Nabi saw berpesan dengan tegas dan banyak kali " diantara kedua keningnya terdapat perkataan 'kafir'. dan hanya orang yang benar-benar beriman dapat melihatnya" ... ustaz aku dulu ckp... maksudnya, hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja yang dapat melihat fitnah dajjal. Macam sekarang la, ramai yang tahu agama, ramai yang hebat berhujjah dalam bab agama, memegang title ustaz, sheikh dan sebagainya...tapi turut tidak menyedari akan fitnah dajjal yang sedang berleluasa di sekeliling kehidupan.
perjalanan hidup yang berliku-liku
Nabi saw berpesan dengan tegas dan banyak kali " diantara kedua keningnya terdapat perkataan 'kafir'. dan hanya orang yang benar-benar beriman dapat melihatnya" ... ustaz aku dulu ckp... maksudnya, hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja yang dapat melihat fitnah dajjal. Macam sekarang la, ramai yang tahu agama, ramai yang hebat berhujjah dalam bab agama, memegang title ustaz, sheikh dan sebagainya...tapi turut tidak menyedari akan fitnah dajjal yang sedang berleluasa di sekeliling kehidupan.
'Kes Tanah Tingkayu' antara kisah sedih rakyat Sabah - Topix
Filed Under : by Jabalnur
Friday, November 12, 2010'Kes Tanah Tingkayu' antara kisah sedih rakyat Sabah - Topix
baca & fahami....inilah hasil konspirasi orang-orang yang rampas Sabah. Konspirasi ini sudah bermula sejak pembentukan Malaysia. Aku doakan supaya orang-orang yang terlibat & orang-orang yang sama-sama ada hasrat kutuk,maki, & setuju dgn konspirasi ini jadi sial sampai keturunannya yang paling last...
Aku masih teringat, suatu ketika dahulu ketika itu umurku masih di peringkat remaja larr katakan. Aku sering mengikuti program-program yang dibuat oleh jemaah tabligh di tempatku. Program yang dorang buat memang bagus, dan sangat bermanfaat khususnya kepada umat Islam sekarang yang sudah melupai siapa diri mereka. Walaupun ramai yang pandang sebelah mata terhadap jemaah tabligh ini, bahkan ada yang menanggap bahawa jemaah tabligh ini suatu ajaran yang menyimpang dan menentang dengan kuat, namun apa yang ditunjukkan serta apa yang mereka buat sangat baik. Mereka menerima semua tuduhan, hinaan bahkan ada yang sampai terkorban nyawa, tetapi mereka menghadapi semua itu dengan sabar dan masih tersenyum bahkan mendoakan semoga orang yang berbuat demikian terhadap usaha mereka ini agar mendapat hidayah...masya-Allah, punya mujahadah usaha yang mereka lakukan. Aku cukup salute & respect pada mereka. Aku bukanlah seorang karkun(panggilan sesama mereka dalam jemaah tabligh) yang buzruq, warak serta alim, tetapi aku sangat mendalami usaha mereka berdakwah yang sangat-sangat mirip cara yang dibuat oleh nabi saw serta para sahabat baginda, bahkan mereka sangat mencintai serta mengamalkan sungguh-sungguh sunnah nabi saw. Begitu hebat jemaah tabligh ini, sehingga jemaah ini bertebaran di seluruh dunia. Namun, apa yang ingin aku cerita di sini bukanlah tentang jemaah tabligh ini tetapi aku ingin bercerita tentang satu targhib yang disampaikan oleh seorang jemaah dari India,targhib yang beliau sampaikan dalam bahasa urdu dan ditranslet oleh ustaz saya (maulana Ismail) di Masjid Al-Mukarramah,Kg Jawa (markaz jemaah tabligh Tawau, Sabah yang lama 2002-2008) dan ketika itu aku baru berumur 17 tahun iaitu tingkatan lima. Dalam targhib yang disampaikan oleh wakil jemaah India ini, dia menyampaikan suatu yang amat menarik yang perlu kita beri perhatian.
