Yang Memaksa). Rabb juga dimaksudkan dengan pemilik dan pemimpin semesta alam. Dengan dialog ini, Nabi saw diperintah Allah swt untuk memberitahu umatnya bahawa bangsa manusia telah dipilih oleh Allah swt untuk menjadi khalifah di atas bumi ini. Lafaz “berfirman” yakni berkata, berbicara dan perlu difahami bahawa berkata dan berbicaranya Allah swt dengan para Malaikat bukan wujud huruf-huruf mahupun perkataan. Begitu juga Kalamullah swt juga tidak wujud dengan suara-suara seperti suara makhlukNya. Tidak mustahil bagi Allah swt mengurniakan ilham kepada Malaikat agar mereka memahami apa yang diperkatakan oleh Allah swt dan perkara ini terjadi secara Qodim dan bukannya bersifat baharu.
Lafaz “kepada para Malaikat” yakni makhluk yang diciptakan Allah swt daripada cahaya. Ia merupakan makhluk yang paling banyak diciptakan Allah swt. Malaikat tidak mempunyai jantina, tidak makan dan minum serta taat setia menjalankan perintah Allah swt. Malaikat juga adalah makhluk yang sungguh istimewa kerana ia boleh menukar diri mereka menjadi apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka juga mempunyai kekuatan yang luar biasa dan tubuh mereka juga berjuta kali ganda besar daripada manusia. Ini juga menjadi dalil bahawa, Malaikat termasuk makhluk yang ciptakan Allah swt dan menjadi rukun serta wajib mempercayai kewujudan dan tugas-tugas mereka. Ayat ini sebagai pemberitahuan Allah swt terhadap para MalaikatNya dan bukannya untuk meminta pandangan atau bermesyuarat dengan MalaikatNya itu tentang khalifah yang akan dijadikanNya nanti.
Selanjutnya Allah swt menyebut “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, yakni seorang khalifah atau penganti untuk memimpin dunia yang akan dijadikanNya. Ada juga ulama mengatakan bahawa, khalifah tersebut telah diciptakan Allah swt dan kemudian barulah hal itu diberitahukan kepada para MalaikatNya. Ulama menafsirkan bahawa, “bumi” yang dimaksudkan ialah Mekah kerana Mekah adalah induk atau asas bagi bumi. Diriwayatkan juga bahawa Nabi Adam a.s. adalah Nabi Allah yang pertama yang diturunkan kebumi untuk menjadi pemimpin buat manusia dan Baginda telah turun di Hindi (India) ketika itu. Lafaz “khalifah” membawa maksud orang yang mengganti orang yang sebelumnya yang telah ada dibumi yakni para Malaikat atau mungkin makhluk selain Malaikat. Ada juga yang mengatakan bahawa, bumi telah didiami oleh makhluk-makhluk daripada bangsa Jin dan akan tetapi makhluk daripada bangsa ini telah merosakkan dan melanggar aturan-aturan di bumi pada masa itu. Kemudian Allah swt menghancurkan mereka dan diganti dengan para Malaikat dan Jin yang taat untuk mendiami bumi. Maka hiduplah daripada kedua jenis makhluk ini dengan beribadah kepada Allah swt siang dan malam sehinggalah Allah swt memutuskan untuk menjadikan bangsa manusia sebagai penganti dari Malaikat dan Jin dalam urusan pentadbiran dan undang-undang di bumi. “Khalifah” yang pertama itu ialah Adam a.s.
Dalam riwayat lain dikemukan bahawa, Allah swt telah mengkhabarkan kepada para Malaikat bahawa daripada keturunan khalifah itu ada kaum yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah di bumi. Oleh kerana itulah para Malaikat pun menyatakan hal itu dan mungkin wujud rasa kehairanan dengan perbuatan Allah swt yang bakal menciptakan khalifah yang akan melakukan maksiat kepadaNya. Mungkin juga Malaikat merasa pelik dengan dua sifat yang berlawanan dan berlainan yang ada pada khalifah sebagai pengislah dan pembuat kerosakkan di bumi.
Lafaz selanjutnya Allah swt menjelaskan, “padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”, yakni kata Malaikat bahawa mereka adalah makhluk yang sentiasa mengagungkan sifat-sifat Allah swt dan sentiasa memuji Allah swt serta sentiasa membesarkan Allah swt dalam segala hal. Para ulama tafsir khilaf mengenai tasbih para Malaikat. Dua sahabat Nabi saw iaitu Ibnu Mas`ud dan Ibnu Abbas berpendapat bahawa tasbih para Malaikat ialah solat. Ulama tafsir yang lain pula berpendapat bahawa, tasbih Malaikat ialah ucapan Subhanallah dan ini telah dimaklumi dikalangan bangsa Arab. Dalam hadis telah disebutkan bahawa Nabi saw pernah ditanya, “perkataan apakah yang paling utama?”, lalu baginda menjawap, “Apa yang telah dipilih oleh Allah swt untuk para MalaikatNya atau para hambaNya iaitu Subhanallahi wa bihamdihi”. Sahabat Nabi saw yang bernama Tholhah bin `Ubaidullah pernah bertanya kepada Nabi saw mengenai maksud Subhanallah, maka jawap baginda, “Ia bermaksud menyucikan Allah `azza wa Jalla dari segala yang buruk”, yakni membersihkan nama Allah swt daripada bersifat dengan sifat buruk.
Maksud “dengan memuji Engkau” yakni para Malaikat menambah dalam ucapan atau perbuatan tasbih dengan memuji Allah swt. Sepertimana lazimnya difahami ialah, lafaz pujian terhadap Allah swt dengan menyebut “Alhamdulillah”.
Maksud “dan mensucikan Engkau” yakni para Malaikat membesarkan, mengagungkan dan menyucikan sebutan kepada Allah swt daripada apa yang tidak layak dengan sifat-sifatNya sepertimana yang dikatakan atau yang difahami oleh orang-orang kufur. Ulama lain pula mengatkan, para Malaikat sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt dengan menghadapkan diri mereka terhadap Allah swt. Dalam riwayat lain, Taqdis bermaksud solat sepertimana tasbih. Dalam kitab tafsir ada juga yang menakwil dengan maksud begini, “Padahal kami tidak pernah melakukan maksiat kepadaMu dan kami tidak pernah melakukan sesuatu yang tidak Engkau sukai”. Wa Allahu `Alam.
Lafaz yang selanjutnya disebutkan “Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”, yakni mengenai urusan ilmu Allah swt. Para Malaikat Allah swt juga tidak mengetahui tentang khalifah yang dimaksudkan Allah swt. Daripada khalifah itu adanya para Nabi, Rasul, kaum yang soleh yang terdiri daripada siddiqin dan syuhada` serta penghuni syurga. Ini membawa maksud Allah swt lebih mengetahui tentang tujuan penciptaan manusia pertama sebagai khalifah di bumi daripada para Malaikat atau pengetahuan yang ada pada mereka. Dialah Allah swt yang Maha Mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang bakal terjadi serta apa yang terus terjadi, menunjukkan lafaz ayat ini bersifat umum. Ini menunjukkan bahawa Allah swt lebih mengetahui tentang siapakah yang sebenarnya ahli taat dan siapakah sebenarnya ahli maksiat.
Sumber : Al-Futuhat Ilmiyah
Allah s.w.t.,
Tuhan yang telah menciptakan manusia daripada tiada kepada ada, yang telah
menciptakan umat-umat sejak Adam a.s. sehinggalah bayi yang terakhir dilahirkan
sebelum tiupan sangkakala yang akan menamatkan hayat alam ini, dengan jelas
telah menyatakan fadilat umat Muhammad s.a.w. melalui firman-Nya:
“Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”(Surah Aali ‘Imran 3: 110)
Ini
adalah fadilat yang nyata berkenaan umat ini. Berkat nisbat kita dengan
Rasulullah s.a.w., kita telah dimuliakan sebagai ‘Khairal-ummah’ (umat yang
terbaik). Manakala di tempat yang lain, Allah s.w.t. menyatakan:
“Dan
Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu
layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang ang
benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” (Surah al-Baqarah 2:143)
Umat ini
diberikan sandang kemuliaan oleh Allah s.w.t. sebagai umat pilihan serta umat
yang terbaik. Ini merupakan fadilat yang besar. Adalah amat malang, jika umat
pilihan lagi terbaik ini, terkena wabak ‘inferiority complex’ (rasa hina diri)
apabila berdepan dengan umat-umat yang lain.
Melalui dua ayat suci di
atas, tanpa meninjau mana-mana tafsir sekalipun, adalah dapat difahami bahawa
Allah s.w.t. tidak pernah meletakkan syarat kemuliaan umat ini dengan sebarang
syarat kebendaan. Allah s.w.t. hanya mengaitkan syarat kemuliaan tersebut dengan
amal-amal umat ini.