Dalam targhib itu, beliau berkata bahawa mengapa manusia hari ini begitu senang ditindas, dihina, dianggap penganas dan bermacam-macam lagi? Kerana manusia hari ini sudah melupai tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Manusia sudah lupa bahawa manusia dihantar ke bumi untuk menegakkan agama Allah swt. Tetapi makhluk bernama manusia ini lupa tugasnya. Solat lima waktu, puasa, zakat, pergi haji tetapi tidak buat satu tanggungjawab yang besar iaitu tanggungjawab terhadap agama Allah swt. Manusia hari ini berasa bangga mempunyai rumah besar, kereta besar, pangkat tinggi sehingga meremeh-remehkan agama. Padahal kejayaan yang dikecapi di dunia ini hanyalah tipu daya semata-mata dan pasti serta pasati akan kita tinggalkan suatu hari nanti bila kita dipanggil untuk menghadap-Nya. Bukan kita dipanggil oleh Allah nanti untuk ditanya bagaimana besar rumah kamu, berapa banyak harta kamu, tinggi mana ilmu yang kamu dapat, tinggi mana pangkat dan kedudukan kamu.. semua ini tidak ditanya oleh Allah swt tetapi yang ditanya oleh Allah swt ialah bagaimana dengan tanggungjawab kita. Adakah kita melaksanakan tangunggjawab kita untuk menegakkan syiar agama Allah swt?? Masyaikh ini bagitahu, nabi didik kita bahawa kejayaan bukanlah apabila kita mempunyai harta yang banyak, ilmu yang tinggi sehingga mendapat phD, tetapi kejayaan sebenar kita adalah terletak dalam agama Allah swt. Kejayaan kita yang hakiki adalah apabila kita taat perintah Allah swt mengikut cara yang ditunjukkan oleh nabi saw. Manusia hari ini telah tinggalkan kerja dakwah nabi saw. Apabila nabi saw wafat, para sahabat telah menyambung kerja nabi saw. Para sahabat bertebaran ke seluruh alam buat kerja dakwah menegakkan syiar agama Allah swt di muka bumi. 150 00 orang sahabat tetapi hanya kurang 5000 (wallahu a'lam) sahaja yang kuburnya berada di Makkah dan Madinah. Para sahabat yang lain ditemui kubur mereka di serata dunia. Saad Abi Waqqass seorang sahabat yang sangat terkenal dan terbilang dalam memimpin angkatan perang ditemui makamnya di China serta para sahabat lain. Maka tidak hairanlah mengapa zaman pemerintahan Sahabat begitu gemilang sehingga 2/3 dunia ini di bawah tapak kaki Sahabat. Tapi hari ini? Umat Islam yang berada di bawah tapak kaki dunia..masyaAllah.. kerana apa? Karna manusia sudah lari dari tanggungjawab dan tinggalkan kerja nabi saw. Nabi saw ada bersabda yang maksudnya lebih kurang begini : "apabila ummatku tinggalkan tanggungjawabnya terhadap agama, maka mereka mendapat tiga perkara iaitu yang pertama apabila mereka berdoa,doa mereka tidak dikabulkan. Yang kedua, apabila mereka susah dan meminta bantuan Allah, Allah tidak hiraukan mereka. Dan yang ketiga, Allah akan hantar kepada meraka pemerintah yang zalim."... (jika silap tolong betulkan)... lihatlah, kenapa tidak hari ini ummat Islam menerima nasib begini, kerna sudah tinggalkan tanggungjawab. Umat ditindas di sana sini, kita berdoa tapi kenapa masih terjadi sedangkan kita agama yang benar..kenapa dunia hari ini diperintah oleh pemerintah yang zalim? Haaa...tepuk dada tanyalah iman.
Bukan itu sahaja, kita hari ini turut menganggap diri kita lebih mulia daripada orang lain. Ini satu sifat yang sangat terkutuk. Dalam konteks ini, wakil jemaah dari India tadi menceritakan satu kisah. Kisah ini adalah tentang seorang alim lagi warak di zaman dahulu. Orang alim ini memang sangat terkenal kerana beliau banyak menyampaikan ilmu serta mengajar agama. Suatu ketika, apabila beliau berjalan ke suatu destinasi, beliau bertembung dengan suatu rombongan yang hendak menghantar jebazah ke tanah perkuburan dan si alim ini sangat mengenali jenazah tersebut. Maka si alim itu telah menyimpang dan ikut jalan lain kerana tidak mahu bertembung dengan jenzah ini. Pada malam harinya, si alim ini bermimpi. Dalam mimpinya beliau bermimpi si jenazah tadi datang dalam keadaan muka bercahaya, rupanya sangat indah dan berada dalam suatu tempat yang sangat indah. Si alim itu bertanya kepada si jenazah tadi mengapa dia dalam keadaan sedemikian. Maka si jenazah tadi menjawab bahawa dia sangat bahagia kerana Allah swt telah memasukkannya ke dalam syurga-Nya dan si jenazah tadi berterima kasih kepada si alim. Si alim pun terkejut mengapa si jenazah berterima kasih kepadanya. Maka si jenazah pun menceritakan bahawa oleh kerana si alim itu telah bersangka buruk, memandang buruk terhadap si jenazah kerana si jenazah adalah seorang pondan sehingga tidak mahu bertembung dan menyertai rombongan pengkebumian jenazahnya, maka Allah swt telah ambik semua pahala si alim tadi dan diberikan kepada si jenazah tadi....masya Allah!!!! Lihat, betapa ruginya jikalau ini terjadi kepada kita. Oleh itu, janganlah kita bersangka buruk serta memangdang buruk terhadap orang lain bahkan hendaklah kita sentiasa merasakan bahawa kitalah yang paling lemah sekali. Inilah yang diajar oleh nabi kita saw, bukannya menganggap diri kita sudah terlalu hebat sehingga memandang orang lain begitu rendah. Sedangkan nabi saw ketika berdoa, baginda merendah-rendahkan diri baginda sedangkan semua tahu bahawa akhlak serta perilaku baginda adalah yang terpuji sekali tetapi baginda nabi saw tidak pernah mengangkat-angkat diri baginda (puji diri).. ini juga satu sunnah nabi dan kita sebagai ummat nabi mesti ikut sunnah (cara hidup) yang ditunjukkan oleh nabi saw kerana Allah telah berfirman bahawa nabi saw adalah contoh ikutan yang terbaik.
Mari sama-sama kita renungkan kembali, muhasabha dan mari kita usaha untuk mencapai ke arah itu....tepuk dada, tanyalah iman..
wallahu a'lam..

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat dan membaca blog saya..
Hari demi hari...perjalanan hidup semakin berliku-liku. Pelbagai dugaan serta cabaran dalam melayari kehidupan ke arah mencari keredhaan-Nya. Justeru hati kecil ini ingin berkongsi perjalanan seorang musafir dalam meredah dunia yang fana ini..
Ingatkan zaman nabi sahaja yang ada semangat assabiyah ini, rupanya assabiyah moden ini tidak kurang hebatnya. Namun yang memang geli hati lihat, semangat assabiyah yang tidak bertempat. Kenapa saya berkata begitu?? Kerana baru-baru ini saya telah terlawat sebuah blog. Sebuah blog hasil tulisan yang jengkel bagi saya bahkan bagi sesiapa sahaja yang membaca hasil tulisan hamba Allah berkenaan. Maaf jika saya berkata di sini, hasil tulisan hamba Allah berkenaan tentang etniknya iaitu suku Bajau yang terdapat di Sabah. Kalau dia hendak membanggakan sukunya, itu tidak menjadi masalah, silakan kerana negara kita bebas. Tapi jangan sampai mencabar dan cuba untuk mencabul kehormatan suku lain dengan melemparkan najis fitnah dan statement yang tidak berasas dan tidak mempunyai fakta yang sahih dan bukti yang kukuh menunjukkan bahawa bangsa Bajau itu satu bangsa yang sangat hebat kononnya.
Apa yang membuatkan saya jengkel membaca hasil tulisan orang itu ialah kononnya bangsa Bajau mendahului semua kerajaan awal yang ada di nusantara. hahahaha....sangat lawak lar orang tu merapu. Mungkin subjek sejarah time dia SPM dulu dapat G9 atau dalam bahasa indahnya, buta sejarah tahap dewa. Kenapa cakap bangsa kau tu mendahului semua kerajaan awal di nusantara, kenapa tak cakap sahaja bangsa kau tu mendahului zaman paleolitik?? Geram betul dengan orang tu..kalau ada depan mata, memang melayang nyawa mu boy..