Hadrat Saiyiduna Umar ibnu al-Khattab r.a. semasa memberikan komentar kepada
ayat 110 surah Aali ‘Imran berkata: “Jika Allah mahu, Allah boleh menggunakan
ungkapan ( أنتم ) yang membawa makna kita semua, tetapi Dia telah menggunakan
ungkapan ( كنتم ) yang membawa makna khusus kepada para Sahabat Nabi Muhammad
s.a.w., dan sesiapa yang melakukan seperti
apa yang dilakukan oleh mereka (yakni para Sahabat); mereka
itulah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia.” (HR Ibnu Jarir daripada
as-Suddiy sebagaimana dicatatkan dalam Kanzul-‘Ummal)
Bersumber daripada
Qatadah r.a., beliau mengatakan bahawa, “Diceritakan kepada kami bahawa Umar ibn
al-Khattab r.a. telah membaca ayat ini (Kamu adalah sebaik-baik umat yang
dikeluarkan untuk manusia…), kemudiannya berkata, “Wahai manusia! Sesiapa yang
suka untuk menjadi sebahagian daripada ayat ini, maka tunaikanlah syarat Allah (yang
terkandung) di dalamnya.” (HR Ibnu Jarir daripada Qatadah sebagaimana dicatatkan
dalam Kanzul-‘Ummal)
* 'Athar'.. kata-kata sahabat ra.. tetapi kerana kata-kata tu drpd Saiyidina Umar,
kekuatannya diiktiraf sbg hujah.
Memperjelaskan lagi fadilat umat ini, Rasulullah
s.a.w telah bersabda, “Kamu mencukupi tujuh puluh umat, kamu yang terbaik dalam
kalangan mereka dan termulia di sisi Allah s.w.t.” (HR Ahmad dan at-Tirmizi,
at-Tirmizi mengatakannya sebagai hadis hasan)
Di dalam hadis yang lain,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ahli syurga ada seratus dua puluh saf; umat ini
adalah tujuh puluh saf daripada kalangan mereka itu.”(HR Imam Ahmad ibn
Hanbal)
Demikianlah, Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. bukan sahaja
menggunakan manhaj fadhail ini kepada amalan atau perlakuan sesuatu ibadah
mahdhah (ibadah khusus) seperti solat, puasa, sedekah, haji, zikir dan tilawah;
malah merangkumi sama perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan umat
ini.
Fadilat bukan sahaja bererti ganjaran, pahala dan manfaat kepada
sesuatu amalan. Di dalam bahasa Arab, fadilat juga merujuk kepada kemuliaan.
Maka begitu juga, Allah s.w.t. akan menyatakan kemuliaan seseorang atau
ketinggian nilai sesuatu perkara menggunakan pendekatan fadhail
ini.
Sesungguhnya manhaj tarbiah
melalui pendekatan fadhail, targhib dan tarhib serta tabsyir dan
inzar, merupakan tarbiah rabbaniah serentak nabawiyah yang telah membentuk
generasi terdahulu umat ini sehingga benar-benar menjadi umat yang terbaik!
Tempoh masa
empat puluh hari sebenarnya mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses
pembangunan diri insan. Sebagaimana berdasarkan hadis Rasulullah SAW, tertib
kejadian manusia pun berlaku dalam tempoh empat puluh hari.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah ibni
Mas’ud RA, “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami – sedang Baginda
adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya - sabdanya: “Bahawa
seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari,
kemudian pada masa itu dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian pada masa
itu dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang
Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya,
ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan
rohnya…”. (HR Muslim).
Mungkin kerana itulah juga,
ulamak tasawuf berpendapat, pengamalan sesuatu ibadah secara istiqamah selama
empat puluh hari, akan memberikan kesan langsung yang khas kepada seseorang
Muslim . “Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah selama empat puluh hari dengan memperoleh takbiratul-ula, dituliskan baginya dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik.” (HR At-Tirmizi)
Imam Muhammad al-Mutawalli asy-Sya’rawi rah.a. di
dalam kitab ‘Khawatir’ beliau menyatakan bahawa kaedah dan gaya bahasa yang
digunakan di dalam ayat ini ialah gaya menghadkan. Ini bermaksud, menghadkan
penciptaan manusia dan jin hanya atas maksud untuk beribadah kepada Allah.
Inilah satu-satunya sebab diciptakan mereka daripada tiada kepada ada. Tidak
diciptakan mereka untuk maksud yang lain melainkan bagi beribadah kepada Allah
SWT.
Dari jauh nampak duri yang menyakitkan...
Sungguh menyakitkan...
Akan melukakan..
Nampak sangat kejam...