Bukan setakat itu sahaja keangkuhan orang tu, bahkan dia turut mengatakan bahawa bangsanyalah yang telah mendahului Kesultanan melaka dan semua kesultanan Melayu nusantara. Tak kah bodoh sangat orang nie..?? Dia kata, orang-orang Bajau pada zaman dahulu telah belayar ke semenanjung tanah Melayu dan telah mengajar orang Melayu di Terengganu tentang cara-cara menangkap hasil laut. Kemudian menabalkan sultan Melaka, serta mendakwa bahawa Laksamana Hang Tuah adalah dari suku mereka..hehehe..bengongnya. Mereka berkata demikian hanya kerana suku mereka yang terkenal sebagai 'orang laut'?? Padahal bangsa Bugis juga terkenal sebagai 'orang laut'.
haa....sebut pasal Bugis, mereka juga mendakwa bahawa Bugis ini sebenarnya yang dikatakan pahlawan yang handal dan sangat digeruni di benua asia tenggara ini suatu ketika dahulu adalah sebenarnya tidak dapat menandingi mereka iaitu suku Bajau-suluk. Dia cakap begitu kerana kononnya tiada tercatat dalam sejarah suku mereka perkaitan dengan suku Bugis. So, let me tell you now...orang tu betul-betul bercakap main lepas jak tanpa mengkaji terlebih dahulu..itulah yg dinamakan 'assabiyah tak bertempat'.... Kesultanan Sulu yg pernah memerintah pantai timur Sabah suatu ketika dahulu di bawah Sultan Sulaiman pernah meminta bantuan orang-orang Bugis untuk menhalau lanun yang banyak di perairan sekitar daerah Tawau dan Sandakan. Sejak itulah Bugis mula bertapak di Tawau dan Sandakan. Sila rujuk Sejarah Kedatangan Bugis Di Sabah dan Sejarah Tawau. ...padahal saya masih ingat siaran rancangan TV3 iaitu 999 pernah membuat liputan tentang salah satu suku dari etnik Bajau iaitu 'pelaut' atau bahasa yang lebih dikenali oleh masyarakat Sabah sebagai 'palauk' yang baru diberi pengiktirafan kewarganegaraan mereka. Mereka digelar 'palauk' kerana kehidupan mereka yang tinggal di atas sampan yang dijadikan rumah bagi mereka, di situlah dorang tidur, di situlah dorang makan, di situlah dorang berak...oppss,,sorry. Hakikat... bila wartawan tu tanya mengapa tinggal di atas sampan atas laut..kata seorang lelaki yang ditemuramah berkata dalam loghat Bajau laut : "wai na tok, takut kami tok sama itu orang Suluk. Jahat bah itu orang Suluk. Suka dorang mamukul itu." .....mendengar jawapan dari lelaki itu ketika menonton rancangan berkenaan, terdetik rasa simpati di dalam hati. Haa...jadi ini yang didakwa sebagai suku yang mendahului zaman kerajaan awal di nusantara?? Mengatakan daeng-daeng Bugis itu tidak ada apa-apanya sedangkan lembaran sejarah banyak mengisahkan tentang empayar Bugis yang gemilang.. aduhai orang yang menulis blog tu...sudah-sudahlah kau merapu..walau macam mana terrer sekali pun kau berkata-kata nista dalam usaha untuk masyarakat dunia memuji bangsamu tu, terima lah hakikat nasib bangsa mu tu yang mundur bah.... siap kau tulis juga dalam blog mu tu bahawa orang-orang Bugis di Sabah mati kutu...hahahaha....lucu-lucu kau ini... padahal suku kamu tu yang memang penakut... kalau ada yang berhantam, suku apa?? mana ada suku lain...Bugis juga tu... confirm ada Bugis. dari segi ekonomi, tengok berapa ramai usahawan-usahawan maju di Sabah tu orang Bugis...ndak pyh cakap banyaklah, tengok jak tauke-tauke syarikat Bas di Tawau, syarikat-syarikat Bas ekspress Tawau-Kota Kinabalu..semuanya orang Bugis. Usahawan ternak, memproses serta menjual ayam termaju di Sabah...siapa?? Oarng Bugis kan (Sayarikat Rastamas). Aku tengok yang betul-betul maju dalam sektor perniagaan di Sabah cuma orang Bugis dan orang Cina. Orang Bajau nie cuma senang apabila dorang berada di bawah kerajaan kerana hak keistimewaan yang diberi kepada mereka...itu sahaja, bukan kerana hasil usaha dorang. Dari segi sektor makanan, apa yang bikin popular Sabah di semenanjung.....jawapannya sudah tentu 'keropok amplang' yang dipelopori oleh orang Bugis. Menjelang hari raya, Burasak iaitu masakan tradisonal Bugis juga yang menjadi menu utama sehingga masyarakt suku lain pun terhegeh-hegeh belajar memasak dari orang Bugis. Orang Bajau maw measak, paling-paling putu jak dia taw..setakat putu, di terengganu pun ada putu, di sulawesi pun ada putu.