... Sangat zalim memenjarakan manusia...
Bila didekati pula nampak lebih menyeramkan..
Tertusuk bau yang amat busuk...
Sangat menggelikan..
Terfikir 'siapalah yang bodoh sgt nak kan bnda ni?'...
Tapi bila dikupas...dimakan isinya...
Ya allah...nikmatnya.... T_T
Indahnya...
Sedapnya...
Enaknya....
Begitulah perspektif orang yang jauh dari agama dan orang kafir yang membenci islam...
Mereka melihat islam dari jauh dan membencinya..
Tanpa mereka rasa betapa nikmatnya isinya....
Sehebat2 gengster,seteruk2 penzina,sejahil2 manusia,seganas2 pembunuh perogol pencabul perompak peragut...
Bila mereka makan 'isi buah' islam....
Mereka akan menangis bertaubat dan berubah seluruh kehidupan mereka....
Sepertimana para sahabat nabi yang dulunya seteruk2 manusia..
Tapi lepas islam datang mereka lah semulia2 manusia...
Siapa sangka kepala aku yang rambut tercacak2 mcm landak dulu kini diikat mahkota kemuliaan nabi muhammad saw yakni serban?
"bersangka baiklah pada allah.....jangan putus asa dengan rahmat Allah.."
Hari ini 22 Julai 2012 bersamaan 2 Ramadhan 1433H, genap 10 tahun pemergian ayahandaku yang tercinta....seperti baru semalam jualah rasanya...arwah bapak memain-mainkan janggutnya di muka ku...seperti baru semalam jualah rasanya, arwah bapak bermain dengan ku...seperti baru semalam jualah rasanya, arwah bapak tido disebelahku memelukku dalam lenaku.. kini sudah 10 tahun pemergiannya....
Rentetan peristiwa Kisah 10 tahun yg lalu.. ;
~11.00 pm...bapak pulang dari kerja. Makan berobok (bubur jagung) dengan begitu berselera sehingga terdengar dengan jelas bunyi menghirup berobok tu.. kemudian masuk ke setiap bilik anak2nya...diusapnya setiap anak2nya yg sedang lena dibuai mimpi termasuklah diriku yg tido depan TV di ruang tamu. Lepas mandi baru masuk bilik tido ngan mama.
Semasa tido, mama tersedar bapak bangun & memukul2 tangannya...katanya, tangannya kebas..
~3.10 am....bapa bangun & ambil wuduk di bilik mandi. Mama lak tengah siapkan sahur. Tiba2 terdengar seperti orang jatuh dalam bilik mandi. Mama bukak pintu. Bapak dah terbaring atas lantai bilik mandi. Mama kejutkan semua akak & abang angkat bapak masuk bilik mama. Bapak ndak boleh bergerak sudah. Semua pegi sahur cepat2...kemudian ramai2 angkat bapak masuk van mama & terus pecut ke hospital. Mama ngan abang num 2 & kakak num 4. Yang lain pegi kerja, aku...aku?? aku pegi sekolah..
6.00 am...mama pulang ambik semua ubat2 bapak & pegi semula ke hospital. Katanya doktor nak check semua ubat yg bapak makan selama ini.
7.25 am....bapak pergi menghadap Allah Taala buat selamanya.... -_-
Berlaku 10 tahun lepas....masih segar dalam ingatan. Wajah terakhir bapak ketika diusung ke hospital, bau bapak, suara bapak, tawa bapak, gelagat bapak...semuanya setia dalam ingatan. Dan hari ini...2 Ramadhan, genap 10 tahun. Aku sememangnya bukan anak yang baik bahkan anakmu yang paling nakal...aku berjanji utk berubah. Memang tidak mudah, tapi akan ku usaha lagi dan lagi sampai tiada lagi. Kerna sayangkan bapak & mama, aku tak maw bapak & mama merana kerana mempertanggungjawabkan aku. Sungguh aku sgt merinduimu pak.. -_-
~Al-Fatihah.. Pare Daeng Pasolo (2002-2012)~
Demi Masa..
Get your own Digital Clock
Tentang Aku
- Jabalnur
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Hamba yang tersangat hina & lemah kepada sang Khaliq Yang Maha Esa. Datang daripada titisan air mani yang hina dan akan kembali menjadi bangkai..
Lencana Facebook
hidupku
become a teacher..
Hit counter!
Followers
Jom Borak!
My Blog List
-
Produk : Auramen dan Aurawhite11 years ago
-
-
Blog Archive
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
Filed Under : by Jabalnur
Tuesday, July 24, 2012