Penat saya membebel panjang.....akhir kalam...kepada mana etnik di Sabah dan di seluruh asia, ini pesanan ikhlas dari diri saya yang lemah ini. Kita semua sama, manusia. Yang membezakan kita di dunia dalam corak kehidupan hanya melalui usaha, yang membezakan kita di akhirat cuma Iman dan amal...so, ndak payah lah maw membanggakan bangsa sendiri sehingga merapu sembrono especially for Bajau's yang menulis blog tu....banyak lagi suku-suku yang hebat-hebat di Sabah.... geli saya bah dengan hasil tulisan blog tu..dapat share dalam blog saya nie, ibaratnya macam 'melepaskan kentut' kerana saya berasa lega dpat meluahkan kebenaran. Orang yang tulis blog tentang Bajau tu ibaratnya ' naik bakul angkat sendiri'... kepada orang-orang Bajau, saya bukan berniat hendak memperkecilkan suku anda tetapi geram dengan tindakan salah seorang dari suku anda yang telah menconteng arang ke muka anda semua. Sebab itulah kenapa suku Bajau semporna (Bajau Laut) tidak disuka oleh suku lain di Sabah. Suku Bugis walaupun ada suku lain yang kurang suka lantaran suku Bugis yang maju & ganas walaupun bukan asal tulen Sabah, tetapi ramai yang gemar kerana tidak pernah bangga diri macam kamu tu kerana memang ada dalam adat nenek moyang Bugis iaitu budaya 'sirik'...iaitu budaya rasa malu.
memohon sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa...jika ada terkasar bahasa pun, itu saya tujukan pada diri yg menulis blog tersebut (rasanya tak perlu sebut siapa kerana akan menjatuhkan aibnya)...
wassalam..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita Muhammad saw, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Menjelang satu Syawal, seluruh umat Islam menyambut kehadiran Aidul Fitri, hari kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang ditegah dalam syariat. Kemeriahan terasa di sana sini. Pusat membeli belah dipenuhi lautan manusia. Suasana sangat meriah. Begitulah kenikmatan yang dirasai oleh umat Islam untuk meraikan hari kemenangan.
Tapi, disebalik kemeriahan, kegembiraan dan keseronokkan kita, kita lupa bahawa bukan semua manusia merasai nikmat kegembiraan dalam menyambut Syawal. Masih ramai insan yg tidak bernasib baik seperti diri kita. Ingatlah mereka, simpatilah pada mereka. Sesungguhnya kita umat Islam ibarat sebuah keluarga...
Demi Masa..
Get your own Digital Clock
Tentang Aku
- Jabalnur
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Hamba yang tersangat hina & lemah kepada sang Khaliq Yang Maha Esa. Datang daripada titisan air mani yang hina dan akan kembali menjadi bangkai..
Lencana Facebook
hidupku
become a teacher..
Hit counter!
Followers
Jom Borak!
My Blog List
-
Produk : Auramen dan Aurawhite11 years ago
-
-
Blog Archive
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul

